Betul Ke Setiap Couples Mesti Cantik Dan Hensem?


Kawan aku pernah cakap kat aku. "Weh, cuba tengok couple tu. Awek dia cun giler, tapi pakwe dia tak macho langsung." Then ada satu masa lagi dia cakap "Tengok couple tu, pakwe dia macho dan style, awek dia biasa je.." Hmm... inilah first impression yang orang akan fikir bila nampak dua pasangan yang pada fikiran mereka nampak tak secocok untuk bersama.

Well, ia mengingatkan aku tentang watak seperti Beauty and The Beast dan Shrek and Fiona. Teringat juga kata-kata kawan aku yang mana dia cakap “ Gadis yang comel biasanya akan dapat lelaki yang tak hensem dan lelaki yang hensem ramai yang dapat awek yang biasa. Dan ia juga mengingatkan aku bahawa kadang-kadang, dunia ni adil juga ye :)

Aku terbaca satu artikel dimana penulisnya cakap yang kalau dua pasangan sama cantik dan hensem, akan sering berlaku pertelingkahan sesama mereka kerana rasa bangga diri dengan kecantikan atau kehenseman masing-masing dan rasa tidak selamat (insecurity) dalam perhubungan mereka.

Haa, ini mungkin menjawab persoalan kawan aku kat atas tu. Aku rasa betul jugak, ada orang cakap kalau dua-dua pasangan tu anak sulung, mesti tak sesuai dan akan selalu gaduh. Ada orang cakap, kalau sifat kita api, kena la cari orang bersifat air, biar balance.

Bagi aku, aku rasa kalau couple ni mestilah seimbang. Tak semestinya pasangan kita tu kena cun dan hensem sebab kecantikan ni benda subjektif pada setiap mata yang memandang. Tapi apa yang penting dia memahami dan melengkapkan diri kita. Bak kata omputih "find a person that completes you and you complete her". Tapi janganlah terlalu mencari kesempurnaan kerana tiada orang yang sempurna termasuklah diri sendiri. Biar anda tak cun dan hensem pada mata orang lain tapi kat mata pasangan anda, anda la yang paling superb.



Entri lain yang anda mesti baca : 


Post a Comment

23 Comments

  1. huishh setuju sgt2..kbyakkan psangan mesti ade perbezaan..yela,untuk saling melengkapi mcm magnet,lau same kutub xbercmtum plak kan..hehe,,,nice sharing:)

    ReplyDelete
  2. nice entry..normally memang macam tuh kan,,nasib baik aku x hensem...sure awek cantek nanti..lol! eheeh..neway thnx follow arepnakbebel.com

    ReplyDelete
  3. nabila : memang tuhan dah buat setiap pasangan tu ade kekurangan masing2..pada masa yg sama tuhan jugak buat kelebihan yg pada setiap psangan untuk complete hidup diorang :)

    luqman : kalo dapat yg cantik alhamdulillah syukur..yg penting perangai pun kena cantik jugak :)

    ReplyDelete
  4. bg nuru rupa paras bkan segalanya..muke hensem tp xsmyg n xptuh suruhanNya xde guna..sama gk ngn perempuan..dan bkn semua yg kita nk kita akan dapat..bajet nk yg perfect sedangkan diri sndiri? hampeh..sokong entry awk! ^^

    ReplyDelete
  5. nuru : rupa paras cantik memang sedap mata memandang tapi bukan jaminan untuk bahagia..dah tua nanti berkedut jugak..huhu

    ReplyDelete
  6. pilih yang biasa2 je tapi hati dia mst bersih dari segala dengki dll..hehehe

    ReplyDelete
  7. man : pilih pasangan yang boleh hidup time gelak dan time menangis..cantik atau tak cantik belakang kira :)

    ReplyDelete
  8. stuju sgt!
    klu nak sma2 cun ngn hensem cmna ngn yg x hensem ngn x cun?
    huhuhu....
    jgn risau cntik ke x, hensem or x, kta semua sma disisi Allah SWT. ;)

    ReplyDelete
  9. miss zahirah : cantik/hensem tu bonus..kalo yang tak cantik/hensem syukurlah kerana ada lagi yang teruk daripada kita..disisi allah tak kira da cantik/hensem ni..sape bnyk pahala masuk syurga :)

    ReplyDelete
  10. pilih la bf/gf yang memahami diri kita..

    ReplyDelete
  11. hensem cantik tapi makan hati nak buat ape. biarlah sedap mate memandang. at least kite tau die sayang kite.
    hensem & cantik sgt ni susah.

    ReplyDelete
  12. mad : pilih yang memahami diri kita lagi baik..

    najihahfara : kalo dapat yang cantik dan hensem dari segi rupa dan perangai tu alhamdulillah..cantik luar cantik dalam :)

    ReplyDelete
  13. Betul. Beauty is subjective. Tak kisah lah pasal paras rupa, yang penting hatinya cantik. Kalau dapat yang gorgeous/handsome tu kira bonuslah. kekeke =D

    ReplyDelete
  14. nurulee : memang semua orang suka yang cantik, tapi kalau perangai tak elok dan menyakitkan hati,tak cantik jugak..huhu..hati pun kena cantik sekali.

    ReplyDelete
  15. ramai je yang sepadan.mksud aku :
    yg hensem dpt yg kiut.
    yg putih gebu dpt hasben semart.


    aku ni tah le camne ropenye dpt
    nanti.. adoiyai =P






    slm lebaran nick.

    ReplyDelete
  16. anamizu : jodoh tu dah tertulis di luh mahfuz..cuma kena usaha cari..asalkan cantik/hensem pada mata kita alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  17. kalo nmpk couple slh sorg je yg hensem/cantik..mesti akan ada terlintas dalam hati macam tu. rasa macam tak padan. tapi kalo jumpa yg 2 2 sama cantik sama padan. rasa macam suka je tengok. hihihi

    ReplyDelete
  18. nur hidayah : memang dah naluri manusia suka pada kecantikan dan kehenseman..beruntunglah sesape yang dapat pasangan cantik/hensem..huhu

    ReplyDelete
  19. cantik rupamu adalah ujian dari allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai pun..
      Ada juga yg tahu hikmah tesembunyi..
      I like ur commentore

      Delete
  20. biar x hensem asal
    Hati baik. Duit ada
    Hormat org tua, tak kacau org
    Tak khianat kawan. Jujur
    Itu Tirana aduka la...

    ReplyDelete
  21. Btl la 2 admin. Dapat yang memahami dan baik pun ok. Tp if manja, cantik 2 kira bonus la...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.