Cerita Disebalik Artis Malaysia Yang Sudah Bertudung

 
Sempena tahun 2012 dan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia, semakin ramai artis-artis wanita di Malaysia yang mula bertudung. Antaranya ialah Irma Hasmie, Catriona Ross, Ana Raffali, Diana Amir, Abby Abadi, Yatt Hamzah dan ramai lagi. Dan kini yang terbaru ialah selebriti terkenal iaitu Shila Hamzah yang telah mengenakan hijab sejak Sabtu lalu dan berazam untuk kekal bertudung.

Jika dahulu, ketika mereka bergelar artis, tidak kiralah sama ada sebagai pelakon mahupun penyanyi, mereka berpakaian seksi dan tidak bertudung, kini sudah menutup aurat dengan sempurna. Alhamdulillah, perubahan mereka ini sedikit sebanyak akan memberi impak kepada wanita-wanita di luar sana untuk turut bertudung. Sama-sama baca cerita disebalik penghijrahan mereka ini

1. Irma Hasmie

Mengambil keputusan untuk bertudung selepas pulang dari mengerjakan umrah. Semasa mengerjakan umrah bersama ibu dan adiknya, dia mengambil kesempatan itu untuk berdoa sebanyak yang mungkin. Alhamdulillah, doanya telah dikabulkan. Apabila ditanya tentang isu bertudung dia menjawab "sudah sampai masa untuk saya bertudung, sukar nak jelaskan mengapa saya ambil keputusan secepat ini, tetapi ini semua kerja Tuhan, dan bila sudah sampai seru-Nya, saya hanya menerima.

2. Ana Raffali

Mengambil keputusan untuk bertudung sempena sambutan Maulidur Rasul yang lalu apabila mula mengenakan hijab serentak dengan kehadiran hari besar junjungan Nabi Muhammad. Keputusan yang diambil bukan atas dorongan atau desakan sesiapa termasuk bakal suami, Aznaim Abdulla tetapi keinginan itu lahir atas ketulusan hati sendiri.

3. Catriona Ross

Mengambil keputusan untuk bertudung ketika menemani teman-temannya membeli tudung. Tergerak hatinya untuk mencuba satu tudung dan ketika melihat wajah di cermin dia telah diberi hidayah oleh Alllah. Dia menjelaskan bahawa sudah sampai masanya dia bertudung dan niat murni itu dilaksanakan dengan ikhlas tanpa paksaan suami mahupun keluarga.

4. Diana Amir

Mengambil keputusan untuk bertudung selepas selepas mendapat mimpi beberapa kali tentang hari kiamat. Katanya, biarpun masih terlalu cetek mengenai ilmu agama, dia berharap selepas menutup aurat dia dapat belajar lebih mendalam tentang hal-hal agama.

5. Abby Abadi

Mengambil keputusan untuk bertudung selepas pulang menunaikan umrah pada 15 sehingga 26 Mac yang lalu. Dua hari sebelum pulang ke Kuala Lumpur, ketika berada di depan Kaabah, dia nekad untuk bertudung sekaligus berdoa semoga Tuhan tetapkan imannya untuk kekal dengan imej bertudung buat selama-lamanya.

6. Yatt Hamzah

Mengambil keputusan untuk bertudung selepas menghadiri usrah. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular. Katanya, perubahan yang dilakukan ini bukan kerana paksaan daripada suami atau orang sekeliling sebaliknya kerana Allah S.W.T

7. Shila Hamzah

Mengambil keputusan untuk kekal bertudung selepas diajak oleh kekasihnya, Sharnaaz untuk berbuka puasa bersama peminatnya walaupun sebelum ini dia pernah mengenakan tudung pada awal Ramadan, tetapi apabila terlibat dengan beberapa penggambaran atau persembahan, dia akan buka semula. Katanya lagi,hasrat untuk kekal dengan imej bertudung adalah atas kehendak dirinya sendiri.


Diharapkan ramai lagi artis-artis dan selebriti tanah air akan mengikut jejak langkah mereka ini. Penulis bukan seorang yang arif tentang hal-hal agama tetapi jika wanita itu beragama islam, maka hukumnya wajib menutup aurat. Dan ramai yang tahu hukum tidak menutup aurat itu berdosa tetapi tetap dengan alasan hati masih belum terbuka dan tidak mahu hipokrit. Perlu ingat, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajipan itu.

Post a Comment

11 Comments

  1. semoga semua peminat diorang yg belum berhijrah akan ikut berhijrah ke arah yg lebih baik juga. amiiinnnn

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah. jangan dijadikan trend sudah

    ReplyDelete
  3. salam

    doakan mereka.. Insya Allah.

    mereka ikhlas 2.. :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdullillah. Selalunya apabila artis pakai tudung, mesti ramai remaja ikut. :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.....ni ciri wanita idaman Nik Nashram...jadi kepada para gadis/wanita yang masih single...ada mempunyai peluang yang cerah ;)

    ReplyDelete
  6. semoga artis2 lain ikut jejak langkah sama.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..penghijrahan yg baik:0

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah, masing2 ada kisah disebalik apa yg terjadi.. semoga penghijrahan ni memberi impak yg besar dlm hidup mereka & juga kita semua juga.. Allah tu beri hidayah kepada sesiapa juga yg dikehendakinya

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah! semoga istiqamah hendaknya!

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..semoga kita juga akan sama2 melakukan perubahan yang lebih baik...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. Semoga perubahan yg berkekalan. Amin :)

    Tumpang lalu ye tuan tanah..
    Saya ada menjual set menyusu, bersalin & hamil :)
    http://thevitamomshop.blogspot.com
    http://facebook.com/vitamom

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.