Lagi-lagi isu jodoh. Cakap pasal jodoh ni rasanya ramai yang kat luar sana termasuklah golongan blogger sendiri yang dah berpunya, belum lagi berpunya dah masih lagi tercari-cari. Pernah dengar ada orang cakap " Kan jodoh tu dah ditentukan..nanti datang la tu". Tapi bila korang dah capai satu tahap, korang akan mula fikir pasal jodoh ni macam penulis entri ni la :)
Persoalaannya, nak cari jodoh tu korang suruh mak ayah cari atau korang cari sendiri atau korang tunggu jodoh tu datang?
JODOH MAK AYAH CARI
Persoalaannya, nak cari jodoh tu korang suruh mak ayah cari atau korang cari sendiri atau korang tunggu jodoh tu datang?
JODOH MAK AYAH CARI
Orang kata bercinta selepas akad nikah tu lebih indah. Tambah pula kalau family pilih siapa pasangan kita konpem la yang terbaik. Yalah la, orang tua kan makan garam terlebih dahulu. Tapi tak kurang jugak ada desas desus yang cakap kalau mak ayah cari susah la sikit sebab baru nak kenal dan faham si dia, dia suka apa, tarikh lahir dia bila dan macam-macam lagi la. Setuju ke jodoh mak ayah cari?
JODOH CARI SENDIRI
Rasanya majoriti yang baca entri ni suka cari sendiri jodoh korang kan? Bukan apa, ramai yang kata jodoh kalau cari sendiri lebih serasi dan sesuai dengan taste orang sekarang cari pasangan idaman. Maklum la dah bertahun-tahun couple, benda apa yang dia suka dan tak suka tu kita dah masak sangat. Korang rasa betul ke?
TUNGGU JODOH
Korang mesti tak nak jadi forever alone kan..hehehe. Tapi masalahnya ada jugak yang tunggu bulan jatuh ke riba. Rasanya kalau bab tunggu jodoh ni, perempuan yang untung sikit berbanding lelaki. Lelaki kalau tak usaha nak cari jodoh atau harap jodoh tu datang sendiri...jawabnya jadi bujang tua la. Unless korang hensem, kacak dan bergaya, kaya pulak tu konpem orang datang cari. Tak kira la lelaki atau perempuan, tunggu jodoh ni korang rasa elok ke?
P/s : Walau bagaimana pun kira merancang Allah yang menentukan segalanya :)
36 Comments
mak ayah nk cri calon takdak calon , nak cari sendiri pakej x lengkap , nak tggu jodoh takut tak sempat :/ haha
ReplyDeletetapi org msti pilih cari sendiri kot sekarang :D
Bf sekarang adalah yang fie cari sendiri, tapi awal awal perkenalan lagi fie memang dah explain dekat ayah umi fie alhamdulilah diorang setuju. Sebab fie pernah bercinta dengan someone dan diorang tak suka. Bagi fie, keredhaan orang tua yang lebih penting.
ReplyDeleteBf sekarang adalah yang fie cari sendiri, tapi awal awal perkenalan lagi fie memang dah explain dekat ayah umi fie alhamdulilah diorang setuju. Sebab fie pernah bercinta dengan someone dan diorang tak suka. Bagi fie, keredhaan orang tua yang lebih penting.
ReplyDeleteBila berbicara tentang jodoh ni, pening. Hehehe. Macam2 pendapat. Allah lebih tahu yang terbaik. :)
ReplyDeleteIntan carik sendiri..lepas tu sekarang tolong kawan cari jodoh..lepas kenen kenenkan dekatt pak sedara sendiri, akhirnya menjadi..
ReplyDeleteaku rase setakat kacak bergaya pon xleh jugak...yang penting ayat yang power..haha..percayalah~
ReplyDelete**mesti penah tengok awek yang cun bersama balak yang...erm..uhuk2
@Anak Pak Muin
ReplyDeletea'a..terlupa pulak..betul tu, bukan nak kata tapi memang fakta..laki yg tak hensem tapi awek dia cun giler..kita yg tengok pun jeles..hahah
@Nick Nashram
ReplyDeleteapa yang anak pak muin cakap tu memang fakta!! :P
@Cik F
ReplyDeletekalo camtu melepas la kalo lelaki tak pandai nak mengayat perempuan :)
Salam. Nak citer pasal jodoh ni urmm... Maklumlah org xde org yg syg kan... Huhuhu. Xpe,, bg sy jodoh yg terbaik ialah jodohyg dcri olh parents sbbnye sy da puas mncri dan hampa akhirnya jadi biarlah parents yg crkn kerana Allah pernah berfirman bahawa redha seorang ibu itu adalah redha daripada Allah juga. Wallahua'alam...
ReplyDeletesakng ni aku masih mencari2 bro. tak jumpa2. parents aku pula bagi peluang. depa kata 'hang cari sendiri' hehe
ReplyDelete@RidzDean Al-Islam
ReplyDeletewslm..sama la kita bro.kalo still study lagi boleh la cuba2 cari..bukan pe, bila dah kerja nanti susah nak bagi masa antara kerja ngan nak cari jodoh lagi..kalo x jumpa jugak suruh je parents yg cari :)
Yg penting doa je. hehe.. tp ustz sye ad ckp, ade org tu jodoh dy dah mati.nauzubillah la
ReplyDeletecikgu pikir pasal jodoh ye? hahaha takpe, jodoh tu ada, rahsia Allah. Cari la, jumpa la tu nanti. :D
ReplyDeleteEntri best wajib komen. hehe..
ReplyDelete1) mak dg arwah ayah akak x pernah sibuk bab jodoh anak-anak sbb yakin anak-anak akan pilih yg terbaik untuk diri sendiri. Lagi pun, kalau apa-apa jadi pada masa depan tidaklah akan membabitkan mereka. 'Dah ko sendiri yang nak, kan?' haaaa....cenggitu.
2) w/pun jodoh adalah ketentuan Allah SWT. Tapi ia tidaklah bermakna 'ko duduk saje takyah buat apa2. Tunggu je jodoh dtg kat ko.' Nak dapat jodoh yang baik kena usaha, usaha dan usaha. Pilih sahaja.
3) Silalah bagi ruang dan peluang pada diri sendiri dan bakal-bakal jodoh yang sesuai. Jangan mula-mula kenal je terus judge dia macam2. Kita tak tahu masa depan nanti mcm mana. Entah-entah masa depan bersama beliau lebih gilang dan terbilang. Akak dah tengok ramai kawan2 mcm tu time belajar dulu. Judge awal2, last2 padan muka melepas. haha..
eh.....byk nak komen ni. Baik tulis entri ye dop? LOL....
cari sendiri the best way..tp klo mk ayah pun xde slhnyer..sbb diorg taw y terbaek utk anak2..klo tggu je..bile nk jumpe?ye dak..?usaha..usaha..~~hehe..xD
ReplyDeletesy kena usaha cari jodoh sendiri..kalau meme Allah tetapkan jodoh sy dgn seseorang tu pasti akan berjumpa...kalau x di dunia pun, akn jumpa juga di akhirat. Amin....
ReplyDeleteTak juga bro..pompuan sekarang berani. Kalau dia suka mamat dia approuch...hihihihii.
ReplyDeleteLelaki kan sekarang kurang....kiiki.
KY setuju dengan jodoh mak dan ayah..mana ada ibubapa nak rosakkan anak2nyakan? pasti mereka dah cari yg terbaik, dan cinta selepas nikah memang terbaik
ReplyDeleteHaizz.. ibarat ''Pipit tuli makan berhujan, hendak dihalau kain basah, tak ditahan padi habis.'' serba serbi salah nk mnjawab.. papepown tawakkal je la..nggee~ Jodoh harapanku, calon/jodoh tuh rajin membacakn Yassin andai kata hamba pergi dulu... sekian. T.T
ReplyDeletejodoh dtg sendiri - camana? boleh le
ReplyDeletelebih suka cri sdri..
ReplyDeletetp kta org plhan ibu bapa tu lbih baik sbb dorg sdri ade byk pnglaman..
ape2 pn jodoh ditgn Tuhan, kita berusaha shj.. ;)
yess , kita yg merancang Allah yg tentukan .. Selamat bertemu jodoh abe Nik / Ustaz Nik
ReplyDeleteTak kish dtg dr mana pun jodoh tuh dr kita @ pilihan ibubapa yang penting hubungan tu direstui dan kekal bahagia..
ReplyDeletejodoh yg zura ada skrg ni, dia datang sendiri..cewahh...hehe .. kenal kejap dia terus ajk kawen. kita pon ok,kawen.jumpa parent masing2,alhamdullilah ok jgk. jadi, kenal dia bln mei 2008,tunang ogos 2008, nikah nov 2008. betul2 bercinta lepas kawen. zura tak nak mak ayah pilih kan :)
ReplyDeletezaman skarang ni ade lagi ke jodoh yang di cari mak ayah? mostly rasenya semua dah pandai cari sendiri.. tapi mungkin ade segelintir lagi yang masih jodoh nya di kendalikan orang tua... tgk bebudak sekolah skarang semua pasti dah ade kapel masing2... aman skolah lagi da pandai pilih..
ReplyDeleteoh,yang ini ka?annur pilih tunggu jodoh kot...biarlah tuhan yang tentukan...kita jadi yang terbaik,insyaallah dipertemukan dengan yang terbaik juga...:D
ReplyDeletehehe..tiba-tiba nak pergi meminang lelaki..kang org ckp gelojoh pula. padahal, sbb dah rasa lelaki yg baik makin pupus. kalau tak ambil awal2, susah pula nak jumpa yg baik mcm dia di kemudian hari..hehe - sekadar pandangan..
ReplyDeleteHurmm.. for me.. Allah dah tentukan yang yuyu cari pilihan jodoh sendiri.. alhamdulillah mak ayah pon setuju dan sudah melepasi fasa pertama.. Insyaallah, niat yang baik Allah akan bantu kita untuk ke fasa perkahwinan... :)
ReplyDeleteleeza tak mgkin berkesempatan utk merasai jodoh mak ayah.... coz my mom dah tak ada (al-fatihah)... my dad jenis tak kesah...
ReplyDeletetak kenal, maka tak cinta.
ReplyDeletesalam...emm... sy tunggu jodoh datang jelah sebab Allah dah tentukan jdoh kita..huhu
ReplyDeleteSakit jiwa baca entry ni. :p
ReplyDeleteAdeh... xleh nak jawab.
Lari dari jodoh kot pilihanku.
Hahaha
ermmm jodoh tu rahsia Allah.. ntahlah.. kalau yg malas nak carik baik ekot pilihan mak ayah jer.. bila dh bercinta mcm2 dugaan... eyhh malas nak ckp fobia hahaha
ReplyDeleteTunggu jodoh je lah. takyah cari. hehe
ReplyDeletejodoh? hum.. pilihan saya, apa yang mak ayah saya suka, itu lah pilihan saya. Walaupun mungkin saya tak ada sekelumit perasaan pun. Takpe, perasaan boleh dipupuk kan. Tapi, sampai sekarang tak kahwin2 lagi. hehe. sabar je la. dan terus berdoa.. :)
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.