Tujuan menulis entri ini bukan untuk menghina atau nak merendahkan golongan peminta sedekah tapi nak berkongsi pengalaman sendiri mengenai peminta sedekah ini. Kalau setakat nak bagi seringgit dua memang tak berkira pun. Cuma kadang-kadang cara peminta sedekah tu yang boleh dikatakan "annoying, exaggerate and suspicious" membuatkan kita teragak-agak nak bagi sedekah. Aku banyak kali pernah kena dengan manusia yang bertopengkan peminta sedekah ni.
Pernah sekali masa jalan-jalan di pasar tani, ada jumpa satu group peminta sedekah ni. Tengok dari segi rupa dan bahasa, memang bukan orang kita, mungkin Kemboja atau Bangladesh. So, diorang pergi ke setiap orang meminta sedekah sambil menjual stiker ayat seribu 1000 dinar. Datang seorang peminta sedekah cakap "sedekah ikhlas" sambil menghulurkan stiker tersebut kat aku. Kita yang tengok ni kesian la jugak. So, tanpa banyak cakap aku bagi la seringgit untuk stiker tu. Dia ambil duit tu, tapi tiba-tiba dia cakap " lima ringgit". Memang terkejut la aku. Tadi cakap sedekah sekarang ni meminta-minta pulak. Segan sebab orang ramai yang duk tengok bagi jugak la duit RM 5 tu. Kalau dia buat macam tu dekat semua orang, dalam sehari rasanya kutipan lebih daripada orang yang berniaga.
Banyak lagi tempat-tempat yang anda boleh jumpa dengan peminta sedekah seperti depan bank, bazar Ramadhan dan kawasan yang banyak orang. Dalam bas pun ada jugak peminta sedekah ni. Dengan berbekalkan sekeping kertas yang di-laminate , dia akan bagi kat setiap orang untuk dibaca yang konon-kononnya dia menghidap penyakit tertentu dan memerlukan sumbangan. Selagi tak bagi selagi itulah dia berdiri disebelah anda. Mesti ramai yang pernah terkena.

Nak menderma boleh, tak salah tapi kita kena tengok orang tu dulu..aku memang takkan bagi duit kat orang-orang yang duk lalu lalang sambil bawak kotak derma..nak mintak sedekah ikut saluran betul. Tubuh badan sihat tapi malas nak kerja, pilih cara mudah minta sedekah. So, kalau aku nak sedekah, aku bagi kat pakcik tua tu yang daif ataupun tukar dalam bentuk makanan daripada bagi duit. Manalah tahu sekarang ni banyak sindiket yang menggunakan peminta sedekah untuk kutip duit.
Dan orang yang minta sedekah ni, lagi kita bagi lagi la orang tu akan berterusan minta sedekah sampai tak nak usaha untuk bekerja. Bagi aku, selagi kita sihat dan boleh guna tulang empat kerat tu, lebih baik cari sesuap sesuap nasi dengan bekerja sebab hasil dan duit yang kita dapat secara ikhlas, lebih bagus dari orang yang minta sedekah. Buat la kerja apapun asalkan pekerjaan tu halal dan bukan dari cara meminta.
8 Comments
susahlah nak cakap perkara macam ni..
ReplyDeletetapikan?, ramai sangat diluar sana mereka2 ini
kalau mereka ni betul2 susah insha allah kita memang ikhlas nak tolong.
ReplyDeletebulan2 puasa nie lagi la ramai diorang nie
ReplyDeleteAllah hantar dorang ni utk kt buat pahala..sangka baik je la..nk hulur,hulur...rezeki msing2..
ReplyDeletemaisarah : kalo dekat bazar tu selalu nampak.kite tengok pon kesian.
ReplyDeletewan : bersangka baik je la.kita sedekah ngan ikhlas.yg tu terpulang la pada diorang.
tak tau nk ckp..kdang2 ada sindiket peminta sedekah..tpi bersangka baik jelah selalu:)
ReplyDeletepecinta pink : bersangka baik je la.nanti benda yg kita dah bersedekah kalo tak ikhlas tak dapat pahala pulak :)
ReplyDeleteamboi bmw! sy kereta pon xdak!
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.