Antara blogger-blogger yang cantik dan hensem
Berblogging ni best. Setiap hari menjelajah dari satu blog ke blog lain. Setiap hari dapat kenal ramai rakan baru hanya di internet. Tapi betul ke kita kenal orang tu? Memang la kita selalu ke blog dia, kenal nama dia dan suka dengan penulisan dia dan selalu komen entri dia. Tapi korang tahu ke siapa blogger tu sebenarnya? Berapa umur dia, student ke atau dah kerja, asal mana, sifat dan perangainya dan macam-macam lagi la.
Aku rasa tak ramai orang yang mengenali diri seseorang blogger tu. Biasanya mereka hanyalah rakan blog saja. Kat dunia sebenar pun tak pernah jumpa pun. Kalau jumpa pun tak bertegur. Just senyum-senyum je. Tak pun buat-buat tak nampak..hehehe..tapi bagus la kalau ada yang buat reunion antara blogger.
Entry ini menjawab persoalan sesetengah orang dan juga para blogger sekalian tentang boleh ke dapat awek atau pakwe kat dalam blog ini ? Pada pendapat aku, kemungkinan untuk dapat awek atau pakwe kat blog ni sangat tipis. Berbeza dengan laman web sosial seperti facebook atau twitter.
Mungkin ada kawan korang pernah tanya “Ada awek cantik atau pakwe hensem tak kat blog ?" Atau mungkin dia cakap “Haaa..awek/pakwe blog ni cantik/hensem, apa lagi.. ngorat la!”. Memang la ada para blogger yang cantik-cantik dan hensem-hensem tapi bagi aku, blogging ni lebih kepada tempat kita share idea, info dan pengalaman hidup kita. Blogging bukan tempat mengorat.
Tapi tak tau la kalau ada yang dapat awek atau pakwe dari berblogging ni. Tak pernah dengar pun lagi orang cakap “Eh..aku kenal awek/pakwe aku dari blog je”. So, aku rasa betul la pendapat aku yang kita tak boleh dapat pasangan hidup melalui blog. Siapa ada pengalaman atau nak bangkang pendapat aku ni sila la komen ye. Nak tahu gak sama ada pendapat aku ni betul ke tak :)
23 Comments
Sy kenal isteri sy dr blog..dia pembaca setia blog sy hehe..pastu add kt fb then start sembang..hehe
ReplyDeletealhamdulillah..syukur la kalo jumpa jodoh kat blog ne..semoga bahagia smpai ke akhir hayat :)
ReplyDeletehaha kecik hati Nik tak guna gambar sy kat atas tu hahahahha *gurau aje!
ReplyDeleteFor me blogging is fun, plus I have collected a big number of close friends via blogging and I have met few of them in real life. Yes, cari pasangan itu mungkin haha, tapi it depends on luck juga :)
rasanya sesuatu yg tak mustahil Nick. Ada jg etuza ketahui beberapa blogger wanita yang ada ciri2 serta sifat yang baik menerusi cara dia drop komen dan keikhlasan dia dalam salurkan idea. Pun demikian kita tak boleh juga 100% percaya. Mujurlah saya dah berkeluarga, kalau tak boleh jatuh hati jg dengan blogger wanita yg cantik manis tu..bertudung pula tu.apapun carilah jodoh dgna cara tak menyusahkan ya...di tempat kerja pun ada yang molek manis tu nick...jiran ke , sebelah kampung ke..se universiti ke..so tak pening kepala cario kat blog kan...nice entry
ReplyDeletenak try la cari awek dr blog .. hihi
ReplyDeleteazham : takpa, nati entri lain kita letak gambar awak ye..huhu..kalo setakat nak cari kawan, blog ni platform yg terbaik jugak la..tapi untuk cari pasangan tu chances nak dapat tu sangat la sikit kan..
ReplyDeleteetuza : mungkin jugak kita boleh kenal seseorang melalui cara penulisan dan cara dia drop komen tu..mujur bro dah berkahwin..huhu..kalo boleh cari je yg dekat dan ada depan mata..baru boleh kenal hati budi masing2..thanx bro :)
stuju blog just tempt sharing is caring. bukan tempat fall in love...nnt dh fall in love, lama2 trus deaktif blog coz heart broken
ReplyDeleteAssalamualaikum wbth....
ReplyDeleteAda rezeki ada...bukan sekadar blog...kalau kat bas stand pun leh dapat kalau ada jodoh...........
kalau dah jodoh.. insyallah. ^_^
ReplyDeleteikaa : setuju,,blog ni lebih kepada tempat orang nak cari maklumat..tapi kalo dah jodoh nak buat camne kan..huhu
ReplyDeletetiranaduka : wslm,,betul jodoh memang tak boleh nak ramal..kapel bertahun2 pon boleh putus..
lokman : insha allah, ade jodoh tak ke mana :)
ada kenal sorang akak blogger ni.
ReplyDeletedia kenal hasben dia via blogging
gak la dulu.. pastu diorang add
Tagged.mase tu xde fb lg dia kata..
pstu kenal2 and jodoh diorang ade.
smpai skrg dah ade anak 3..hehe
sweet je dgr love story org yg
jenis mcm senang je flow die..
kan? insyaAllah moge2 kite pon
camtu la hndaknye..hehe
slm syawal,
cik ana
untunglah lau dpat jdoh blogger gak..hehe..mmg xmustahil:)
ReplyDeleteana : untungnye dapat jodoh melalui blog..lain daripada yg lain..semoga dia kekal smpai akhir hayat la..harap benda yg sama jugak walaupun peluang tu tipis :)
ReplyDeletenabila : jodoh tu memang tak mustahil..tengok2 sesama blogger..sape tahu..huhu
serius bole?lupa saya dah ijab kabul
ReplyDeletemane2 pun boleh jumpa jodoh kalau dicari..
ReplyDelete:)
Nick...tak payahlah letak gambar kita hahaha bukannya ada kena mengena dgn entry pun huhu...tak payahlah gurau aje tu :)
ReplyDeleteklu jodoh apa slhnya..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com
ReplyDeletehuhu..untung la klu dpt jumpa :)
ReplyDeletekat mana pun boleh hehe
ReplyDeleteapa pun boleh jadi....jodohkan misteri dan rahsia ALLAH...^^
ReplyDeletebest gk kalo jodoh kte dgn blogger gak...hehe...
He...23x menarik topik nie..
ReplyDeletePernah je dulu tahun 2007 jatuh hati dengan seorang blogger.
malangnya selepas sebulan dia putus cinta, dia dilamar oleh pembaca blog dia.
Dalam masa sebulan, dia uruskan semua benda untuk majlis kahwin dia. Bakal suaminya balik Malaysia terus majlis kahwin then bawa dia duduk di oversea sampai la nie.
Dan bro masih lagi berhubung dengan dia.
Ada je banyak kes blogger kahwin dengan blogger.
Dan Bro salah seorang daripadanya :)
ada masa.. lawati www.broframestone.com
Jarang dengar kawen sesame blogger...hehe...
ReplyDeleteDo you know me? :P
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.