6 Cara Memujuk Perempuan Merajuk

Ambik berkat pengantin. I love my future wife :)

Perempuan merajuk biasanya sebab korang tak telefon atau sms dia dalam satu hari, cemburu atau korang terlupa tarikh-tarikh penting dia. Biasanya bila perempuan merajuk, dia akan pandang tempat lain, tak ada mood nak bercakap, tanya sepatah jawab sepatah, diam dengan muka masam dan habis mulut dia dimuncungkan.

CARA-CARA NAK PUJUK PEREMPUAN MERAJUK

SENYUM
Dinasihatkan kalau pasangan korang merajuk, cuba senyum depan dia sambil buat muka seposen. Lagi dia merajuk lagi tu la korang senyum..senyum sampai cecah telinga pun tak apa. Kalau sejam korang senyum, gerenti cair punya..terus tak jadi merajuk. Mungkin kesian tengok korang kot ( padahal dalam hati cakap “apehal laki aku ni senyum-senyum ni, tampar kang

HANTAR SMS/ WHATSAPP/ WECHAT
Kalau masing-masing duk jauh, tiba-tiba dia merajuk macam mana? Alah, banyak cara zaman sekarang ni. Kalau telefon dia tak angkat, hantar la sms,whatsapp, wechat ke hape. Jangan la sekadar cakap “Sorry”..nampak sangat tak ikhlas nak pujuk. Gunalah ayat bunga-bunga untuk tunjuk yang korang betul-betul nak minta maaf. Lagi panjang lagi bagus. Malas nak tulis, record je suara korang dan hantar kat dia.

BUAT LAWAK

Bila tengok dia merajuk, jangan buat dek je. Buat lawak la sekali. Masa dia tengah diam tu, terus je bercakap sambil berlawak. Tapi pastikan lawak korang tu kelakar la. Konpem lepas tu dia akan gelak dengar lawak korang. Gelak dalam hati pun tak pa, yang penting korang tengok muka dia dah ceria.

BELI HADIAH
Kalau yang tiga cara kat atas tu korang tak buat, apa kata buat surprise dengan beli hadiah? Korang bayangkan masa merajuk tiba-tiba ada orang bagi hadiah. Merajuk entah ke mana dah, terus cair beb. Pastikan hadiah tu hadiah yang dia suka atau idam la. Merajuk hilang, sayang pulak bertambah.

MASUK MEMINANG
Kalau dia merajuk lama sangat, korang masuk meminang terus. Sebab nak buktikan yang korang betul-betul dah insaf (kalau ada buat salah) dan nak buktikan betapa sayangnya korang kat dia. Tak payah girlfriend lagi, terus masuk minang. Amacam, berani tak?

MERAJUK BALIK
Bayangkan, bila dia merajuk, korang pulak merajuk balik dengan dia. Kalau sama-sama merajuk, siapa yang nak pujuk? Sepatutnya korang yang pujuk dia, tengok-tengok dia pulak yang pujuk korang..haha. Jangan amal selalu ye, salah seorang mestilah beralah.

Post a Comment

24 Comments

  1. Tips terakhir tu kelakar, haha ^__^

    ReplyDelete
  2. Bab yang last tu memang kelakar..huhuhu

    ReplyDelete
  3. alolo..sweetnya,,ni msti penh guna ni..

    ReplyDelete
  4. hahaha..aku selalu guna car merajuk balik tu dan ianya memang berkesan....

    ReplyDelete
  5. Yang penting si lelaki ikhlas memujuk.. jgn taktahu perempuan ni ada 6sense untuk detect lelaki tu ikhlas atau tidak..

    ReplyDelete
  6. nombor 6 tu la abg salu buat.. eee.. teruk betul.. lastly abg gak pjuk.. weekkkk

    ReplyDelete
  7. Yang last sekali tu memang tips paling terbaik. Kalau dah pujuk bagai tapi dia xlayan so baik mengajuk jugak tanda protes. hihik :)

    ReplyDelete
  8. Em gunakan unlimited internet, guna tip kedua mcm dlm iklan, sampai ughhh, termuntah-muntah dek pujuk rayu yang melimpah ruah

    ReplyDelete
  9. bab bagi hadiah tu ok...tp tengok jg masalh yg jadi rajuknya...

    ReplyDelete
  10. kena tgk karaktor org yg merjuk tulah mcm mana ...

    ReplyDelete
  11. Kalau senyum je asyik, rase cam nak tampar laju2 je. Haha. Tapi yg akhir tu, sure la ana mmg kalah. Haha. :D

    ReplyDelete
  12. pengantin perempuan tu, cantik..

    ReplyDelete
  13. ahahah... nice tips. semua tu konfem buat hilang merajuk

    ReplyDelete
  14. ini tips berdasarkan pengalaman ke? hehe

    ReplyDelete
  15. cara pling snang bro..merajuk balik..kalau smua kaedah 1-4 x bkesan he..he

    ReplyDelete
  16. yg terakhir tu lawak..hahah.. kdg2 lelaki nie buat2 x paham je time kite nie merajuk.. sabo je la.. pujuk hati sendiri je la..huhu

    ReplyDelete
  17. buat lawak tu je yg paling sukaaaa ^___^ huhuhu...

    ReplyDelete
  18. Hahaha, yang last sekali tuu...

    ReplyDelete
  19. hmmm kalau si dia merajuk, mohonclash je ..hehehehhe

    ReplyDelete
  20. masa bercinta banyak kali la jugak merajuk..
    dh kahwin ni tak sempat merajuk dah...
    kena lingkar ngan anak2 je....hihi

    Punca Lelaki Mandul

    ReplyDelete
  21. Selamat mengaplikasikan tips-tips yang ada ya ..guarantee berkesan tapi yang last tu kena fikir kejap..he..he

    ReplyDelete
  22. kebiasaan nye yg last tu bgs tp tgk tempoh gak.. jgn terlalu lama merajuk tu... n ni la salah satu cara utk cool down pasangan dgn cara abaikan

    ReplyDelete
  23. kebiasaan nye yg last tu bgs tp tgk tempoh gak.. jgn terlalu lama merajuk tu... n ni la salah satu cara utk cool down pasangan dgn cara abaikan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.