Sudah! Aku Nak Tutup Blog Ini


Dulu aku ingat jadi blogger ni best. Orang lain ada blog teringin nak ada blog jugak. Semangat nak update blog tiap-tiap hari. Facebook pun dah tak layan. Tapi bila dah setahun jadi blogger, rasa muak dan bosan pulak. Bukan ada apa pun kat blog ni, sekadar tempat coretan dan luahan hati yang entah apa-apa. Ahh! Aku dah boring dengan blog. Aku bukan benci korang tapi kerana sebab-sebab kat bawah ni la yang buat aku nak tutup blog ini selamanya.

1. Trafik yang tak tinggi

100 orang je yang melawat ke blog aku setiap hari? Biar betul. Berjuta-juta blogger kat Malaysia, yang ni je sudi singgah ke blog aku. Sedih, memang aku sedih sangat. Bila orang tak ramai melawat, konpem la trafik tak tinggi. Setiap kali aku post entri, 5 minit sekali aku refresh page nak tengok berape orang yang baca post aku. Bila tengok trafik dari pagi sampai malam tak berubah-ubah jugak, memang stress. Tak ada orang pun yang sudi singgah. Aku nak tutup blog ni!

2. Tak ada orang komen

Buat penat je aku tulis entri beratus-ratus. Macam-macam jenis cerita aku tulis tapi berapa orang je yang komen. Tak berbaloi langsung. Nampak sangat la korang tak suka komen post yang aku tulis kan. Orang kata nak suruh orang datang komen blog kita kena blogwalking komen blog orang lain terlebih dahulu. Dah dekat 500 blog aku komen tapi sorang pun tak datang balik komen blog aku ni. Apekejadah macam ni? Korang ingat aku komen guna air liur ke? Aku nak tutup blog ni!

3. Followers yang tak bertambah

Aku tengok orang lain baru 4 bulan jadi blogger dah ada hampir 500 followers. Aku punya setahun jadi blogger, followers aku ciput je. Boleh kira dengan jari. Apa salah blog aku ni sampai korang tak nak jadi followers aku? Aku sanggup follow blog korang tapi bila bila suruh follow balik sorang dua je yang buat macam tu. Adakah kerana aku tak cantik, aku tak hensem korang tak nak jadi followers aku? Sampai hati korang diskriminasi aku. Aku nak tutup blog ni!

4. PageRank yang tak naik

Aku dah update blog setiap sejam sekali. Orang kata kalau kerap update blog nanti bila orang search dekat encik google senang nak keluar entri yang ditulis tu. Secara tak langsung, pagerank akan meningkat. Korang sembang je banyak. Dari dulu sampai sekarang pagerank aku 0/10. Ape cerita ni? Aku nak tutup blog ni!

5. Earning Nuffnang yang sedikit

Blogger lain setiap minggu aku tengok update pasal earning yang diorang dapat. Tak campur lagi dengan buffered earnings. Aku nak harap dekat earning Nuffnang 100 tahun lagi baru boleh cashout. Yalah, dah korang tak sudi melawat blog aku nak dapat duit hasil blogging macam mana? Check earning dekat Nuffnang ada RM 3 je untuk tempoh setahun. Orang kata buat blog dapat duit ribu riban. Phuii!! Korang semua penipu besar. Aku nak tutup blog ni!

6. Tak ada idea nak update

Kenapa la aku susah sangat nak dapat idea nak update blog ni ? Orang lain hari-hari boleh update. Kadang-kadang sehari 10 entri dia update tapi aku nak taip satu entri pun payah. Lepas tu blog ditinggalkan lama tak diupdate,naik malas nak update balik. Hmm, aku nak tutup blog ini. Dah la duit tak masuk, followers tak ramai, trafik tak tinggi-tinggi lepas tu idea nak update blog pun takde. Kalau macam ni buat apa aku buat blog ni ha? Buat penat je,tulis-tulis tak jadi apa. Sudah la, aku nak tutup blog ni !! Selamat tinggal semua .

________________________________

Ok, dah habis baca? Semua kat atas tu drama semata-mata..hehehe. Berdasarkan pemerhatian aku, ini adalah runggutan daripada blogger yang risau dengan trafik mereka yang tak naik-naik, followers yang tak bertambah, pagerank yang rendah, earning yang sedikit dan kehabisan idea nak menulis. Benda ni kadang-kadang boleh jadi pressure jugak.

Sape yang pernah rasa macam ni? Dulu aku pernah rasa macam apa yang kat atas ni tapi cepat-cepat aku tukar pendirian aku. Sebab semua orang bermula dari 0. Tetapi yang membezakan blogger itu adalah usaha dan kesungguhan dia untuk berjaya dalam dunia blogging. Peace :)



Post a Comment

22 Comments

  1. erm mana datangnya kejayaan jika tidak diselit dgn usaha yg gigih..kalau datang dengan jalan yg mudah ia juga akan lenyap dgn mudah..biar kita usaha dgn keras asalkan setiap usaha itu kita rasa dan kejayaan esk hari akan lbih bermakna :)
    gud luck kawan... :)

    ReplyDelete
  2. hahaha
    propaganda

    betul.
    saya blog bukan nak earning.
    tapi nak suka2. nak share.bla bla bla.
    haaha

    tapi nuffnang baik dgn saya. hahaha

    ReplyDelete
  3. hehe.. entri yang sangat mengejutkan..buat suspen je..

    ^_^

    ReplyDelete
  4. Lang Radzlan : betol tu. cuba tengok blogger-blogger seperti denaihati dan eyriqazz, diorang dulu pun berusaha keras jugak sebelom nak jadi blogger terkenal.

    Dayteen lea : hehehe..saje je nak tulis camne..bagi gempak sikit.untung la nuff baik ngan awak :)

    Lokman : hehehe..saje je nak wat suspen bro.aq tetap jadi blogger :)

    ReplyDelete
  5. sabar la nick .. nurul pun hadapi benda yg sama .. Tapi sekarang dh tak stress sangat .. Nick kene berkenalan dengan owner blog dulu .. Baru mereka boleh kenal nick .. Tak perlu sombong :) .. ape2 pun tak payah berhenti berblog .. sebab saya masih follow setiap entri nick .. Walaupun tak tinggalkan jejak

    ReplyDelete
  6. Nurul : eh, saya memang tak nak berhenti..saje je tulis entri camne..nampak suspen sikit dari tulis 'sebab-sebab nek berhenti jadi blogger'..hehehe..terima kasih sbb nurul follow blog ne :)

    ReplyDelete
  7. Okay fine....tertipu! Sampai hati nak tinggalkan kami semua kat sini hahahahahaha? Well rileks la...kdg2 kalau blogging harapkan trafik, earning, pagerank pun akan jadi kurang kemanisan berblogging tu hehehe....rilekslah, biar lambat naik, asalkan jangan cepat turun ;)

    ReplyDelete
  8. cool..haha tutup blog gak mek cah nak cari mano tips blogging phni..

    ReplyDelete
  9. Azham : yeahh..anda tertipu..heheh..kalau nak harapkan sume tu rasanye memang susah.xpala, kita maintain je la trafik tu.jgn bagi turun sudah :)

    Hazanis : sebab mek cah request tak jadi la nak tutup blog ne..huhu

    ReplyDelete
  10. Semua blogger pernah merasai apa yang kau rasa. Aku pun sama..dah 2 tahun berblog... satu tahun pertama...mood tak der..hampir2 nak tutup..But kesungguhan..walau tak der komen...tetap menulis...kekekekee

    ReplyDelete
  11. Hanif : mual-mula jadi blogger memang sakit..buat entri bnyak tapi sorang dua je yg komen..skng ne ok la dah ade identiti sendiri..tapi tak bermakna tak ade org komen tu tak ade org baca..teruskan menulis :)

    ReplyDelete
  12. hahah..nick...kan dah ramai komen tu :)

    ReplyDelete
  13. hahah. terus ramai orang komen, eh tau x mcm mane nk delete related post yg 1 lagi tu. die jadi double pulak. Tu yg meriah blog tu haha

    ReplyDelete
  14. Zul : padahal saje je nak suspen ne..hehehe

    Najihah : nanti akan cari..tapi bagus jugak buat camtu..backlink banyak2..antara entri lama ngan entri baru..

    ReplyDelete
  15. jangan berblog kerana duit. Pasti akan stress pastu datang la perasaan takde mood berblog dah. Berblog je dengan ikhlas berkongsi rasa dan ilmu. Yang lenlain akan datang kemudian. Jangan putus asa, okeh?

    ReplyDelete
  16. Kak yana : insha allah, pasal duit tu tak kisah sangat..yg penting nak share info kat orang..lebih2 lagi kalo org baca dapat something dari blog kita :)

    ReplyDelete
  17. haha.. good entry. tapi tajuk tu wat saspen je..

    ReplyDelete
  18. tajuk entri mmg buat org nk baca jer..
    Tengok sini ==>> Seks Yang Nikmat Buat Seketika

    ReplyDelete
  19. Kejayaan tak datang dengan mudah...bagi yang mudah tu syukur...bagi yang tak cuba dan cuba lagi

    ReplyDelete
  20. Hohohoho.. It depends, kalau orang tu blogging for fun semua tu doesnt really matter KOT. Buat masa ni, I blog just for fun. Tak tau masa depan.. Sebab sy kan journalist wannabe. Kat mana lagi nak laksanakan tugas as journalist wannabe kalau tak blog, right? Ahaha..

    ReplyDelete
  21. haha.semua sebijik2 melekap dekat muka saya.adoyaii~
    tapi nufnang baru je buat..earning lg la hampeh.hehee
    1st time singgah sini dah terpikat.omg... (Y)
    i follow~~~~~

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.