Baru seminggu lebih lahir :)
Sedap-sedap tengah makan nasi goreng kat kedai, tiba-tiba ada sorang manusia ni menjerit sambil lompat-lompat..
"euwww..! syuh..syuh.. blah kau dari sini..! gelinya aku tengok kucing ni.."
"euwww... geli la weii..!"
"euwwwwwwwwwwwwwww........"
Tu baru kucing datang..kalau tikus, macam mana agaknya ye. Aku pun pelik kenapa ada orang tak suka kucing..nampak kucing je euwww. Comel kot kucing. Tak tahulah kot-kot ada trauma pernah kena cakar dengan kucing ke atau jijik dengan kucing jalanan ni. Sampai kucing datang mengiau mintak makanan pun disepak.
Belum masuk bab seksa kucing lagi. Macam-macam dibuatnya..pukul, pijak, rendam dalam air, gantung. Mentang-mentanglah kucing tak boleh cakap, tak boleh lawan balik, senang-senang je seksa kucing. Manusia jenis apalah yang menganiayai binatang makhluk ciptaan Allah yang tak berdosa. Tak dapat hukuman kat dunia,tunggu kat akhirat nanti balasannya.
20 Comments
tulah...kalo tak suka pun janganlah siksa. tapi biasanya orang tak suka kucing ni sebab trauma..huhu
ReplyDeleteMemang kejam! Jikalau manusia mampu menindas kucing, apatah lagi perbuatan mereka terhadap manusia lain, tentu lebih dahsyat. Saya dan rakan saya kini membuka rumah kami sebagai pusat rehat dan rawat tidak rasmi untuk kucing-kucing terbiar dan jalanan yang berkeliaran di kawasan pinggiran Kuala Lumpur. Saya pernah didatangi seekor kucing yang hampir cacat akibat dipukul dan dibelasah oleh manusia kejam... selama beberapa bulan tu saya merawat dan memberinya makan agar dia kembali pulih dan bertenaga. Alhamdulillah, kucing tersebut telah selamat dan berjaya membesar sebagai ibu kucing yang cantik dan melahirkan banyak anak-anak kucing yang comel. Sejuk pandangan melihat anak-anak kucing tu bermain di rumah ^__^
ReplyDeletememang xminat ngan kucing..sebab bila pegang rasa tulang dia gerak gerak..tapi xla pulak rasa nak sepak or halau..sebab Rasulullah kan sayang kucing..selalu kalau kucing datang saya yang lari..sebab nak bagi tempat kat kucing tu..hehe..
ReplyDeletesy bkn xsuka kucing tp tkt kucing.xpnh lagi pukul/sepak sbb tu pun tkt..nmpk je kucing trus naik kaki atas kerusi.huhu.
ReplyDeletetak penah bela
ReplyDeletetak suka sgt
tapi xdelah sampai nak sepak@ seksa kucing, huhu
naper la letak gambar tu . sis mmg x blh tgk gambar kucing kena seksa ...
ReplyDeleteanis bukan tak suka.. tapi takut..hihi.. kalau kucing mai.. kaki naik atas kerusi..hahah.. tapi tak sampai hati nak tendang2 kucing.. kucingkan comel..kan best kalau xde perasaan takut kucing..boleh peluk2 kucing..huhu
ReplyDeletekejam sangat kalau yang tergamak nak siksa kucing,ia pun makhluk Allah swt juga, sama hak untuk hidup dimuka bumiNya..
ReplyDeleteAnak lelaki saya takut kucing. Kitaorg pon xtau kenapa. Maybe kucing penah cakar dia kot..smpi skrg xleh tgk kucing..umo 3tahun..hihi jenuh nk dukung klu nampak cat..
ReplyDeleteBw :)
Salam singgah dari irra
http://www.irrayyan.com
dulu memang tak suka kucing sebab trauma. Pegang anak kucing then jatuh, esok hari mati. Tapi, sejak adik-adik bela kucing, dah mula okeh dah.
ReplyDeleteDulu ana suke la sgt kucen. Sampai bawak tido, jadi teman peluk. Tp lepas je tau ana ade alah kucing, lagi2 kucing sakit mesti lari lintang pukang cam kene kejar antu. Maybe org tu dia trauma kot.
ReplyDeleteKejamnya yg seksa kucing tu, bila kita fikir pon dah mengigil badan, inikan pula sanggup buat macam tu!
ReplyDeleteKucing adalah binatang yang disukai rasulullah. Nak bela tapi masih terkenang kucing yang dulu bela sampai sekarang tak tau mana dah. Mungkin mati, ia tak mahu menyusahkan tuannya kot..
ReplyDeleteAhh! Xsuka la tgk gmbar kucing kna seksa..kesian..huhu..
ReplyDeleteWalaupun aku pernah juga kena cakar kucing aku sendiri tapi aku tak sanggup memperlakukan kucing seperti sedemikian. Aku sayang Kucing walaupun kucing aku sombong ngan aku. hehehe
ReplyDeletehmmm..sedih kezaliman manusia kdg x masuk akal...
ReplyDeletesaya pantang nengok org aniaya kucing ni ..rasa nak bagi penampo level saiyaan ke5 je
ReplyDeletekalau tak suka sekali pun jangan la sampai menyeksakan. itu biadap namanya
ReplyDeleteTak boleh bayangkan orang yang menyeksa kucing ni coz ia comel..jahat sangatkan...memang tak berperi kemanusiaan..
ReplyDeletex sanggup tgk gambar yg last tu...klu x suka kucing pun x payah nk bersikap zalim...
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.