Ada Lagi Ke Orang Guna Public Phone?


Ingat tak bila kali terakhir korang guna public phone? Aku kalau tak silap tahun 2010 rasanya. Guna public phone sebab nak call mak tapi kredit habis. Nak tak nak terpaksa jugak terpacak dekat tiang public phone tu. Mula la seluk poket tengok ada syiling ke tak. Terpaksa la jadi peminta sedekah sebab nak tukar duit.

Kalau 15 tahun yang lepas, public phone ni laku macam pisang goreng..sampai ada yang beratur panjang untuk tunggu giliran nak buat buat panggilan kat awek/pakwe diorang. Terlondeh poket tu dengan duit syiling. Paling kurang setengah jam jugak bergayut kat public phone tu. Bila malam jer beratur nak guna sampai kaki merah kena gigit nyamuk.
Duit kena telan terus sepak terajang public phone tu. Yalah, dulu-dulu mana ada handphone macam budak-budak sekarang ni. Dan korang pun rasanya ada lebih daripada 1 handphone kan?

Sesetengah kawasan perumahan pun takde lagi disediakan public phone. Masing-masing dah ada telefon rumah..buat apa bersusah payah nak guna public phone kan. Public phone hanya disediakan di kawasan perniagaan dan tumpuan ramai je. Kalau korang perasan, kebanyakkan yang menggunakan public phone ni pendatang asing..hehehe.

Rindunya nak call guna public phone ni..masa dulu siap beli kad lagi sebab leceh guna syiling..hehe! So, adakah korang masih guna public phone untuk call awek ke atau pakwe pada zaman ini?

Entri lain yang anda mesti baca :


Post a Comment

23 Comments

  1. HAHAHA . a'a kan , last guna public pun time sekolah dulu , nak call mak suruh datang amek , sekarang nak jumpa public pun dah payah dah -.-'

    ReplyDelete
  2. last gune : 5 years ago hahaha (boarding school)

    sometimes gune jugak bile kereta rosak kat highway n at same time nfon low batterry :D

    ReplyDelete
  3. Entri yg aku tak terpikir!!!!
    Aku rasa tak der kot...

    ReplyDelete
  4. kalau bosan, saja gi kat public phone, check nombor kawan kat phonebook, pastu kacau diorang -heeh

    ReplyDelete
  5. syafiqah : sebab sekolah dulu sebab takleh bawak handphone..sebabtu guna public..heheh

    green applez : kalo keta rosak kat highway guna tepon plus tu..huhu

    anasyg : hahah..pernah jugak buat..prank kawan2 guna public phone :)

    ReplyDelete
  6. erm..dah lame x nampak... 5 thn yg lepas, sy masih menggunakannya... itupun sbb hp kena rampas dgn cikgu,, huhu

    ReplyDelete
  7. lama sgt2 dah x guna, sebab telefon awM ni macm hiasan pulak..semua dah x boley pakai..hu3..

    ReplyDelete
  8. Last pakai zaman universiti.. sebab line hp prob.. :)

    berguna juga public fon masa kecemasan..

    ReplyDelete
  9. Last guna public phone tahun 2007 masa tu dekat kem PLKN, handphone jurulatih yang pegang. Jadi nak tak nak kena call mak pakai public je lah. Alahai dah dekat 5 tahun tak guna public phone.

    ReplyDelete
  10. razfira : kantoi bawak handphone p sekolah ni :)

    timm_bill : heheh..betul2.time kecemasan bila nak guna kadang2 gagang tepon tu takde.

    asyraf : time kecemasan ngan kredit habis berguna la public phone tu..huhu

    fifie : masa plkn sume handphone diorang pegang..so, public phone la jadi mangsa..heheh

    ReplyDelete
  11. dalam keadaan terdesak mmg sy akan guna public phone ni. lagi2 bila bateri hp flat @ xde kredit dan ada perkara urgent

    ReplyDelete
  12. hik2.. rndulh guna pblic phone :)

    ReplyDelete
  13. ekceli, dua hari lepas sye baru nampak seorang makcik masih guna public phone. maybe dia takde handpone.

    ReplyDelete
  14. haha..kalau kat asrama dulu ..mmg kene la pakai public phone..sbb takleh wat hp..

    ReplyDelete
  15. gune mase skolah dulu je..huhu

    ReplyDelete
  16. Im proud to say in 2011, i was a regular payphone user! haha tp xsmpi sminggu pn, sb hp rosak n b4 beli hp baru. Call tunang mase tu, kih3

    ReplyDelete
  17. dua tahun lepas still guna public phone call mak kat kampung...maklumla masa tu xde duit nak beli henset..lagipon masa tu zaman sekolah

    ReplyDelete
  18. sekarang ni pun public phone dh ad function sms.. pernah guna waktu dudk asrama dulu, kalau kt luar selalu pnjam phone org je kalau urgent sgt ;P

    ReplyDelete
  19. Hai.. Salam perkenalan.. Sya PaPa Blogger dari segmen Battle royale, dari blogger http://awieomar.blogspot.com.. Kita adalah kumpulan yang sama.. Dengan kerjasama yang ada, maybe kumpulan kita yang akan menang.. hehehe

    Saya mencadangkan agar http://nicknashram.blogspot.com menjadi ketua kita.. Blog dia sangat teratur dan kemas.. Sebarang cadangan, silalah bagitahu ahli kumpulan yang lain ye

    ReplyDelete
  20. haha.. tak pasti pulak kalau zaman sekarang ni ramai ke tak yg guna benda ni.kalau zaman bujang ima dulu memang masih guna la.sebab kredit pun mahal dulu.kehkeh..hp pun x ramai yg guna macam zaman skrg ni.budak2 pun ada hp.

    ReplyDelete
  21. kebanyakan public phone sekarang dah rosak

    ReplyDelete
  22. time study dulu
    public phone depan umah sewa...dekat je ngan pintu rumah kitaorang
    so public phone dah jadi macam telefon rumah kitaorang
    siap orang call kami pakai public phone tu
    haha

    ReplyDelete
  23. sy gune public fon 2 hari yg lepas...ms kat putrajaya sentral...kdit abis punya pasal, terpaksa la crik public fon...nasib baik ade..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.