Kenapa Mesti Ada Skandal?

Amaran : Entri ini akan buat sesetengah orang marah, tak puas hati, bengang dan seumpamanya.
 
Percaya ke tak, orang yang suka pasang skandal ni bajet dia bagus sangat..kira market tinggi la dapat pasang sana sini..tak sedar dah mainkan perasaan orang lain. Kira macam "Woowww..kira hebat la aku ni dapat pasang 2 3 awek/pakwe". Skandal ni tak datang sendiri..kita yang cari. Mula-mula kenal..pastu jadi skandal.

KENAPA ADA SKANDAL?
1.  Kurang kasih sayang dan perhatian..tak nak perhatian sorang je. Nak perhatian lebih. Spare part bila yang ni takde yang lain ada. Kononnya baru la tak kesunyian. Bayangkan kalau partner korang ada kerja tapi korang gunakan alasan "Boring la takde orang nak mesej" sebab nak hilangkan kesunyian korang tu..WTH!!



2. Suka mainkan perasaan orang. Kat depan pasangan kata cinta tapi kat belakang main kayu 10. Orang macam ni takde hati sebab sanggup tikam belakang. Jangan marah nanti bila korang terkena balik apa yang korang dah buat. 

3. Semua dia nak sapu..bukan sapu sampah ye..hahaha. Tengok yang tu cantik/hensem dia nak. Tengok yang ni comel/smart pun dia nak. Semua dia nak simpan jadi spare part. Kalau tak serius, jangan bagi harapan kat orang. Tak pasal-pasal nanti ada yang berdendam.



P/S : Setia pada yang satu. Kita buat kat orang, tak mustahil satu hari nanti kita akan kena balik benda yang kita buat kat orang tu. 
 

Post a Comment

30 Comments

  1. mungkin jugak sebab nak buat pilihan.... nak uji yang mana satu yg terbaik untuk dia... huhu

    ReplyDelete
  2. Haha memang pun..orang macam ni kurang kasih sayang..

    ReplyDelete
  3. ok setuju..berkawan biar beribu, berpakwe biar sorang..kih3

    ReplyDelete
  4. Yang berpasang iniiiilah orang yang paling busuk hatinya :) What comes around goes around, bukan tak mustahil benda tu berlaku pada diri tapi AKAN. Itu sudah pasti :) Tuhan maha mengetahui dan sentiasa melihat..

    ReplyDelete
  5. kalau kita xda pakwe/makwe.. tapi kita kawan baik dengan org sehingga timbul isu dulu dia keluar dengan orang ni. hari ni orang lain.. padahal kawan je kot..

    kiranya kawan rapat di salah ertikan sebagai pakwe/makwe.

    pening dah baca komen hana ni haha. mcm xda kata dengan entri pun ada :P

    ReplyDelete
  6. HAHA. terbaik la isu SKANDAL NI. :D

    ReplyDelete
  7. yup betul.. setia pada yg satu.. yakni Allah. eh betul kan? hehe

    ReplyDelete
  8. Topik panazz ni... :) Tapi, setuju dengan pendapat kat atas.

    ReplyDelete
  9. skandal sebelum berkahwin ...harus beb...hehe.

    ReplyDelete
  10. so, nik dah pasang berapa ? ihihihihi :P

    ReplyDelete
  11. ' wow , ganas tu ada scandal...hot stuff la tu '

    tu ayat yg femos yg kitorang akan cakap kat orang yang banyak scandal :P

    ReplyDelete
  12. ade la dulu sorg kwn ni tak cntik mana pon tp byk skandal...dorg skandal ni kebnyakan sbb sng pow mengepow dan dibalas dgn kasjih syg bg yg kurg kasih syg la...dua2 ambil kesempatan namanya

    ReplyDelete
  13. Skandal itu bila tembelang dah pecah...tapi kalau pandai simpan, OK je. Jangan sampai melanggar hukum Allah dah le...

    ReplyDelete
  14. banyak pilihan sangat kot.. huhuhuh... x tahu nak pilih mana 1 dah :)

    ReplyDelete
  15. kadg2 skandal tu perlu kot. tgok keadaan :)

    ReplyDelete
  16. klu dah tau ada buah hati , jgnlah biar buah hati tu sunyi ...

    ReplyDelete
  17. untung la ada byk scandel..haha
    sekali kantoi semua berdendam. naya tu

    ReplyDelete
  18. Saya tak ada skandal pun...sebab tak market hahaha. Biarlah...dulu pernah gak cari skandal tapi semua tak kekal :(

    ReplyDelete
  19. org ya ada skandal mudah kene goda kot.. sbb tu suka..grrrr

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya.

    ReplyDelete
  21. hidup itu indah kalau kita pandai mencoraknya :) jika inginkan kebahagiaan, bahagia orang lain dengan kebahagiaan kita. InsyaAllah. setialah pada yang satu. :)

    ReplyDelete
  22. Sangat setuju dengan Nick. Kata orang biar kita setia pada yang satu. Bak kata pepatah, yang dikejar lari yang digendong keciciran.. last2 habuk pun tak dapat

    ReplyDelete
  23. Bercinta biar satu, yg lain tu buat2 kenal sudah la kan. Giler kalau nk buat pasal sendiri yg kantoi pdn muka. Aku tak berani wehh

    ReplyDelete
  24. lebih baik single dari skandal :)

    ReplyDelete
  25. lebih baik single dari skandal :)

    ReplyDelete
  26. kena skandal dulu baru seronok kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg buat mmg sronok..bile kene btg idung sndiri, psngn berskandal smpi tahap berkasih syg mase tu bru tau seronok ke x.

      Delete
  27. Ya...hukum karma..hari ni kita buat kat orang,esok lusa balik kat kita ni...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.