Nuffnang dulu dan Nuffnang sekarang dah tak sama. Kalau dulu, 1 CPUV tu boleh dapat dalam berpuluh-puluh ringgit. Dan mungkin ada blogger yang dapat ratusan ringgit hasil daripadanya. Tapi sekarang nak dapat RM 10 pun susah. Paling tinggi yang aku dapat untuk satu CPUV ialah RM 5.
Padahal CPUV dah berbulan-bulan, tapi banyak jumlah yang tak sampai seringgit pun.Iklan keluar masa ramai yang tak masuk blog. Masa ramai yang dah berdengkur padahal time tu la CPUV berderet-deret masuk.
Ok, nak tayang sikit CPUV dalam blog aku yang berderet-deret masuk dan ON GOING. Walaupun banyak CPUV, kebanyakannya jenis yang mandul..maknanya iklan tu ada dalam blog, cuma tiada income masuk. Kadang-kadang CPUV yang dah dikredit ada yang berjumlah 0.30 sen..erkkk
Blogger picisan macam aku ni nak buat macam mana..mengharap duit Nuffnang je la. Ku terima seadanya. Setahun duk kumpul baru dapat RM 287..akhir bulan 12 dapat la RM 300 kot. Mujur ada buat review produk dan sewa iklan kat blog..lagi masyuk.
Kalau betul-betul nak buat duit dengan blog, tak boleh bergantung pada Nuffnang je.Buat macam aku buat dalam ENTRI INI dan ENTRI INI..pandai-pandai korang la. Nak join affiliate, tulis review, promote produk atau servis, masuk contest ke asalkan guna blog sebagai medium untuk jana income.
24 Comments
Tulah nuff dh guna taktik baru. Blogger baru rasa best je kalau dpt CPUV. Yg dh lama ni rasa hampa. Berderet on going tp dpt sen2 je
ReplyDeletewah berderet cpuv on going tu...bila cash out xsbrpa ya..
ReplyDeletepergh masyukk...
ReplyDeletetak apa penting sikit masuk gak heee...
ReplyDeletestail baru nuffnang nak tarik blogger baru join kot
ReplyDeleteDulu kalau dapat CPUV lebih dari 1 dah kira sgt hebat...tetapi sekarang ni, masyaAllah sampai berpuluh! Semoga rezeki anda terus murah bersama NN.
ReplyDeleteAku pula, sekarang ni dah berpatah arang dgn NN. Tengah mencuba pelbagai alternatif pengiklanan lain.
wah banyak juga tu ..kena bersyukur ..baru jumpa blog ni..nak link kan semual ya
ReplyDeletedkt 300 tu dpt nye bleh la bli cincin kawen hehehe ;p
ReplyDeletebaru 3 bulan join NN, so mmg tak faham sangat mcm mana nak earning tu. letak utk cukup syarat jer bagi nampak iklan dlm blog
ReplyDeleterezekilah tu nick, tapi betul banyak cpuv yang tak berbuah hasilnya,berderet2 je.. :)
ReplyDeleteSalam Singgah... memang sekarang susah nak buat duit dengan naffnang... kena cara lain kalau betul2 nak berduit dalam berblog ni...
ReplyDeleteCiput ya..tulah nampak aje berderet-deret kan..tapiiiiii nan hado...he...he..Apa-apa pun syukur. Ada juga rezekikan. Walau pun sikit, lama-lama jadi bukit ..betul tak?
ReplyDeletetak pe lahh sikit sikit lama lama jadi bukit. heeeee :D
ReplyDeletePerghh..leh tahan masyuk jugak abe kita sorang ni. Hoho. Tahniah2. ^_^
ReplyDeleteBaru perasan, blog ni dah bertukar wajah laa. Makin berseri2 gitu. Hik3
Nuffnang ada GST. =P
ReplyDeleteZH Blogger
Terima kasih atas sharing ni
ReplyDeletewah! blog da bertukar! hehe..ok lah tu 200 lebih tu..byk2..
ReplyDeleteAssalammualaikum.. nick,
ReplyDeleteInsaallah rezeki ada untuk blog nick nie k.. kayuh slow2... mselim3 pun tgh cari pengiklanan lain nie..
mselim3
follow balik http://cikanggur10.blogspot.com/ terima kasih
ReplyDeletedah kecewa ngan nuffnang..komisen dah tak sebesar dulu lagi..
ReplyDeletewahhh berderet tu nuffnang...tak pe...sikit2 pun janji ada masuk ...
ReplyDeletemandul-mandul pun dah beratus..untunglaa
ReplyDeleteSalamualaikum, baru belajar blogging dengan NN, dapat CPUV pertama dalam 3 Bulan saja blogging, tapi memang mandul pun, x dapat income aper pun... ada tips tak bagi CPUV tu mengandung balik?
ReplyDeleteOK LA TU CPUV DIA BAYAR 30SEN..AKU NI 2 SEN JE DIA BAYAR..SETENGAH TU 1SEN JE CREDITKAN..PUIH..
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.