Apa Jenis Loghat Negeri Anda?


Aku dari dulu kecik sampai besar merantau je kerjanya. Yalah, lahir di Terengganu, membesar di Kelantan, belajar di Kedah dan Perak pastu kerja kat Johor. Dan benda yang aku paling pelik ialah bahasa. Macam-macam jenis slang atau loghat yang aku jumpa masa belajar dulu dan kerja sekarang. Loghat orang utara, loghat orang pantai timur, loghat orang selatan semua aku dah dengar. Kadang-kadang tu masa cakap terikut jugak dengan loghat diorang.Contoh kat bawah ni :

Loghat Kelantan         : Kawe raso nok make nasik doh ni.

Loghat Terengganu : Mung ni nakok paik..beghat nanang.

Loghat Kedah          : Hampa makan biskut tawaq celup ayaq kopi je?

Loghat Johor           : Ko nak beli kereta beso jugak ekkk?


Loghat Perak            : Kome deghoyan dah bebunge

Loghat Nogori         : Den donga Siti bolom di pinang laie.

Agak-agaknya korang boleh faham tak semua loghat kat atas tu? :)


Post a Comment

40 Comments

  1. buleh... sonang je teman nok pahang bahaso deme seme nih... boleh ka bah... kamek kan satu Malaysia... hehe ok tak... ;)

    ReplyDelete
  2. ade yg paham de yg tak..huhu

    ReplyDelete
  3. Sebelah barat je bahasa yg boleh difahami oleh semua orang..tapi kadangkala ade kasarnya juga..

    ReplyDelete
  4. aku merantau takde r sgt, tp dah jumpe org dr semua negeri..boleh paham r jugak..hehe

    nway, teman oghang peghak..

    ReplyDelete
  5. orang jb bukan setakat beso je,,nak tambah ckit,,mana gebo aku?(mana selimut aku?) hahah

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum ... loghat terengganu jer tak faham ... loghat jawa faham tak ? ... hahahaaaa

    ReplyDelete
  7. nama ja duduk perak 4 tahun..tp xbrapa reti loghat peghok..huhu..almaklumlah..duduk tgmalim...

    ReplyDelete
  8. haha. best merantau boleh belajar bahasa , makanan dan orang, orang lain ek .

    ReplyDelete
  9. Teman oghang peghaak. Hee :)

    ReplyDelete
  10. Kat opis saye pulak selalu dgr org speaking jawa., perak dan loghat utara je.....

    ReplyDelete
  11. setakat loghat yang mild aku buleh la faham. kalau yang pekat punya, memang aku surrender. sebab kawan aku ramai je yang cakap ikut loghat negeri masing2..

    ReplyDelete
  12. 19 thun.lahir dn mmbesar di kelantan.
    skrg dh 14thun duk luar negeri kelantan
    rasanya x de mslh nk paham loghat negeri lain
    tp blik klate tetap kecek klate.malu la kalu kecek luar bila kelik klate.ko guano?

    ReplyDelete
  13. Semua faham kecuali yang Terengganu! :)

    ReplyDelete
  14. johor pon ade loghat die jugak erk?

    ReplyDelete
  15. yang ganu tu tak paham sikit. ape eh maksud dia? hihi

    ReplyDelete
  16. leeza paling fail nk phm loghat org. haaaa

    ReplyDelete
  17. kita kan satu negeri bereh heeee

    ReplyDelete
  18. loghat tranganu dan perah xfaham. apa benda la tu.hehe

    loghat kedah hana xdapat dipisahkan tapi ada beberapa perkataan kedah hana xfaham. macam pencuri tapi kat kedah dipanggil apa tah.

    kalau kat daerah balik kedah lagi hana xfaham dia kata apa.huhu

    ReplyDelete
  19. hikhikhik.. ena fhm bhs perak tu je.. yg lain samar2 je.. johor tu, bolehlah juga... apapun, ena guna bhs KL je.. ahakx..*eeewww poyo je ena ni*

    ReplyDelete
  20. orang johor memang ada slang ekk ? ingatkan belum perasan lagi orng johor punya slang .. hehehehe :)

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah setakat ni boleh lagi tangkap apa2 loghat yang still ada bunyi melayu tu, kecuali jawa.. Hehe

    ReplyDelete
  22. Study kat U, smua negeri ada.. masing2 ngn loghat msg2.. hehehe.. sy sabahan.. kdg2 member ajuk ckp.. geram jugak kekadang...

    ReplyDelete
  23. Semua yg di atas tu perkataan biasa di dengar, senang jer nak paham. Tapi kalau dengar loghat masa bersembang... Rasanya loghat kelate dan trengganu paling payah nak paham. Inilah keunikan dan keistimewaan Malaysia...

    p/s: loghat sabah & sarawak xde ke?

    ReplyDelete
  24. Kelantan dgn ganu yg paling susah nk difahamkan =) pelik2 sket depa cakap

    ReplyDelete
  25. orang johor ada loghat sendiri eh? bila cakap tu macam biasa je :/

    ReplyDelete
  26. orang johor ada loghat sendiri eh? rasa macam takde. paling-paling pun cakap macam orang jawa adalah :/

    ReplyDelete
  27. kitak apa kabar cikgu ? hahaha

    ReplyDelete
  28. hehe pandainye mcm2 bhasa..

    kita tau kedah jer kot. klate tau sket2 jerr.

    ReplyDelete
  29. sa paling tak paham loghat kelantan n tganu yang sangat pekat.. lau besa2 je boleh lagi..

    ReplyDelete
  30. same la kite merantau x abis2. stakat ni smua aku faham la.. huhu.. tmasuk sarawak.

    ReplyDelete
  31. ambe pahang lake2 sbb saing2 ambe dok berpuok2 sume blh blend.mcm masa blajo dlu, geng2 umoh ada nogori, kedah, kelate, joho. klu g santap ke, melepak ke, tgk wayang ke, wajib satu rumah joing.

    ReplyDelete
  32. haa. ni nak kecek siket kat hangpa.. kamek cakap bahasa campoq2.. okeh?

    ReplyDelete
  33. saya faham sebab saya suka mengkaji bahasa :)

    ReplyDelete
  34. bahasa jiwa bangsa.. ok la tuh sir.. heheh itulah malaysia... :P

    ReplyDelete
  35. faham2 je..tapi nak cakap memang ke laut la..walaupun saya orang perak tapi xpandai pun nak cakap loghat perak. ehehehe

    ReplyDelete
  36. terenganu n perak tu x dapat faham ...ahhahaa

    p/s: semenanjung dah siap..meh datang sabah sarawak...boleh tmbh bhasa lagi bah..:D

    ReplyDelete
  37. kesian kat gUrjit Singh tu,, hehe

    BY: DJDANCHEF

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.