Sebab Mak Ayah Cinta Putus


SITUASI 1 
Semalam ada kawan aku mengadu pasal relationship dengan girlfriend dia. Dia dengan girlfriend dia ok je..tak ada masalah. Cuma yang bermasalahnya ialah mak ayah girlfriend dia tu. Katanya keluarga girlfriend dia suruh dia putuskan hubungan mereka sebab tak setaraf..tak tahulah tak setaraf dari segi mana. Terkejut jugak aku dengar.

SITUASI 2 

Yang ni dah lama berlaku..kes pun hampir sama jugak. Kawan aku ni bergaduh dengan ex-girlfriend dia sebab ex-girlfriend dia kantoi SMS dengan lelaki lain. Bayangkan tengah dating pun sempat lagi bersms dengan orang lain. Seminggu jugak la diorang tak contact. Dan selang beberapa hari ex-girlfriend dia hantar SMS cakap nak putuskan hubungan tu sebab mak dia suruh.  

Aku rasa sebab-sebab keluarga lelaki/perempuan tak terima korang kerana pada pandangan mereka korang :

1. Tak setaraf dari segi nama,pangkat dsb.
2. Sebab negeri tak sama.
3. Diorang dah ada jodoh sendiri.


So, pandai-pandai la ambik hati mak ayah pasangan korang ye. Aku pun takut jugak ni :)

Entri lain yang anda mesti baca :



Post a Comment

26 Comments

  1. Hahaha... Mak sy x memilih ngri mna pon ok tp dia tgok adab dn budi guys tu dtg jmpa dia mcm mna

    ReplyDelete
  2. sebab nomboir 2 tu berlaku dlm hidup lyeen sendiri..sedih..T_T..terutama dr sabah..parents takut sgt anak2 dpt jodoh org smenanjung..kononnya, jauh..T_T

    ReplyDelete
  3. Kalau putuskan hbgn semata2 sbab taraf x sama, mmg x patut la.. tp manusia kn, ad je yg xpuas hati.. gudluck dlm memenangi hati mak ayah si dia.. :D

    ReplyDelete
  4. salam dik. dulu pernah heboh pompuan luar royak x nak pilih lelaki kelate sbg suami..ni lg teruk. sebenarnya ibubapa x mainkan peranan sgt dlm menghancurkan r/ship anak2 muda skrg. jodoh anak2 yg cari. mak n ayah merestui aje. iyolah kan, mrka nak yg terbaik utk anak2 mrka esp pompuan..
    BTW betul ke negeri kita ni miskin?

    ReplyDelete
  5. adey zaman ni pun ada lagi ke isu ni..

    ReplyDelete
  6. @JUK DIN
    a'a..zaman sekarang ni jodoh anak-anak yg cari..jarang nak jumpa yg jodoh yg mak ayah cari..pasal negeri kita miskin tu bnyk kali dah dengar..takpa,nanti nak keluarkan entri pasal tu :)

    ReplyDelete
  7. Salam Nick..

    Sbb no.1 tu saya dh kena. Alasannya konon kami x setaraf. Maklumla, ex-bf anak org berpangkat, saya ni org biasa je...tp Alhamdulillah, lps putus, saya lbh tenang n pandangan saya pun makin luas tentang hati manusia.

    Semoga Nick berjumpa jodoh yg sesuai ye

    ReplyDelete
  8. err..ada lagi ye orang buat perbezaan taraf =="

    ReplyDelete
  9. mak kak intan ok je..x kisah..janji leh jaga kak intan baik2..pangai baik..hehe...

    ReplyDelete
  10. emm, susah jugak kalau taraf pun nak kena sama..

    ReplyDelete
  11. ingat kenapa la mak ayah putus cinta pula...rupanya sebab mak ayah, putus cinta....huhu.....dh banyak saya jumpa kes gini..kdg2 dia yang nak putuskan hubungan...amik kesempatan la kta mak ayah x suka...pakcik sy dah hampir berbelas tahun bercinta akhirnya kawen juga..walaupun mak ayah bininya dulu x suka..sebab berlainan agama...

    ReplyDelete
  12. ntlh la..tak pernah pulak bincang pasal ni dengan mak ayah..rasa diorang ok je kot..asal bolh jage anak die dunia akhirat..

    ReplyDelete
  13. Situasi yang sama. haihh.

    ReplyDelete
  14. org tua bukan tengok harta kita, tapi budi bahasa kita, adab kita bila jumpa orang tua.

    ReplyDelete
  15. sebab yg pertama tu masih ada lai ke? alahaiii...kalau ada, masih kolot pemikiran mereka kan?

    ReplyDelete
  16. erm.. kebanyakan family pandang status kerjaya.Kalau menantu lelaki nak la yang lebih berpangkat.kalau menantu perempuan xkisah sangat.

    haa takut tak takut tak :P

    ReplyDelete
  17. kalau jodoh tak kemana. Insha Allah :)

    ReplyDelete
  18. yg nom 2 , selalu dgr kawan2 ckp , betul ke kalau lelaki kelantan kena kawin dgn perempuan kelantn ? majoriti kalau jumpa kawan2 , diorang cakap ye... paling jauh pun , diorang hanya boleh pilih org pantai timur je... tp x taw la :)...maybe sebab tradisi kot..

    ReplyDelete
  19. zaman kan dah berubah.. pada anna perkara ini sebaiknya tidak harus berlaku..

    ReplyDelete
  20. penah kene..hoho.skang dah dgn yang sama negeri :)

    ReplyDelete
  21. Beza taraf, still ada g, sbb few months ago pun adik ipar direject parents ex bf dia. Dunia2, cam lah taraf tu yg Allah pandang. :)

    ReplyDelete
  22. erk! ada lagi ya zaman tak setaraf ni?? mcm cerita Alaahh Kasim lah plak.. apapun msti pandai ambil hati mak ayah pasangan.. restu amat penting agar perkhawinan di berkati..:)

    ReplyDelete
  23. haha stkt ni xdk lagi lah..haha

    ReplyDelete
  24. mmg masih ada lagi ibubapa yang perangai cm ni kan... payah lah nak ckp. cuma kalau awal2 dah ibu bapa menetang baik ikut saje dan cuba cari yang lain :) byk lagi bunga bukan sekuntum kumbang juga bukan seekorrrrr hehe

    ReplyDelete
  25. susah juga kalau ada hubungan tapi mak ayah tak redha... sikit sebanyak kebahagiaan rumahtangga mmg dari redha ibu bapa... hm...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.