Ujian saringan HIV merupakan salah satu syarat wajib kepada pasangan yang bakal berkahwin. Ujian ini hanya sah dibuat di klinik kerajaan sahaja. Tak buat tak dapat kahwin. Aku baru je selesai buat test semalam, resultnya negatif/ tidak reaktif. Yang first time nak kahwin mesti nak tahu proses ujian saringan HIV ni kan. Kena bawa apa? Datang pukul berapa? Banyak tak ambil darah? Bayaran berapa?
Cara- Cara Nak Buat Ujian Saringan HIV Di Klinik
Langkah 1 : Kenalpasti Klinik
Untuk memudahkan kerja, telefon klinik tersebut untuk tanya tentang ujian saringan HIV. Lain klinik, lain prosedur dan masa. Sesetengah klinik, ada yang kena buat appointment terlebih dahulu dan ada juga yang terus walk in. Masa untuk ujian HIV juga berbeza mengikut lokasi. Ada klinik yang buat 2 sesi iaitu bermula 8.00 pagi-12.00 tengahari dan 2.00 petang - 4.00 petang. Macam Klinik Jeram, Pasir Puteh, Kelantan..tempat aku buat ujian HIV ni hanya ada sesi petang sahaja.
Langkah 2 : Isi Borang Ujian Saringan HIV Pra Perkahwinan
Sampai je di klinik, pergi ke kaunter pendaftaran dan bagitahu nurse yang bertugas untuk buat ujian HIV. Beri kad pengenalan korang dan nurse akan bagi borang permohonan ujian Saringan HIV pra-perkahwinan dan borang kebenaran memberi keputusan ujian saringan HIV (mengikut negeri) yang dikepilkan sekali untuk korang isi. Bayaran yang dikenakan adalah RM 1.
Borang kebenaran memberi keputusan ujian saringan HIV di Kelantan
Langkah 3 : Ujian Saringan HIV Melalui Rapid Test
Dah siap isi borang, serahkan borang tersebut ke kaunter yang diarahkan oleh nurse bertugas. tadi. Tunggu nama korang dipanggil. Untuk ujian HIV, nurse akan menggunakan Rapid Test Kit dan keputusan boleh diketahui dalam masa 5-20 minit. Darah akan diambil dari jari tengah dengan menggunakan lancet needle. Sakit tak? Korang rasa la sendiri..hehe
Contoh keputusan ujian saringan HIV melalui Rapid Test Kit.
Langkah 4 : Keputusan Ujian HIV Reaktif Atau Tidak Reaktif
Korang akan terus dimaklumkan tentang keputusan tersebut dan diberi satu sampul surat untuk diserahkan kepada pendaftar perkahwinan nanti. Bagi yang keputusannya tidak reaktif (negatif), terus la balik ye..hehe.
Sampul surat keputusan ujian saringan HIV
Bagi keputusan yang reaktif (positif), bakal pengantin akan diberi sesi kaunseling serta ujian pengesahan yang mana 5 ml darah akan diambil. Biasanya keputusan ujian pengesahan HIV boleh diketahui dalam tempoh 2 minggu. Bakal pengantin diberi temujanji untuk datang semula ke klinik kesihatan dalam tempoh 2-3
minggu berikutnya untuk mengambil keputusan dan menjalani kaunseling samada untuk meneruskan perkahwinan atau tidak.
P/S : Yang nak kahwin kali ke 2,3,4,5 pun kena buat jugak ye ujian HIV ni :)
P/S : Yang nak kahwin kali ke 2,3,4,5 pun kena buat jugak ye ujian HIV ni :)
67 Comments
tips menarik..bagus buat mereka yang nak kahwin
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan kepada orang ramai. . hehe
ReplyDeletehttp://www.adarain.com/
hmm ujian hiv perlu sgt masakini bagi mrk yg hendak berkahwin utk kebaikan pasangan itu juga kan...dulu2 xyah pun bukn sbb hiv tiada mungkin kurang sdkt brbnding la ni..
ReplyDeletenice info ^_^ xtahu sbb belum nk kahwin lgi. hehe
ReplyDeletepesanan kat bawa tu , x blh blah ... heheheeee
ReplyDeletenote last tu tak menahan ye..ada hatiiiii nk kawen lebih dri 1,2,3 haipp! >_< hahhaa
ReplyDeleteNice sharing. Memudahkan utk bakal2 pengantin me-research mklumat ni. (Y) good job cg.nick.
ReplyDeletebertambah lg ilmu, blh save nie print cantik2 utk bekalan masa depan ..
ReplyDeletedah nak kawen? jgn lupa invite.
ReplyDeleteOoo, kena isi borang.
ReplyDeleteIngatkan pergi melenggang je la
susah gak erk nk kawin pon he3
ReplyDeleteHaiiooo sy nak tanya kalau test ni berapa harganya? Depends on klinik or hospital ke or fixed price?
ReplyDeleteKalau tak silap bayar RM1 sahaja untuk test hiv..tak kira kat hospital atau klinik kesihatan.
DeleteKalau sy dok johor tp nk buat kt klnk kt kl boleh ke? Huhu
ReplyDeleteboleh je nak buat di klinik kat kl tapi dengan syarat kena ambik borang hiv test kat pejabat agama di johor kemudian bawak pegi ke klinik di kl tu.
Deletesatu lagi, boleh masuk website e-ncr johor untuk tahu proses kahwin ni.
bpe lame ea valid hiv test ni?
ReplyDeletehiv test valid selama 6 bulan sahaja.selepas 6 bulan hiv test tu dah tak valid dan kena buat yang baru.
DeleteNick, Valid selama 6 bulan tu kira dari tarikh kita buat test sampai ke hari kita submit semua documents ke Jabatan Islam atau sampai tarikh kita akad nikah..?
DeleteKira dari tarikh kita buat test sampai tarikh kita hantar semua dokumen.
DeleteMintak mintaklah negative nanti :D
ReplyDeletejangan risau, kalau amalkan gaya hidup sihat, result tu mesti negatif :)
Deletekalau pmpn tu dya prgnt. hiv test akn positive kn?
ReplyDeletekalau perempuan kita guna pregnancy test..jika pregnancy test tu tunjuk 2 bar, itu maknanya positif (mengandung).jika satu bar sahaja, itu negatif (tak mengandung).
Deleteselain dari ujian hiv,adakah klinik kesihatan ni memberi kemudahan utk memeriksa ujian darah lain seperti hep b dan c?kalau ada berapa lama kita kena tunggu untuk dapatkan keputusan nya?
ReplyDeletebiasanya ujian hiv dan ujian talasemia sahaja yang dibuat di klinik. untuk ujian darah seperti hepatitis b dan c tak termasuk.
Deletenk tya... borang tu mmg ada disedikan di klinik or.hosp kerr? ker.kna amik dekat.pejabat.agama???
ReplyDeleteborang tu kena ambik di pejabat agama atau boleh masuk web laman pejabat agama negeri dan cari borang ni untuk download pastu print.
Deletenick..sya nk tnya..klu kita nk test untuk pngethuan sma ad kita ad hiv atau x blh ke kat klinik
ReplyDeleteBole je buat sama ada kat klinik kerajaan atau klinik swasta..nak buat sendiri kat rumah pon boleh tapi kena beli rapid test kit dulu.
DeleteHai nick.. Saya nk bertanya... Dimanakah ada jual rapid test hiv?
DeleteHai fazira..rapid test hiv boleh dibeli di farmasi.Kalau nak beli online pon boleh. Beli di lazada..search 'rapid test hiv'.
DeleteHai nick... Dekat mana ada jual rapid test hiv?
Deletemembantu, terima kasih.
ReplyDeleteBorang apa yg kena ambil kat pjbt agama?? Tk bape faham
ReplyDeleteBorang maklumat diri tentang pengantin dan pasangan.
Deleteujian HIV ni valid sampai bila yea? ?brpa bulan?
ReplyDeletekeputusan ujian hiv hanya valid untuk tempoh 6 bulan sahaja.
Deleteresult darah nie ade tarikh luput x..?
ReplyDeleteAda tarikh luput..selepas 6 bulan dari tarikh buat ujian hiv,keputusan ujian darah tu dah tak valid.kena buat yang baru.
DeleteKalau orang to pregnant boleh ke amek test hiv ni.
ReplyDeleteKalau perempuan mengandung takde masalah untuk buat hiv test..hiv test ni hanya ambil setitis darah je pada jari untuk diperiksa dengan rapid test kit sama ada positif atau negatif hiv.
DeleteKalau saya ambil HIV Test di hospital swasta, adakah ujian saringan HIV itu valid?
ReplyDeleteAtau semua ujian HIV mesti diambil di hospital kerajaan sahaja?
Tak valid jika diambil dari hospital swasta..keputusan hiv test hanya valid jika ianya dibuat di hospital atau klinik kerajaan sahaja.
Deleteassalam nick, nak tanya. macam saya orang melaka tapi nak buat HIV test dekat putrajaya. if buat tanpa ada borang dari paid melaka boleh ke? maksudnya buat dulu then attch semula bila da amik borang nanti?
ReplyDeleteHi nick, tadi ada terbaca komen kat atas cakap pasal hiv test ni valid 6 bulan kan.
ReplyDeleteTapi haritu kat kursus kahwin, diorg cakap valid 3 bulan je. camne nie? majlis bulan 3/2017
Yang tu tak pasti pulak..tahun sebelum ni memang 6 bulan.mungkin ada perubahan baru kot yang tempoh sah hiv hanya 3 bulan je.
DeleteThanks! Byk membantu!
ReplyDeleteUjian HIV blh buat di klinik swasta x? Sbb mls nk tunggu2, lambat sgt kalau buat dekat klinik kerajaan...
ReplyDeletekalau buat ujian HIV kat klinik swasta untuk saje2 xde masalah..tapi kalau untuk tujuan pernikahan tak boleh..ujian HIV wajib buat di hopsital atau klinik kerajaan..buatlah appointment terlebih dahulu untuk elak dari tunggu lama.
DeleteKalau saja2 nak buat boleh k?xpernah buat pon sbb masa kawen dulu xdak syarat camni..lama dah kawen
ReplyDeleteKalau saje2 nak buat boleh je..tak perlu pergi ke hospital/klinik..beli je hiv test kit kat kedai atau order online di lazada.
DeleteNk tnya klu jumaat n sabtu bka ke utk test hiv di kelantan?
ReplyDeleteberapa lama tempoh sah ujian tu??
ReplyDeleteThanks!!! Penjelasan yang mantap dan jelas ^_^
ReplyDeleteTpi betul ke kalau org kesihatan tu tk ckp apa2 pasal keputusan, then dia bgi result dlm sampul yg telah di seal cm tu je..adakah sya tkda Apa2 masalah?
ReplyDeleteMasa saya buat ujian hiv,dia ckp keputusannya.Pastu bagi borang keputusan tu untuk diserahkan kepada pegawai pendaftar perkahwinan. Cuma,bagi mereka yg keputusan hiv positif,doktor akan cadangkn mereka hadir untuk sesi kaunseling.
DeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteKalau reaktif(positif)tu disebabkan ape ye? Kaunseling ape pulak perlu buat? Saye bakal pengatin... belum buat ujian saring hiv lagi.. baca kat atas tu cam takut lak nak buat...
Biasanya kalau positif,ianya disebabkan oleh hubungan seks dengan pasangan yang telah dijangkiti hiv atau selalu bertukar pasangan..dan masa buat hubungan seks tu tak pakai kondom.
DeleteSelepas buat ujian hiv dan didapati positif,doktor akan buat sesi kaunseling..biasanya dia akan bincang samada nak teruskan perkahwinan tu atau tak dan bagitahu sekali risikonya.
Jangan risau,kalau amalkan gaya hidup sihat,insha allah takde apa-apa.
borang tu ditulis kat atas nurse yg akan berikan?
ReplyDeleteYe,nurse yang akan berikan
DeleteDimana nak dapatkan borang hiv tu? Diklinik kerajaan ke atau di jaim? Kena buat borang hiv secara online ke????
ReplyDeleteBorang tu boleh dapatkan di klinik kerajaan masa nak buat hiv test.
DeleteAssalamualaikum, nak tanya dalam Borang BNO, dia ada minta kita isi no siri pemeriksaaan kesihatan, tapi nurse tak tulis dalam slip HIV tu.. tak isi dekat borang BNO tu xpe ke?
ReplyDeleteSalam...klw kita nk test kat mana2 klinik kerajaan bole x..kira saja nk test..apa ya kena isi borang kawen jgk ka mcm mna
ReplyDeleteWslm.kalau saja2 nak test, tak perlu pergi klinik kerajaan.boleh buat sendiri test hiv kat rumah.dengan syarat ada hiv test kit.boleh beli kat lazada.
DeleteSalam sya nk tya..klw kta saja nk test ujian hiv tersbut..kira mcm saja2 test..nk tgok tahap kesihatan kita..hihi
ReplyDeleteTerima kasih. Sangat membantu.
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.