14 Perkara Lelaki WAJIB Tahu Tentang Perempuan

She is a puzzle of my heart

1. Perempuan paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka sebab nak pikat kawan mereka yang lebih cantik.

2. Bila perempuan kata "Tak ada apa-apa", maknanya dia sembunyikan sesuatu. Korang fikir la sendiri apa salah korang dah buat pada dia.

3. Perempuan mudah jatuh hati pada lelaki yang selalu bagi perhatian dan baik terhadapnya.

4.  Ayat  "Bagi saya 5 minit" sebenarnya bermaksud 5 jam. Kalau korang nak keluar dating dan dia cakap bagi 5 minit untuk bersiap-siap, maknanya korang boleh pergi lepak kat kedai minum-minum, pastu pergi main bola dan balik tidur..kemudian baru datang balik.

5. Perempuan suka lelaki yang buat surprise. Contoh bagi hadiah, bunga atau kata-kata romantik.

6. Bekas kekasihnya akan selalu ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang berada di tempat yang teristimewa di hatinya.

7. Bila tengok gambar, orang pertama yang dia tengok ialah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

8. Bila perempuan mengeluh, itu tandanya dia malas nak habiskan masa bergaduh dengan korang benda yang tak penting.

9. Kalau korang suka dengan seorang perempuan, mulakan dulu dengan berkawan. Kemudian, barulah usha sikit-sikit, kenal hati budi dulu.

10. Kalau perempuan tak balas mesej, tak angkat bila telefon dan bagi macam-macam alasan, tak payah nak habiskan masa nak usha dia sebab dia tak berminat dengan korang.

11. Jangan sesekali senyum pada perempuan tak tentu pasal sebab senyum memberi sejuta erti pada diorang.

12. Kalau tak suka pada perempuan yang jatuh cinta pada korang, tolak dengan lembut dan jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri perempuan yang mana bila dia dah buat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

13. "Ok, fine !"..cara perempuan cakap bila nak akhiri pergaduhan. Bila perempuan cakap macam tu, korang diam je.

14. Perempuan memang bagi lelaki kahwin 4, tapi bukan suami dia la..hehe

Apa kata perempuan? betul kan info pasal korang ni..kan..kan :)

Post a Comment

11 Comments

  1. Sejak akhir akhit ramai gadis yg senyum kat saya setiap kali berselisih...maknanya apa tu?



    Ehhh......

    ReplyDelete
  2. HEH...HEH..BETUL SGT TU...CINTA BAGI SORG PEREMPUAN SGT SUCI N MURNI JIKA MENCURANGINYA TIADA MAAF BAGIMU...

    ReplyDelete
  3. huhu..betul la tu....itulah sikap seorang perempuan...hampir 90% betul

    ReplyDelete
  4. fine. gambar selfie muka besar gedabak buat masuk blog. T_T

    ReplyDelete
  5. haha wanita yang istimewa di hati nick sungguh ayu bertahi lalat , no 4 tu macam kejam sangat lak bunyinya hehe :)

    ReplyDelete
  6. memang betul sangat semua tu. haha kan kaum hawa. hehe

    ReplyDelete
  7. paling bahaya bila dia kata x ada apa2.. and fine..
    awas kaum adam :)

    ReplyDelete
  8. saya pilih ayat"tak ada apa-apa " >_<

    ReplyDelete
  9. fine..kita berhenti saja kat sini..itu ayat paling seram

    ReplyDelete
  10. she is a puzzle of my heart........kekekekeke...
    bilanak bercantum tuh ?I mean get marry..hahahahhahaa.....bau nasi gulai kawoh weeehh lokkkk...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.