Resepi Daging Singgang Kelantan


First time aku belajar memasak nak buat resepi daging singgang. Boleh la tahan..hahah..puji diri sendiri. Biasanya duduk di rumah sewa, jarang nak memasak. Lagipun bahan takde. Kalau korang datang ke Kelantan, menu daging singgang ni adalah hidangan yang istimewa disajikan selain daripada nasi kerabu. Pergi je mana-mana kedai makan dan restoren kat sini, salah satu menu yang wajib ialah daging singgang.

Kalau korang nak merasa makan daging singgang free, datanglah masa hari raya korban. Selalunya, menu daging singgang menjadi pilihan untuk dimasak semasa hari raya korban sebab hidangan ni kalau korang makan tak mudah muak jika nak dibandingkan dengan daging masak kari. Lagipun, daging singgang ni hidangan yang paling senang nak disediakan. Setiap orang boleh makan termasuklah ibu-ibu yang baru lepas bersalin dan masih dalam tempoh berpantang. Kalau korang masak kena caranya, satu periuk tu kejap je habis.

So, ini adalah resepi untuk memasak daging singgang. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah :

BAHAN-BAHAN NAK MASAK DAGING SINGGANG

- 1 biji periuk

- 1 kg daging (kebanyakan orang pilih daging lembu)

- beberapa batang serai yang diketuk

- beberapa lengkuas yang dihiris

- beberapa ulas bawang putih dan merah dihiris

- beberapa keping asam dan cili hijau

- beberapa sudu ketumbar yang dikisar

- beberapa gelas air

- sedikit belancan (kalau anda suka)

- sedikit garam

CARA-CARA NAK MASAK DAGING SINGGANG

- Potong daging tu nipis-nipis. Jangan terus masukkan seketul daging dalam periuk. Seminggu pun tak masak lagi.

- Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masakkan daging sehingga empuk.

- Masukkan garam secukup rasa. Kalau yang suka dengan belacan dan tak kisah dengan jerawat, boleh jugak dimasukkan sekali. Tapi memang sedap kalau tambah belacan.

- Masukkan dalam pinggan. So, korang tunggu apa lagi? Makan la :)


Post a Comment

5 Comments

  1. cik yuyu : baru nak belajar sikit-sikit :)

    ReplyDelete
  2. Waaahh..syedapnya! Nanti nk try masak jugaklah...ngee..

    ReplyDelete
  3. Dila : memang sedap.cuba la masak nanti tengok jadi ke tak :)

    ReplyDelete
  4. kalau makan daging singgah..masa nak makan,buh budu sekali.perghh..nikmat tak terkata ;)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.