Abang, 10 Minit Boleh Tak?


Sedang asyik siapkan kerja sambil dengar lagu kat bilik guru, tiba-tiba bunyi suara perempuan menyapa.

"Cikgu busy ke?"
"Takde la busy sangat..sikit lagi kerja nak siap"
"Saya panggil abang boleh tak? Abang pernah dengar tak pasal insuran xxxxxx ni?"
"Ok, saya dah ada insuran"
"Ala, abang dengar dulu..10 minit je pun"

Rasa macam kejam sangat pulak kalau kata tak nak. So, biar je dia terang A sampai Z pasal insuran xxx tu.

5 minit berlalu....
Dia keluarkan kertas, conteng sana sini, buat pengiraan kata insuran xxx ni bagus.

7 minit berlalu....
"Abang tahu tak masa depan kita macam mana. Katakan la esok abang...bla..bla..bla.."

10 minit berlalu....
"Abang belum kahwin lagi kan..so, insuran ni sesuai dengan abang sebab..bla..bla..bla.." 

15 minit berlalu....
= =" krik..krik..krik

20 minit berlalu....
"Wei, bila nak habis ni" cakap dalam hati je.

Selepas hampir setengah jam, habis jugak tazkirahnya pasal insuran xxx tu..grrrr. Kalau tak layan nampak kejam..dah layan terlebih pulak. Tapi kan gaya cakap orang jual insuran ni memang boleh cair beb. Mujur aku dah ada future wife :)

Post a Comment

17 Comments

  1. untung la dah ada future wifeee... \0/

    ReplyDelete
  2. haha! bwu je semlm org insurans mna telefon..da la unknown no..nyampah tol..

    ReplyDelete
  3. diorg mmg dah di ajar dengan ayat ayat power :-)

    ReplyDelete
  4. haha, pernah kena macam ni, Pandai diorang mengayat semua pasal Insurans. layankan apa diorang cakap last2x tak nak. itu je. k bye

    ReplyDelete
  5. hahaaa. layankan aje.. iman kena kuat.

    ReplyDelete
  6. hahahah awat nik x kata
    ok 10 minit done hahaha
    ckp 10 minit,..
    krikk krikk kriiikk

    ReplyDelete
  7. haha..klu akak mmg layan kejap dia bercakap..pastu akan cakap..sorry ya, sya tak berminat...hihi

    ReplyDelete
  8. face to face tak pernah kena lagi. tp by call pernah...terus letak. kejam tak? :P

    ReplyDelete
  9. jangan terpedaya...sy dh kenaaa T__T

    ReplyDelete
  10. @ewanthology
    ewan, sebab tu kalau dapat dekat aku dari awal lagi aku cakap aku tak nak dengar. Even depa kata akak dengar aje la, tak beli pun tak pe. Tapi aku akan balas balik, tak pe kesian awak. Penat bercakap je tapi akak tak beli pun. So baik la awak tak bercakap langsung kan.

    ReplyDelete
  11. singgah..1st time masuk sini...cikgu ehh

    bagus la cikgu ni...dengar dulu, lain belakang cerita...hehehe tapi kalau kena kat saya tengok mood gak la...mau saya buat sistem butter dengan org insuran tu nanti..hehhhehe

    ReplyDelete
  12. Dia orang dah being trained nak cakap apa dan macammana. Yang cepat melt tu yang selalu tersangkut...nasib baik kuat iman ya..he..he

    ReplyDelete
  13. mrk tu cakap mcm bertih jagung ... sabar je kan ... future wife dah tunjuk cincin ... ehem ehem .

    ReplyDelete
  14. Ada orang promote insurans kena promote balik dengan pelanggan dia...kih3

    ReplyDelete
  15. Insurans / kad kredit, Senang je.. jawab x berminat / dah ada dah, nak buat pe banyak2

    ReplyDelete
  16. hahahah..aku pom seboleh boleh nak elak dari terjerat dgn org jual insurans nih....

    ReplyDelete
  17. abang,,, awwrrr.. untunglah ada yang panggil abang kat dia :P

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.