Anak Tak Bijak Sebab Lelaki Lambat Kahwin


Siapa yang nak anak bijak cepat-cepat la kahwin ye..termasuk la tuan blog ni..hahaha. Straight to the point, lelaki lambat kahwin bukan sebab takde jodoh..tapi sebab ekonomi yang tak berapa nak stabil. Zaman dulu hantaran 1k kira dah banyak tu..harga barang pun murah. Tapi zaman sekarang kalau takde 8k ke atas, gigit jari je la nak pinang anak orang. Tu baru tahap SPM, kalau perempuan tu ada ijazah,master atau PHD..botak kepala nak cari duit.

Kalau nak kahwin awal-awal tapi kewangan tak kukuh pun tak boleh jugak..takkan nak bagi anak bini makan pasir kot. Tapi kalau gaji lelaki tu 3k sebulan tapi masih tak kahwin-kahwin..maknanya ada something wrong la tu. Apapun, cepat atau lambat kahwin rasanya takde kaitan anak jadi tak bijak. What say you?

P/S : Kalau perempuan kahwin lambat, macam mana pulak? :)

Entri lain yang anda mesti baca :


Post a Comment

29 Comments

  1. agree...skrg semua pon duit..ade duit semua jalan..

    ReplyDelete
  2. Wahahaha.. Bagi lah minum susu banyak2. Haha. Tapi ada jugak yang kahwin awal, still dpt anak yang lembap. So.. Usia bkn faktor kot?? Hehe. Kalau perempuan susah kalau nak branak cos umur dah meningkat and pregnant bukan perkara mudah :/ Kot??? Idk, tak da pengalaman. Haha..

    ReplyDelete
  3. takpa la nanti mad ada anak pompuan siapa yang nak masuk memingang silakan , tak kira la apa pangkat dia , asalkan lelaki , ekeke..

    ReplyDelete
  4. pembetulan , meminang :D

    ReplyDelete
  5. dah belum sampai jodoh...camne nak kawen kan? Suami akak kawen ngan akak umur 30tahun. ok je anak2. bijak je.
    Pompuan pun kalo belum smpi jodoh, camne nak kawen. Apa2pun, sabar banyak2..

    ReplyDelete
  6. Betul! Arol pun rasa macam takde kaitan. Tak kisahlah kahwin awal atau lambat, yang penting bagaimana cara kita mendidik anak-anak. Itu yang akan menentukan sama ada anak kita nanti bijak atau tidak. :)

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum ... tak kira la harga apa pun , semuanya makin melambung . mati hidup balik pun takkan menurun ... menabung dari sekarang tu lebih bijak lah . Jadi bila tetiba berkenan kat seseorg / jodoh dah sampai , duit dah ada .klu nak wat loan pun x perlulah byk sgt kan ! ... yg plg ptg masa bujang jgn byk sgt buat hutang / loan . lbh baik klu sblm kahwin tuh hutang dah settle . Klu beli keta tu , make sure dah settle baru kahwin ... lebih bijak klu masa bujang dah ada keperluan dlm rumah cam keperluan dapur / ruang tamu dan bilik tidur ... isteri masuk umah tggl cuci kaki jer ... heheheee ... so bila kahwin cuma fikir duit utk besarkan anak jer ... panjang sgt ke ustaz , saja nak merapu ...heh heh heh

    ReplyDelete
  8. psl anak bijak ... sekrg nih ,banyak cara nak anak bijak . so , tepuk dada tanya otak ... yg ptg setiap mlm baca al-quran sbb ayat quran itu menerangkan hati . Jadi nak terima ilmu pun senang jer ... hah kan dah sambung lagi ... hahahaaaa

    ReplyDelete
  9. yg saya tahu jika kahwin dengan saudara dekat spt sepupu boleh mmembuatkan bayi yang lahir kurang bijak... itu jee

    ReplyDelete
  10. saya tak suka nak percaya terus kepada artikel yang dibaca..terpulang kepada cara didikan ibu bapa...kawin lambat ke cepat ke, yang penting bahagia kan

    ReplyDelete
  11. Hehe..betul jugak ckp awk. nk kawen pun kna simpan duit jgak :)

    ReplyDelete
  12. wah,,kalo tuan punye blog ni kahwin jgn lupe jemput ye!.hehe cepat kawin in Shaa Allah dpt anak bijak,

    ReplyDelete
  13. boleh plak macam tu erk.. kalau pompuan kawin lewat, anak xramai la..

    ReplyDelete
  14. jgn mudah terpengaruh. hehe

    kalu perempuan kawin lambat maknnya perempuan tu belum bersedia untuk menjadi isteri yang penuh dengan tanggungjawab macam lelaki juga :)

    ReplyDelete
  15. haha..pempuan mmg xleh ler kawen lmbt.haha..mkin cepat mkin bagus..
    yup2..btul tu nick.kene ade kewangan yg kukuh bru leh kawen..huhu

    ReplyDelete
  16. Salam,
    Kenapalah topik macam ni orang bujang nak fikirkan. Baik fikir bagaimana hendak cepat mengumpulkan duit utk pinang anak dara orang dan rete...Lagi berfaedah.
    Bijak atau tidak anak itu adalah kurnian Allah dan boleh di usahakan untuk berubah.

    ReplyDelete
  17. sila buat part time untuk kawen.. hehe

    ReplyDelete
  18. pada anna, rasanya lebih elok sama2 keluarkan duit.. lelaki 10 ribu, wanita 10 ribu.. ha, x yah pening2 dah.. kan sama2 dah suka.. jadi kena korban la...

    ReplyDelete
  19. Tak semesti nya lewat khawin anak tak bijak.. agree! :)
    erm tu lah kan, kesian jgk..skrg ni semua mahal..hantaran mau ribu riban..kekadang lelaki terbeban..:)

    ReplyDelete
  20. Agree! kalau dah jodoh nak datang lambat, macam mana kan?? Allah knows The BEST for us... mengarut tul siapa yg buat kajian ni...

    ReplyDelete
  21. Agree! kalau dah jodoh nak datang lambat, macam mana kan?? Allah knows The BEST for us... mengarut tul siapa yg buat kajian ni...

    ReplyDelete
  22. Sebab utama memang ekonomi. Bila umur hujung 20an, baru nak stabil dan boleh kahwin. Kita tgk la hantaran 3 tahun akan datang, mau dekat belas2 ribu untuk SPM huhu

    ReplyDelete
  23. lambat kawin ke tak ke x menjamin bijak anak pun. semua anak yg dilahirkan ade keistimewaan sendiri

    ReplyDelete
  24. itu terpulang jga pada gen pasangan kan? huhu..kalau dua2 baka baik..bijak la juga anaknya..haha..jodoh datang cepat ka lambat itu urusan Allah..tpi kta kena juga ada usaha..pastu tawakal..hehe :)

    ReplyDelete
  25. aku usha blog ni terus baca yg ni,,ahah,,
    terkejut beruk,,

    ReplyDelete
  26. mengarut ar.. abah kite kawen lambat jgk.. ank2 die pandai je hehe :P

    ReplyDelete
  27. very nice blog...xbosan bca entry2 nick

    ReplyDelete
  28. tidak semestinya...Cuba buktikan mengikat kajian..anak bijak atau sebaliknya bergantung pada gen pasangan...kalo betul,kesian la dengan kaum lelaki yang lambat jodoh dan bajet blum ckup

    ReplyDelete
  29. alo kawin lah ramai muslimah terbaik masa sekarang ya

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.