Misteri Paip Terbuka Sendiri Pada Waktu Malam


Pernah tak anda alami situasi dimana paip yang berada dihadapan rumah terbuka dengan sendiri pada waktu malam? Situasi ni berlaku pada jiran sebelah rumah aku, yang mana paip di kawasan rumahnya dah 2 kali terbuka dengan sendiri. Bangun pagi nak pergi kerja baru sedar tengok air dari paip melimpah. Jika situasi sama berlaku pada anda, jangan sesekali keluar rumah untuk tutup sebab..........

TAKTIK PENCURI UNTUK MASUK 

1. Taktik Buka Paip Air
Sekiranya anda terdengar/ terlihat paip di luar rumah terbuka dengan sendiri pada tengah malam, jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut. Perompak akan buka paip air di luar rumah, kemudian sembunyi dan menunggu sehingga penghuni rumah tu keluar untuk menutup paip tersebut. Bila penghuni rumah keluar, perompak akan keluar dari persembunyian dan menyerbu dengan parang ke leher mangsa.

2. Taktik Menyamar Sebagai Pembaca Meter Elektrik & Air
Salah satu taktik pencuri nak masuk ke dalam rumah ialah dengan cuba menyamar sebagai pembaca meter elektrik atau meter air. Kalau ada yang mengaku
sebagai pembaca meter elektrik atau meter air dan ingin masuk ke dalam rumah,  jangan benarkan sebab biasanya pembaca meter yang sebenar akan gunakan teropong untuk tengok meter tu dari luar rumah.

3. Taktik Menyamar Sebagai Jurujual  
Elakkan dari mempelawa jurujual masuk ke dalam rumah. Biasanya, jurujual akan berpura-pura menjual barang yang dimana tuan rumah perlu mengajaknya masuk untuk mencuba terlebih dahulu barangan yang dijual seperti alat penutup gas atau barangan make up sebelum merompak mangsa.
  
4. Taktik Rompak Ketika Buka Pintu Pagar 
Perompak biasa akan hendap dan serbu mangsa ketika mangsa membuka pintu pagar rumah. Mangsa biasanya mereka yang guna gate jenis automatik. Gate jenis automatik ambil masa untuk buka & tutup. Pastikan anda tidak diekori semasa membuka pintu pagar. Satu lagi, elakkan dari memanaskan enjin kereta dengan pintu pagar terbuka. Anda mungkin akan masuk semula dalam rumah dengan keadaan pintu rumah dan pintu kereta terbuka dan ini memberi peluang kepada perompak.
 
Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya). Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Post a Comment

12 Comments

  1. terima kasih perkongsian Nick, memang menakutkan sekarang ni kan macam2 taktik jahat ada .

    ReplyDelete
  2. hmm sentiasa perlu berhati-hati dgn keselamatan diri...risau pula membaca n3 ni...

    ReplyDelete
  3. Good tips.
    Tapi tu la...kena dgn sikap sesetengah org Melayu, tgk paip terbukak sendiri, di katanya " keras" atau kerja hantu..hahaha

    ReplyDelete
  4. Gua pernah kena.
    Orang kepala tak betul bukak paip nak minum malam2. Tapi tutup tak rapat.
    Sudahnye bil air naik mencanak le.

    ReplyDelete
  5. thanx info...kadang2 benda2 kecil cmni kita tak perasan..sekarang kena lebih berhati2..

    ReplyDelete
  6. pencuri mmg panjang akalnya.... ada je cara nak mencuri..hati hati semua.

    ReplyDelete
  7. Menakutkan lah... TQ sharing info ni cikgu..boleh lebih berhati2 lepas ni... :)

    ReplyDelete
  8. jahatnya.. kunci jelah paip tu.. jgn bagi sapa2 bukak.. bazir air plak kang

    ReplyDelete
  9. bahaya gak tu..taktik2 yg kita tak tepikir pon perompak tu nk buat mcm tu...

    ReplyDelete
  10. uih, bhyanya..org nk rompak rupanya..huhu..

    ReplyDelete
  11. thansk 4 da information.. mcm2 dunia skrg. tak slamat. anyway jmptsinggah blog.. http://wanieseuk.blogspot.my/2016/01/songket-preview.html

    ReplyDelete
  12. ni memang laawak.. tak salahkan hantu... salahkan perompak, perompak jika buat taktik seganas itu lebih baik pecah je masuk.. atau ketuk je pintu.. https://youtu.be/WxMkMr5Q3aU

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.