Perempuan Cantik Hanya Sesuai Untuk Lelaki Kacak?

Pernah beberapa kali pergi ke majlis orang kahwin..tu pun sebab kawan yang ajak. Kalau nak pergi sorang-sorang jangan harap la..segan..kekeke. Entri ni bukan nak cerita pasal kahwin tapi nak cerita tentang pendapat orang yang datang ke majlis kahwin tu. Pernah terdengar ada suara-suara sumbang yang cakap macam ni :

SITUASI 1

Orang A : Ko tengok pengantin tu..sama lawa, sama cantik, sama segak. Barulah sepadan kan.
Orang B
: Cantik betul diorang tu..nanti kalau lahir mesti anak diorang pun comel-comel je.


SITUASI 2

Orang A : Pengantin perempuan dah cantik..tapi pengantin lelaki...urmmm..boleh la kot.
Orang B : Entah la..aku pun tak tau nak kata..macam mana dia pilih lelaki tu. 

                                 Gambar sekadar hiasan semata-mata. (peminat ashraf muslim)

So, bila terdengar orang cakap macam ni, secara automatik aku dah boleh agak apa persepsi orang bila tengok pasangan yang cantik dan biasa. Nak buat macam mana kan..dah jodoh diorang..lagipun perkahwinan itu saling melangkapi..sebab tu la yang lawa dengan yang tak hensem.  

Kesimpulan yang aku dah buat...aku rasa,kebanyakan lelaki hensem selalunya taste mereka sekadar perempuan yang biasa-biasa. Dan kebanyakan yang hensem bercouple dengan wanita yang yang tidak mengikut trend atau fashion semasa. Ada jugak aku tengok dengan mata aku sendiri wanita yang bercinta dengan lelaki yang biasa-biasa je. Ada orang kata asal pandai mengayat boleh je :)

Taste orang tak sama..lelaki ni tengok awek tu cantik tapi lelaki tu pulak tengok awek ni biasa saja. Sama jugak macam wanita tengok lelaki. Lain orang lain pandang. Dan kalau yang couple sama cantik sama padan tu alhamdulillah la. Satu bonus untuk korang. Cuma nak betul kan persepsi masyarakat tentang hal ni memang susah.

P/S : Kepada lelaki yang biasa-biasa sama macam aku, kita sekaki..huhu..syukur dengan apa yang ada.

Post a Comment

42 Comments

  1. Zaman sekarang nie rupa paras x penting asal pandai mengayat dan banyak duit jalan jee.. Eh yeke haha..



    Keje aku kena berhadapan macam2 ragam org.

    So,
    Pernah nampak depan mata awek punyalah cantik dengan pandai bergaya semua tapi pakwe dia tak pun.

    Aku mcm terdetik dalam hati, " biar betul pompuan nie buruknya taste dia"


    Haha. tak baik betul. Jodoh ketentuan di tangan Tuhan. wanita baik utk lelaki yg baik. :)

    ReplyDelete
  2. Nick, sy baca entry awak sambil senyum2..sebab esok dah nak cuti..yeay..hehe..ok2 berbalik kepada entry awak n kan, semuanya dah tertulis di LohMahfuz kan siapa jodoh kita, yg penting tengok pada baik perangai bukan pada…wow cantiknya !! wow hensemnya!! No ..no..:)

    ReplyDelete
  3. Pandangan mata, pandangan hati, pandangan nafsu dan pandangan akal adalah selalu tak seiring. Jadi, bila terjumpa yang rasa macam tak matching tu biasalah kan?

    akak pun terkadang nak mengomen jugak bila terlupa kadang2. hehe..

    ReplyDelete
  4. @Anonymous
    hahaha..bab banyak duit tu aku sokong..tgk ramai skng ni yg kahwin ngan datuk2..

    aku pun pernah nampak camtu jugak..tapi macam aku kata lain orang lain pandang..asalkan diorang bahagia ok je :)

    ReplyDelete
  5. betul tuh pandangan mata setiap individu mmg berbeza :) Yang paling penting kita dapat jodoh yang baik2 dan syg kita seadanya sudah la.. :)

    kalau muka hensem sangat pun kunk ssh nak jaga hehehe

    ReplyDelete
  6. @iiima ❥
    asalkan dia pada pandangan kita cantik takde mslh la kan..biar la org nak kata pe pun..huhu

    ReplyDelete
  7. definisi cantik/hensem pada setiap orang x sama. lagipon kalau sama2 cantik/hensem, takut masing2 cemburu dgn pasangan2 masing2. insecure memanjang. haha.. ;D

    ReplyDelete
  8. kdg2 aku pelik dengan wanita cantik, tgk pakwe...alahai..betol ke?..

    tapi biasa suami diorang nt mesti yg baik2..

    ReplyDelete
  9. @Fendy
    bro, aku dengar orang cakap lelaki tak hensem biasanya akan jadi suami yg penyayang..haha

    ReplyDelete
  10. tak semestinya semua macam tu,..dah jodoh sama2 cantik. kalau jodoh 1 cantik 1 tak handsome nak wat cam na

    ReplyDelete
  11. rupa paras bukan ukuran.. Yg penting tanggungjawab. Yg nie ibu kita pesan :)

    ReplyDelete
  12. Setuju ngan ayat ni "Taste orang tak sama..lelaki ni tengok awek tu cantik tapi lelaki tu pulak tengok awek ni biasa saja. Sama jugak macam wanita tengok lelaki. Lain orang lain pandang". Bila ada entry mcmni, saya pun terkadang dan smpi skrg terpikio gak, camne ek asben saya bleh suka kat sy? Maklumle, dia rmi peminat... haha... Walhalnya, bukan tak tau jodoh & maut tu kuasa Allah. Dah mmg termaktub di azali lagi... Redha je la dgn apa yg ado... he...

    ReplyDelete
  13. emm mmg selalu dgr komen macam ni tapi kalau pompuan lebih lawa dr lelaki org komen 'untung lelaki tu.mesti ayat power.sbb dapat awek lawa TAPI kalau lelaki hensem pompuan ala-ala je mesti ada komen 'mesti pakai guna2 ni.sbb tu org hensem jatuh cinta kat dia'hahahahha kesian

    akak nak yg sayang akak je ;)

    ReplyDelete
  14. kawen cepat boh.
    jangan bergewe lame sangat.
    rugi huhu..
    dapat gaji interim sok bole la meminang

    ReplyDelete
  15. @Nur Fauzi Bassar
    gaji cikgu interim tak masuk lagi bro..huhu

    ReplyDelete
  16. pempuan pon sm jer awak..suka compare2..

    ReplyDelete
  17. kecantikan adalah subjektif...

    ReplyDelete
  18. eh mne ade........ dlm al quran ckp pmpuan bek tuk lki yg bek .. tk ckp psl rupe pn.......:).. rezeki jah tuuuu

    ReplyDelete
  19. sebenarnya cantik pada pandangan pasanagan masing2 tu dah kira memadai...org nak mengata lantak pi...

    ReplyDelete
  20. Erkk ada ke nak sama comel jah, mana boleh gitu. Bagi fie kan, rupa memang totally tak penting. Yang penting hati budi, pandai, berduit(as in takde duit nak tubik dating gano), pandai baca quran, sembahyang. Kiranya bagi fie rupa memang tak penting. Rupa tak dapat beli nasik lemak bang nick :))

    ReplyDelete
  21. rasanya hati tidak dinilai dgn paras rupa. yg penting hati ....

    ReplyDelete
  22. rupa paras tak penting,
    yang penting, cantik dalamannya :)

    ReplyDelete
  23. biasa la mulut org mcm2 complian dema punya pasangan x nk tgok padan ke x ngan dema hahaha..

    cheida biasa ja hensem ka x ka.. penting fmly dpt trima n dia pon dpt trma famly.. agama slagi dia ikut apa yang wajib dan tahu apa yg boleh dan tidak insyallah dia boleh membimbing,nK yg alim sgt n perfect pon kta pon biasa2 kan so knp nk demand hahaha pnjang plak komen kali ni hahhaa

    ala dah jodoh x kemana.. dah allah tulis dpt yang hensem/cntik dapt la.. law sbliknya wat mcm mna.. btol x hahaha

    ReplyDelete
  24. aiseyyy,letih r dengan persepsi masyarakat ni...setiap dari mereka ada persepsi dorang sendiri...kalau 1000 orang takkan kita nak puaskan hati semua kan?jadi yg paling penting,kita tahu apa yg kita buat tu betul ,jadi go on jela...tak perlu takut persepsi masyarakat...

    ReplyDelete
  25. tajuk yg mengancam dan komen2 yg memberangsangkan.

    ReplyDelete
  26. Aku rasa yang paling utama ialah
    gaya berfikir dan karakter seseorang tu.
    Kelebihan paras rupa dan kewangan adalah bonus untuk mereka

    ReplyDelete
  27. cantik tue subjectiv. tiap orang akan ada pandangan tersendiri. tak cantik atau hensem dimata kita tapi sangt sempurna dimata dia.

    ReplyDelete
  28. setiap org mempunyai taste msg dan pndngn masing terhadap psgn kannnn

    ReplyDelete
  29. Klu jodoh terima seadanya..hehe

    ReplyDelete
  30. jodog masing-masing la kan...xpayah nak pelik ..

    ReplyDelete
  31. erk.. kebanyakan hana nampak la kan.. kalau lelaki kacak perempuan kurang sikit. dan sebaliknya..

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum ... entry yg hot ... mcm2 pendpt ada . Teringat satu ketika dulu kwn saya ada cakap " bila bertandang ke umah pengantin lelaki, pertama sekali yg mereka cakap , 'cantiknya pengantin perempuan,' tu yg syok." Kawan saya ni ada iras siti nurhaliza. Ada satu ketika gi mall dgn abg cari brg hantaran kahwin abg , ada satu couple...bf selebet tapi gf cantik giler . Abg saya kata, "tu la jodoh" . Ala ayat power tuh , kata saya ... heheeee ... klu org sekeliling saya x kisah rupa . Mrk kisah kan " apa kerja , gaji berapa ???? Malas nak layan ... Saya cuma nak cari org yg syg gila kat saya ... ada ker ??? Huhuhuuu

    ReplyDelete
  33. jodoh tak kira rupa...

    ***bila la nak masuk gaji ni..hoho

    ReplyDelete
  34. .nanti kalau lahir mesti anak diorang pun comel-comel je. kata2 ini pernah di katakan pada etuza b4 nikah dulu.
    Tak tahulah betul ke tak...apa yg penting bersyukur anak2 lahir sempurna sifat, wajah tu satu bonus dari Allah so hargailah ..tak semestinya, kadang etuza lihat lelaki kacak beristerikan wanita yg biasa ja. ada tau di desa etuza. bahagia juga.

    ReplyDelete
  35. Jawapan untuk tajuk.Tidak sama sekali.Hehe.Ni pendapat sha je la.Sumenye bergantung pada jodoh.Dan yang penting ciptaan Allah tu sume indah. :)

    ReplyDelete
  36. bgi sya rupa pars x penting.. bkn bwk mati pun..
    yg pnting agama..
    sya nk seorng lelaki yg ble jdi imam 5 waktu solat sya.. ade x?? hihihi

    ReplyDelete
  37. pandangan kita tak sama. kalau taste sama je semua, Allah takkan buat manusia ni pelbagai.

    ReplyDelete
  38. skrg ni ramai yang memilih paras rupa. pada pandangan aku perempuan jarang sangat aku teangok memilih rupa sebab diorang nak lelaki yang ikhlas and baik untuk bersama. tapi laki mesti harus la nak yang cantik, comel and cun. ermm untuk lelaki yang akan bagi ayat klise 'eh, kami pun tak memilih la'... hello cuba tutup mata and bayangkan ada dua orang perempuan berjalan bersama sorang cun putih gebu dan sorang lagi takde yang mengancam pun.. mesti mata korang akan tertancap pada si putih gebu itu kan... ini bukan staement jeles tapi fakta la sebab itu dari pemerhatian aku... oops sorry ye kalo ada yang terasa.. :)

    ReplyDelete
  39. kalau ensem..susah nak jaga...kalau nak juga,cari yg ensem tapi dia merendah diri..ada ka?hihi

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.