4 Sebab Kenapa Perempuan Cantik Susah Dapat Jodoh


Hasil daripada interview dengan dua orang perempuan cantik, so ni la hipotesis yang aku buat kenapa perempuan cantik ni susah dapat jodoh. Nak tahu kenapa, baca kat bawah ni.

1. Terlalu Memilih Pasangan
Korang percaya tak dari segi luaran, perempuan cantik memang suka pada lelaki yang hensem. Kalau boleh, nak yang tinggi 7 kaki, badan berketak, muka macam Shah Rukh Khan, hidung mancung..macam-macam lagi la. Maklum la orang cantik, kriteria untuk jadi pasangan dia mesti menepati taste dia jugak. Selepas tu barulah diselidik kerja apa. Kerja tu mestilah setaraf atau lebih tinggi dari perempuan tu. Katanya lagi “kami bukan terlalu memilih, tetapi mencari yang sepadan,secocok, sekufu dan seangkatan dengannya”.

2. Gaji Dan Pangkat Tinggi Dari Lelaki
Dah la cantik, pastu kerja gaji beribu-ribu ringgit pulak sebulan. Lelaki yang kat luar cuak nak masuk line tu. Pada mata lelaki, takkan la perempuan cantik dan bergaji tinggi tu nak pandang lelaki yang kerja biasa ni. Sebab tu la daripada awal, lelaki tak nak ambik risiko pergi usha perempuan cantik..bukan apa, takut bertepuk sebelah tangan je. Kena reject seminggu tak makan nasi beb.

3. Serik Nak Bercinta
Siapa kata perempuan cantik tak pernah putus cinta? Tersilap pilih lelaki buaya, parah la jawabnya. Bila dah putus cinta, mungkin rasa fobia kot bab-bab bercinta ni. Dah tak percaya dan malas nak taruh harapan kat mana-mana individu yang sibuk duk usha dia..takpa la, dia nak forever alone..huhu. Maybe sebab ni pun perempuan cantik lambat dapat jodoh.

4. Tidak Serius
Dah elok-elok couple dengan orang tu, putus sebab ada lelaki lain. Alasan yang di bagi takde jodoh. Macam mana nak ada jodoh kalau tak serius dalam hubungan. Ambik perhatian ye..khas untuk lelaki dan perempuan yang tak istiqamah dalam perhubungan tu.

P/S : By the way, bukan semua perempuan cantik macam ni ye..hehe. Terima kasih kepada 2 orang wanita cantik, Nabilla Affiqqah dan Hana kerana sudi di interview :)


Entri lain yang anda mesti baca :

Post a Comment

34 Comments

  1. wuwu berdoa itu penting. :)

    ReplyDelete
  2. emm mgkin betul
    mgkin juga x betul
    senang citer belum jumpa yg serasi
    kalau dah jumpa.. tak hensem pun takpe..janji sayang kita.hihi

    ReplyDelete
  3. untunglah hensem.eh?untunglah cantik..org tetap pandang..

    ReplyDelete
  4. yezza..semua aku setuju. hehe

    ReplyDelete
  5. I dont call mine serik bercinta. Lbh kepada takut. I know how it hurts, so I dont want to feel it anymore. Serik and takut is 2 diff things, I think??? Hahaha.. But still, I am even in that "perempuan cantik" category. Lewl..

    ReplyDelete
  6. mungkin diorang ada benda lain nak laksanakan sebelum fikir pasal kahwin mcm akademik, pekerjaan tetap, bayar hutang ke, kan? kan?

    ReplyDelete
  7. yang nak pandang banyak yang serius belum tentu ada..grrr

    ReplyDelete
  8. insyaallah anda akan mendapat seperti yang Allah janji kan..amin sesuai dengan diri kita sendiri yang penting perlu menerima kelemahan org lain.kan... sy pun payah nk accept tu..peace

    ReplyDelete
  9. sbb hantaran belah pompuan xde subsidi .. tiap tahun naek

    ReplyDelete
  10. Doa.
    Kalau dah jodoh tak ke mana nye. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  11. ermm fakta yg boleh dipakai... hehehe
    yg low profile pun ok gak

    ReplyDelete
  12. memilih tu mmg betul... tp hak masing2, siapa kita nk mhalang hak mereka utk memilih kan :-)

    ReplyDelete
  13. aku biasa jumpe gadis cun yang sukses. belum berkahwin. selektif mungkin.

    mungkin sampai satu tahap dimana 'hensem' tu bukan lagi satu pilihan..

    ReplyDelete
  14. saya popular sejak sekolah lagi . saya x pasti klu saya ni kategori cantik . cuma ... jodoh tu rahsia Allah ...

    ReplyDelete
  15. kalo dah cantik tu kena ar cari yang sebaliknya,, barulah saling melengkapi. hati pon tak sakit..

    ReplyDelete
  16. Kalau dah jodoh tak kemana

    ReplyDelete
  17. iye ke??? mungkin ya, mungkin tidakkkk...heee

    ReplyDelete
  18. nik nak cakap, sye ni tak cantik lah :P

    hahaha,, tp 4 sebab tu sye setuju sbb kebanyakan kwn2 sye yg cun semua dikategorikan dalam perkara di atas.

    ReplyDelete
  19. Betul sangat tu nick. Zaman sekarang semua macam tu. Tak kisah pasal apa pun. Bagi mereka kebahgiaan terletak pada mata, bukan pada hati. Yang baik pun ok dah. Setiap ciptaan ada keistimewaannya. =)

    ReplyDelete
  20. hahha! tak smua mcm tu..apa pun jodoh itu di tangan Allah, cuma kena berusaha lah utk dpt kan nya. InsyaAllah cikgu akan bertemu jua dgn gadis pilihan hati..hihi

    ReplyDelete
  21. tak payah nak memilih sgt..janji dia syg kita sorang cukup....hehe

    ReplyDelete
  22. Ini sekadar apply untuk orang yg cantik je kan ? Saya ni biasa2 je pun. Sekian terima kasih. Hahahaha

    ReplyDelete
  23. Waaah..betul la semua tu..haha

    ReplyDelete
  24. nak cari laki senang..nak cari suami tu tang payah...
    lagipun kite orng tak cantik :-P

    ReplyDelete
  25. sekarang perempuan cantik dah x memilih.... :D hhaha kot lah...

    ReplyDelete
  26. OK, 1 je nk komen. aaron aziz x encem pn... hehehehe

    ReplyDelete
  27. emm..mybe ade betulnye..tp xtw la sbb kite bkn kategori tu..tp x smua pmpuan mcm tu..mgkn yg kategori sdrhana pun lagi teruk reason nye...=)

    ReplyDelete
  28. doa,berusaha...dan brrtawakal..jika xde jodoh gak..xpelah..ade hikmah disebalik nye..hanya Allah yang tahu ape yang baik untuk kite..

    ReplyDelete
  29. doa,berusaha...dan brrtawakal..jika xde jodoh gak..xpelah..ade hikmah disebalik nye..hanya Allah yang tahu ape yang baik untuk kite..

    ReplyDelete
  30. perempuan berhak memilih bakal suaminya... klu jmpa calon yg basic fardu ain pon x lepas.. nk jgk ke? hurmmm........

    ReplyDelete
  31. betul tu,banyak sebab jugak lelaki suka pilih perempuan yang cantik dari segi paras rupa sahaja.

    harap maaf sebab komen saya lain dari topik.

    ReplyDelete
  32. humm.. betul jugak tu.. tapi macam mana pulak kalau mak yang memilih calon menantu? hihi..
    pening laa..
    semua tak berkenan.. dah cukup ciri2 yang mak nak, tapi jauh pulak. reject lagi.. alamatnya membujang la sampai bila pun tak pasti. kawan sume dah beranak pinak. please doakan seseorang datang jumpa mak, nak minang saya, menepati ciri2 yang dia nak.

    tapi kalau tak solat tu, atau selalu tinggal solat tu, memangla.. awl2 lagi saya pun dah reject. huhu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.