Korang update blog guna broadband apa? So far, aku ada 4 jenis broadband. 3 untuk Celcom broadband dan 1 untuk Maxis broadband.
Dulu aku pakai Maxis broadband yang harga RM 48 sebulan tu. Speednya memang menyedihkan. Setahu aku broadband boleh jadi lembab bila dah overlimit sebab download movie, lagu, main game online, layan You Tube dan berkaitan dengan benda download la. Tapi takkan layan facebook dengan cari bahan untuk assignments pun boleh jadi lembab. Tapi jangan risau, Maxis Fiber kan ada. Memang laju giler (bodek Maxis, kang diorang tak nak letak iklan nuffnang kat blog aku dah)..kekeke
Kalau buka page Maxis kat Facebook, terlalu banyak komplen, cacian dan makian daripada pengguna yang tak berpuas hati. Aku rasa broadband Maxis sesuai untuk kawasan bandar je..baru la laju.
Kalau buka page Maxis kat Facebook, terlalu banyak komplen, cacian dan makian daripada pengguna yang tak berpuas hati. Aku rasa broadband Maxis sesuai untuk kawasan bandar je..baru la laju.
Pastu aku tukar ke Celcom broadband yang harga RM68 sebulan. Time tu aku study kat UPSI..connection slow jugak. Asyik keluar EDGE connection je. Nak layan You Tube pun tersekat-sekat. Sampai aku kena tambah volume bandwidth broadband aku. Sekarang aku guna Celcom broadband yang harga RM 48 sebulan. Line Celcom memang kuat. Bayangkan aku balik bercuti kat kampung, dalam rumah aku pun boleh dapat 3G. Setakat nak layan tengok bola streaming takde masalah. Tapi ada kuota jugak la. Bila ada duit lebih sikit baru nak masukkan streamix :)
P/S : Korang rasa broadband mana yang paling laju setakat ni?
20 Comments
streaming :) keh3
ReplyDeleteSaya guna celcom rm48 juga sebulan.. Kadang2 buat hal jg..slow.. tapi OK lah bg sy..:)
ReplyDeletedekat sarawak ni digi paling laju..maxis ok la..celcom saba je lar..he3,,
ReplyDeletesaya dulu pnh pakai digi broadband lajuuu sb uma kat bndr.. tp bila balik uma abg kat kg terus slow sgt2 tak boleh main lnsung..
ReplyDeleteagaknya kawasan saje yang dpt mengukur tahap kelajuan brdbnd kn? tapi nak selamat guna stremyx mmg dimana2 pun kadar kelajuan adalah sekata :)
kat upsi guna wifi je. Kt rumah guna brodband maxis..ok la
ReplyDeleteKak intan pakai maxis, encik somi keja kat celcom..Gulp:P
ReplyDeletesue pakai celcom rm48 sebulan jugak :D dalam sebulan tu dalam 2 minggu je yg laju boleh layan movie on9.. tp slow2 pun boleh jugak on9 semua.. not bad lah.. ade lg yg slow kn.. hehe..celcom ni kiranya memang semua tempat ade coverage, sue kat kampung pun boleh tarik 3g..:D berukben sue sampai modem dia dah bengkok, kalau awk baik hati sedekah lah satu modem -.- :D
ReplyDeletedua2 sama je...kat kg terus xda..dulu pakai dua2 kini tidak lagi...ada kouta limit menyusahkan...lagi pun signal mana2 broadband ni terhad...skrng guna unifi..alhamdulilah stakat ni xda masalah lagi...laju no buffering..harap berpanjanganla...
ReplyDeletex tau la nak kata mana laju...sebb ni pestime ada bb celcom..stat guna 2011....
ReplyDeleteyes dah pernah try? rmai org kata laju gak hehe
ReplyDeletesy pernah pakai broadband celcom. ok jer.. tp nak kate laju sgt tu xdel la
ReplyDeletepkai streamyx je nick..pastu kene saman cam nia kan..ahahaha..semua xleh pakai!!grrrrr!!!penah gak guna maxis dlu..tp slowww..
ReplyDeleteKite tak pernah pakai broadband..... selalu update blog guna Unifi jer... hehehehe
ReplyDeleteKY pun tak pastilah, sbb tak pernah guna, tapi KY guna streamix
ReplyDeletetak pernah nak ada broadband. kat umah dah ade streamix and kat hostel dah ada wireless. so jimattttttttt. hahaha XD
ReplyDeleteerrrr.. lama dah tak pakai broadband sbb bila start hujan mula lambat mcm siput.. skrg ni pakai streamyx jer..
ReplyDeletecelcom broadband okay je. cuma kalau dah habis limit tu memang sejak azali lagi jadi lambat la. hehehee pandai2 lah dapat volume.
ReplyDeleteowh senior upsi rupanya,dh posting ke?haha
ReplyDeleteSaya x pernah guna broadband sbb kt rumah dh sedia wifi..tp DiGi mmg lju gilar kwn saya kta..hehe
ReplyDeleteStiap benda ada klemahan..bg sy la kan3...bband celcom.
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.