Komen Anonymous Yang Biadap!


Setiap kali nak check komen mesti je ada komen daripada manusia yang bernama anonymous ni. Kalau bagi komen yang positif tak apa jugak. Memang sangat dialu-alukan. Masalahnya ada sejenis anonymous yang suka sangat bagi komen yang annoying. Mungkin anonymous tu sejenis alien kot. Nak guna bahasa manusia yang betul tak faham. Sebab tu takda nama, takda link dan takda url. Kalau anda berani nak menyatakan pendapat, kenapa perlu takut menyembunyikan identiti diri?

KENAPA AKU TAK SUKA DENGAN ANONYMOUS?

1. Komen Yang Annoying

Manusia tanpa nama ni kadang-kadang menyusahkan tuan punya blog. Hantar komen yang berunsur lucah, kejian, maki hamun, ugutan dan sebagainya dengan berlatarkan diri sebagai anonymous yang pengecut. Kalau anda nak menyuarakan komen atau pandangan, sila guna saluran yang betul di ruangan komen yang disediakan. Tahukah anda, perbuatan anonymous seperti ini boleh mengganggu perasaan blogger. Aku pernah baca ada blogger yang menerima ugutan bunuh diri daripada manusia tanpa nama ini jika blogger tersebut teruskan perkahwinan dia. Konpem terkejut bila baca komen seperti tu.

2. Komen Anonymous Tidak Kira Oleh Nuffnang

Sekiranya sesebuah entri tersebut banyak dikomen oleh anonymous, tak kiralah anda menerima 100 komen daripada anonymous, ianya tidak akan diambil kira oleh Nuffnang. Aku pernah baca entri tentang ni, tapi tak ingat dah dekat blog sape. Mungkin tidak diambil kira dari segi pemberian BE kepada blogger kot, tak tahulah. So, aku suggest kalau dapat komen dari anonymous terutamanya komen yang negatif terus delete je. Komen yang postif dan baik tak salah kalau anda nak publish.

3. Identiti Yang Kabur

Dunia internet ni dunia tanpa sempadan. Sesiapa sahaja boleh jadi anonymous. Manusia tanpa nama ini boleh jadi seorang blogger, pembaca, stalker, alien di planet Marikh atau pun lembu yang meragut rumput di padang. Anonymous adalah parasit yang tumbuh dengan meliar dalam dunia blogging. Jangan biar identiti pengomen anonymous ini tumbuh dalam blog anda kerana nampak je kecik tapi impaknya besar.

CARA NAK MENGHALANG KOMEN DARI ANONYMOUS



1. Who Can Comment ?

Pergi dekat Dashboard > Design > Settings > Comments. Ruangan ni membolehkan kita kawal siapa yang boleh meninggalkan komen di blog kita. Kalau blog yang memang nak orang baca dan bukan persendirian, pilih Anyone. Sebab bahagian Anyone ni ada ruangan “ Name – URL “. Kalau anda nak elakkan ruangan komen tersebut dicerobohi oleh anonymous, pilih users with Google Accounts.

2. Comment Form Message

Yang ni kira nak letak kata-kata aluan kat kotak komen tu. Bebas la letak apa-apa contohnya penghargaan atau amaran untuk orang yang komen dan sebagainya. Aku tulis macam ni " Terima kasih kerana komen kat sini. Saya tidak akan publish mana-mana komen anonymous jika tiada nama dan url. Harap maklum". Secara tak langsung, anonymous ini akan fikir dulu nak komen atau tak kerana kalau komen yang negatif konpem tuan punya blog tak publish.

3. Comment Moderation

Fungsi comment moderation adalah untuk menapis terlebih dahulu komen-komen yang anda terima. Kalau anda pilih sesiapa sahaja yang boleh komen blog anda, dinasihatkan supaya memilih fungsi ini. Mana-mana komen yang anda rasa tak elok untuk publish delete je terus. 


P/s : Kepada anonymous : Anda telah diberikan nama yang baik oleh ibu dan ayah, so kenapa perlu dirahsiakan ? Jika komen yang anda berikan terhadap blog orang lain itu komen yang baik, membina, kritikan yang membina, sokongan mahupun galakan rasanya tidak menjadi persoalan kenapa perlu dirahsiakan nama itu.


Post a Comment

11 Comments

  1. ye ke komen anonymous tak dikira by nuffnang? baru tahu..hehe..dhsyatnya part yg ada sampai ugut2 bunuh tu...

    ReplyDelete
  2. biasalah
    dat y tapis dulu.hehe

    ReplyDelete
  3. Iena : rasanye la..huhu..bila dah dengki macam-macam orang buat.

    Dayteenlea : sebab tu kena buat comment moderation kan..boleh la tapis dulu komen tu..haha

    ReplyDelete
  4. yuyu task suka anonymous!! nyusahkan org je..

    ReplyDelete
  5. Cik yuyu : sama la kite..kalo bagi komen yang elok tak apa..yg negatif buat sakit hati je.

    ReplyDelete
  6. Haha, saya buat Comment Moderation, so boleh la nak tapis dulu komen Anonymous heheheh ;)

    ReplyDelete
  7. thanks sbb da singgah blog saya..

    klau teguran dia tu tguran yg negatif tp membina, sy boleh trima dan approve lg komen diorang.. tapi kebanyakan anon2 yg komen kat blog sy, siap maki2 lg sy.. kte godai la benda la...

    hangin jugak dengan cik anon camnie

    ReplyDelete
  8. rupanye kte dpt control jugak sape yg komen..

    ReplyDelete
  9. Miss read apple : kadang-kadang approve jugak anon yang tak letak nama dan link selagi diorang bagi komen yg elok..kalo bagi komen yg negatif geram jugak kita ne..

    Isabel : boleh nak control sape yg dapat komen blog kita ne.

    ReplyDelete
  10. tang anonymous nie mmg nurul tak suka.pernah skali, alien mcm nie boleh komen benda2 lucah kat blog Nurul. sejak dr tuh, terus tukar dekat who can comment.

    ReplyDelete
  11. Saya dah lama ban cik anon ni...menyemak je...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.