Mana Yang Terbaik : Smartphone Lenovo Vibe Z Atau Sony Xperia Z2?

Nak tukar smartphone, mesti ada yang pening kepala nak pilih jenama yang mana satu. Samsung, Sony, HTC, Nokia, iPhone dan macam-macam lagi lah. Biasanya nak beli smartphone mesti tengok harga, bajet duit, specifications dari segi OS, kelajuan, kamera dan video, sound, jangka hayat bateri.

LENOVO  VIBE Z K910 SMARTPHONE

Yang terbaru, smartphone jenama Lenovo makin ramai pulak yang guna. Rasanya mungkin sebab harganya yang murah. Setakat ni tanya kawan-kawan cakap ok je guna Lenovo. Paling aku suka Lenovo Vibe Z K910 ni sebab kamera yang power dan skrin besar. Kamera belakang 13 megapixel dan kamera depan 5 megapixel. Skrin besar sesuai untuk update blog, kamera power sesuai untuk berselfie. Mintak kongsi pendapat sebab aku pun nak beli satu jugak..hehe.

HARGA LENOVO VIBE Z K910

Ori Price:  RM 1555 - 1600   
AP Price:  RM 870 - 970
(check harga disini)


SONY XPERIA Z2 SMARTPHONE

Tak sempat lagi nak merasa Sony Xperia Z1 dah keluar pulak Sony Xperia Z2. Dan aku dari dulu memang pengguna setia Sony..sebab kameranya yang power. Untuk  Sony Xperia Z2, kelebihannya terletak pada megapixel kamera yang resolusi tinggi iaitu 20.7 megapixel bagi kamera belakang dan 2.2 megapixel bagi kamera depan. Satu lagi function ialah kalis air (water resistant). Bayangkan dalam air pun korang boleh berselfie selama 30 minit dengan kedalaman melebihi 1 meter..perghhh.


HARGA SONY XPERIA Z2  

Ori Price : RM 2280 - 2380
AP Price : RM 1770 - 1870 


Sebelum ni dah terbeli Asus Fonepad 7, tapi gambar tak berapa nak cantik. Keutamaan aku sekarang ni nak cari smartphone yang kamera depan dan belakang yang megapixel tinggi. Bajet pun bawah RM 2000 ke bawah.Smartphone apa yang terbaik?

Post a Comment

25 Comments

  1. sis prefer x peria Z2 sbb kalis air . rm blh kumpul . phone sis ni kerap masuk air - dlm tandas ... adeh .

    ReplyDelete
  2. ASSALAM...TERINGIN JUGA NK PAKAI SMARTPHONE CANGGIH GINI...TAPI KEMALAN YG BUAT GIGIT JARI TU...

    ReplyDelete
  3. aku guna vibe z skrg.. so far aku puas hati dgn pixel camera & features dia. cuma xde slot utk external hard disk je.

    ReplyDelete
  4. aku pakai vibe z..so far memang ohsem beb....ehhe

    ReplyDelete
  5. pernah nak terbelilenovo dulu, A850 kot modelnya...murah dan gambar cantik. tapi last2 saya beli samsung grand... maybe faktor kekukuhan jenama mempengaruhi saya.

    ReplyDelete
  6. angkat lenovo je.. hihi.. sy pengguna P780.. terbaek... =)

    ReplyDelete
  7. Setakat ni bagi ana, mane2 kamera sony paling terbaik. Z2 pun okey sesangat. Skrin besar, kamera pun cantik! ^_^

    ReplyDelete
  8. Mmndgkan ko pengguna sony yg tegar, beli jela z2 tuuu . Kamera dia kemain lg power... sampai 20mp haa..

    ReplyDelete
  9. kamera sony terbaik... hihi.. xperia z oke..

    ReplyDelete
  10. sila pilih xperiaaaa Z2!! rasa nk pitammmmm tgok org yg pakai Z2 giler stylo lah! ;p

    ReplyDelete
  11. Saya masih senang dengan samsung kerana aplikasi yang ditawarkan mudah bagi saya yang menjalankan on9 bisnes...hehe

    WAJIB BACA ----> Cara Mengatasi Vagina Kering

    ReplyDelete
  12. depends on my experience, Lenovo jammed. Bukan saya sorang yang kena, tp kawan2 jugak kena. Mmg bukan selalu kalau jammed, tapi x syoklah bila tengah guna, fon jadi jammed.

    Untuk sony experia z2 pulak, saya rasa tak payah kot. sebab ari tu ade buat assignment pasal fon sony. Better ambil T2 ultra. even T2 ultra keluar dahulu dr Z2, banyak benda yg lg bagus drpd Z2. Facing Camera of T2 ultra is the best. sy tak igt berapa mp dia tp lecturer saya kata kamera depan T2 paling tinggi mp dia. So senang selfie. Kalah Z2. Kalau nk pasti, try cari info. Sy harap betul lah kot sbb sy buat assignment berkaitan Z2 dengan T2 ultra. Yg lenovo tu sy yg pakai. so hahahaha

    Semangat gila kali ini komen. Hahaha, just shared. Hope abg nik dpt pilih yg bagus tuk selfie ngn kak muja. Hokhokhokhok.

    ReplyDelete
  13. Kalau sy bli lenovo. Tapi kalau x tahu sgt fungsi smartphone bli xperia.

    ReplyDelete
  14. better tunggu vibe Z2 pro...

    ReplyDelete
  15. kalau kualiti, lenovo ok la. tapi kalau nak gambar cantik, memang sony la jawapannya

    ReplyDelete
  16. tak sure mana yang elok tapi saya guna s4. kamera depan pun sangat cantik. kwn2 sume jeles

    ReplyDelete
  17. Sony ni kekadang tricky juga.megapiksel besar tapi kualiti gambar tak berapa nak padan dengan megapiksel.Survey2 la HTC One E8,barangkali sesuai dengan keperluan.

    ReplyDelete
  18. Linovo ramai member ckp kualiti gambar depan tak berapa nak Ok.. tak pastilah plak...
    Iphone plak mahal..tapi the best... haha

    ReplyDelete
  19. sony selalunya dikaitkan dengan gambar yang cantik...tapi mahal bebenor alahai...

    ReplyDelete
  20. Lama tak singgah sini. Dtg menyinggah dari blog tunang ko. Hehe

    Megapixel tinggi tak menjamin gambar cantik beb. Ckp pasal kamera dan gambar cantik, nokia tak mau? Lens carl zeiss tu..

    ReplyDelete
  21. ramai guna lenovo sbb bateri tahan lama..

    ReplyDelete
  22. @Filzah AzzahraT2 Ultra 1.1 MP, 720p@30fps VS Z2 Secondary 2.2 MP, 1080p@30fps

    ReplyDelete
  23. Megapixel tinggi bkn jaminan gambr cantik..cuma kalau kita nk cetak gmbr tu atas kertas baru tau apa beza 20mp dgn 13mp..bnyk sbnrnya sbb untk jdkn gmbr cantik..nk crita pn tak pandai sgt..apa pn sy masih anggap sony xperia z3 masih yg terbaik..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.