5 Cara Berkesan Nak Hilang Mengantuk Ketika Memandu



1. Buka Tingkap Kereta
Kalau korang rasa ngantuk masa memandu, bukak je tingkap kereta tu. Bila korang diganggu dengan udara luar dan bau-bau yang kurang menyenangkan, konpem korang akan rasa segar sikit.

2. Makan Kacang Atau Merokok
Singgah je kat mana-mana R&R dan beli la junk food yang tak baik untuk kesihatan tu. Dan lagi satu hisap rokok. Yalah, alang-alang dah bukak tingkap tu apa salahnya hisap rokok sekali. Asap rokok yang merbahaya itu mampu mengejutkan badan korang dari rasa mengantuk! (tip ini tidak digalakkan ye)

3. Lumba Haram Dengan Pemandu Lain

Kalau rasa ngantuk jugak, cuba identify mana-mana kereta yang kelajuannya hampir sama dengan kereta korang pastu potong. Korang main “lu cilok gua, gua cilok lu balik”. So, anggap la aktiviti potong memotong ni sebagai satu entertainment yang menyeronokkan dan korang pasti tidak mengantuk!

4. Karaoke Dalam Kereta 
Sambil-sambil korang main potong memotong dengan kereta lain tu, korang boleh lah test vocal dengan menyanyi karaoke dan melalak dengan sepenuh jiwa dan raga korang. Tips ini boleh digunakan apabila korang mempunyai CD, Cassette atau MP3 player kat kereta korang.

5. Fikir Entri Untuk Blog
Haa.. tips ni memang boleh pakai. Buktinya? Entri ini adalah buktinya! Aku terfikir nak buat entri ni masa driving. Korang kan ada banyak masa time memandu. Cecuba :)

 

Post a Comment

16 Comments

  1. Hahaha lumba hram x.ley blah... Menyanyi slalu dah.. Aku law drve mmg ske nk tido adoiyai.. Sbb tu nek moto ja haha

    ReplyDelete
  2. Hahah.. Nice. Nanti suruh bf guna cara2 ni, dia drive balik g shah alam nanti. Lol :P Yang no 5 tu tak dpt la kot, dia tak da blog. Hehee.

    ReplyDelete
  3. isap rokok tu mmg betul, tapi fikir entry tu bahaya gak, hilang fokus.

    ReplyDelete
  4. Rokok tak baik untuk kesihatan .

    ReplyDelete
  5. Kalau sy...karoke n cubit lengan supaya rasa sakit...barulah tak ngantuk dah...hahahah

    ReplyDelete
  6. rasanya kena bawa sorang kawan yg mulut suka bebel tak henti2..sebab at least dia boleh bebelkan kita bila kita mnguap2.. bernas tak idea? ahaha

    ReplyDelete
  7. Kacang penyebab jerawat. eh ? Hahaha

    ReplyDelete
  8. minum je air tin alicafe warna hitam atau air redbull atau air livita. kompem sampai esok tak tidur. haha

    ReplyDelete
  9. setakat ni ena drive tak pernah lg rasa mengantuk sebab ena ni akan teruja bila tiap kali drive.. ena ni suka drive, so tak akan rasa mengantuk.. apapun terima kasih ye share

    ReplyDelete
  10. salam nick
    Nice tips

    P/s maaf nick lama sgt ta tak dtg sini

    ReplyDelete
  11. 1,4,5 ley guna..kalau nak lumba haram tu kena beli ferrari dulu..baru mantap..

    ReplyDelete
  12. yang lain OK kot! no 2 & no3 mcm 'pelik'sikit..hahaha.:)

    ReplyDelete
  13. heee.. semua teman suka buat klu ngatok.. kecuali lumba haram.. wehehe.. actually klu teman ngantok, teman selalu mkn cekelat berangin macam HALL.. Cloret.. or yg berangin.. baru x ngantok.. =)

    ReplyDelete
  14. kena ambik lesen bru boleh lumba tu.. haha

    ReplyDelete

  15. Info yang menarik dan sangat berguna walaupun ada yang dahsyat untuk diamalkan oleh para pemandu yang mengantuk ketika memandu. Untuk mencegah mengantuk kita juga digalakkan untuk mendapat rehat yang mencukupi sebelum memulakan perjalanan dan merancang masa perjalanan kita agar tidak tersekat di dalam kesesakan jalan raya yang menjemukan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.