Nama seperti Amanda Natasha Nur Rania Alya, Meor Muhammad Azrai Tufail, dan Sharifah Nur Arissa Zulaikha Damia adalah antara nama panjang yang menjadi trend atau pilihan sesetengah ibu bapa apabila mendaftar anak mereka yang baru lahir.
Nama yang paling panjang sekali di Malaysia ialah Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Binti Airol Anizam..tak cukup petak nak isi borang tu. Kalau zaman dulu, mak ayah bagi nama macam Pungut, Bongek, Patah, Punat, Gondol..siap ada nama Sabtu, Ahad, Khamis..erkkk
Sebab Nama Panjang Tak Sesuai
Nama panjang-panjang nanti bila kena isi borang, lenguh tangan tulis, cepat habis dakwat, tak cukup ruang, bazir masa orang lain yang berbaris tunggu di belakang. Kena 10 orang nama 80 aksara, memang mengeluh sebab lama tunggu, berdiri. Yang paling teruk lelaki bila nak akad nikah nanti..semput nafas.
Tapi tak nak cerita yang nama panjang tu. Ada lagi nama yang unik, versi pendek tapi tiap-tiap hari, tiap-tiap tahun orang duk sebut. Untunglah kalau nama korang macam kat bawah ni. Sebab apa untung? Sebabnya, kalau nama korang macam :
Sebab Nama Pendek Untung
Azam : masuk je awal tahun mesti orang duk sebut nama ni.
Syukur : masa dapat berita gembira je orang sebut nama korang ni..time susah jangan harap la.
Syawal : sebulan orang duk sebut ni..budak-budak happy la sebab dapat duit raya.
Amin : paling femes sekali..namanya diaminkan tiap kali lepas solat, lepas baca doa.
Fatihah : hari-hari orang baca dalam solat.
Mas : nama yang buat orang konpius dengan mas kapal terbang.
Alif : nama yang akan dengar bila budak-budak kecik mengaji.
Azim : nama yang akan disebut bila buat salah..AstaghfirullahalAzim
Zahir : tiap kali beraya baru orang akan sebut..maaf zahir batin.
Solah : nama yang akan disebut setiap kali azan.
Aini : femes dikalangan orang cina..wo ai ni.
Banyak lagi tapi malas nak fikir dah..hehe. Tak kalau nama panjang sangat, keliru pulak orang nak panggil nama yang mana satu. Lebih baik letak nama pendek yang ada maksud yang baik berbanding nama panjang tapi maksud entah apa-apa. Ingat nama tu lambang identiti dan juga doa.
20 Comments
assalam...hai sedang dok pilih nama anak ke ni...heh..heh..biar nama pendek tapi penuh bermakna...panjang sgt nama penat nk menulis n menyebutnya..takut terlupa pula..yg diingat cuma pangkal n hujung saja..
ReplyDeleteorg tua2 kata klu nama panjang nanti budak tu susah nak bawa ... setiap huruf arab ada nilai dalam angka . jadi cuba tulis nama dalam huruf arab . baru tau nama tu berat ke ringan .
ReplyDeletehaha..betul2... nama panjang2 dahla ssuh nk isi borang, pastu orang pun malas nk igt...
ReplyDeletedapat bakal isteri yg nama panjang memang azab ler time nak lafaz akad nikah nnt.... hehe
ReplyDeleteNama saya pon pendek. Amelia sahaja :) Tapi sebenarnya tak untung pon. Sebab dalam kelas saya slalu yg first kena panggil untuk buat presentation atau ape2 =_= Dan paling tak lucky sbb sy ialah calon yg pertama dlm kedudukan SPM. Macam nak terkencing je. hehe
ReplyDeletenama panjang sangat menyebab empunya diri susah nak isi borang..salah ibu dan bapa juga tu
ReplyDeleteyang nama mas tu tak menahan tu..hahah.... nasib baik la nama anis tak panjang..huhu
ReplyDeletenasiblah nama aku xpanjang. sebab aku hidup dalam era gemilang dulu. hahaha gemilang sangat
ReplyDeletesy lebih suka nama pendek n sesuai sepanjang zaman n senang nk di sebut n eja ;p
ReplyDeletekelakarlah Nick... kartun kat atas tu..hehe pada kak ana setakad tiga namapun dah cukup berjela dah.. :)
ReplyDeleteada orang kat ofis ni nama dia betul2 pendek..ahmad je...selalu tersalah sebut panggil nama bapa dia
ReplyDeletenama panjang2 sedepa pastu panggil dua kerat je...sian bdk2 nk eja nama dia bila masuk sekolah...hehe
ReplyDeleteHahaha!
ReplyDeleteNasib baik mak ayah kasi nama Nurul Atiqah kat yuyu...
Kesian para suami nanti..
ReplyDeleteHehe. Suka nama yg ada dlm bacaan al quran etc zaiton.
Salam singgah cikgu :) jemput singgah segmen:
ReplyDeleteNovel diagnosis, top up, vector art, tudung untuk dimenangi...
http://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html
nama panjang lagi satu mas nak akwin jenuh laki die nak sebut..ahaha
ReplyDeleteNama najib best kan... setiap kali keluar berita pasal PM, nama ni akan disebut... hahahaha
ReplyDeleteHahaha unik sgt ni. Smpai akhir hayat org ingat. Ingat najib, ingat brim :P
Deletesetujuuuu
ReplyDeleteHahaha. tak paham gak org suka guna nama panjang ni. lenguh otak nak ingat. kalau boleh satu huruf je nama, tu lahh nama dia. senang jee kekeke
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.