Setiap blogger pasti mahukan kelainan dalam penulisan blog. Nak cari kelainan ni, bermula dari gaya penulisan yang tersendiri. Bila nak tulis entri ni, perlu seronok dan mengikut keselesaan kita juga supaya tak rasa hipokrit. Cuma, dalam keseronokan menulis, bahasa juga perlu diambil berat sebab kita ada pembaca. Bukan bermaksud perlu tulis dengan bahasa yang skema, tapi kalau boleh elakkan menulis entri dengan bahasa SMS. Kenapa ?
1. Pembaca Mudah Faham Struktur dan Makna Ayat
Ini perkara utama bila berblogging dengan bahasa SMS. Biasanya short form yang digunakan dalam SMS terlalu ringkas dan pendek. Tapi dalam blog, pembaca datang dari pelbagai lapisan usia dan tak semua orang faham bahasa SMS. Mungkin ada yang faham dan mungkin juga ada yang salah faham maksud ayat tersebut. Sebagai contoh :
- x – bermaksud tidak tapi ada juga yang anggap darab atau huruf ‘x’.
- aq / ak – bermaksud aku tapi mungkin ada orang akan ingat tu ialah Akademi Quran ( AQ ) tak pun AK – 47 (weapon).
- 2 – bermaksud ‘to’ ( kepada ) tapi orang akan anggap sebagai nombor dua.
- knp – bermaksud kenapa tapi mungkin ada yang tertanya-tanya maksud knp ni.
2. Tidak Mesra SEO
SEO salah satu cara nak tarik traffik ke blog dengan carian keyword dalam search engine ( google, yahoo dan etc. ). Kebiasaanya keyword yang orang masukkan mesti dalam ejaan yang penuh dan jarang orang nak masukkan bahasa SMS dalam search engine. Sebab utama ialah mereka nak cari info tentang sesuatu, so mesti nak kena guna keyword yang penuh contohnya Berita Sukan Terkini. Tapi kalau bahasa SMS digunakan, macam mana search engine nak padankan keyword carian dengan entri kita ? susah bukan ?
Okey,kita buat praktikal jap. Cuba masukkan keyword “ berita sukan terkini ” kat google dan lihat hasilnya. Kemudian masukkan pula keyword “ brte sukn trkni ” dan lihat juga hasilnya. Perbezaan yang amat ketara kan ?. Walaupun entri korang bukanlah tajuk yang tengah hot tapi manalah tahu akan datang ada orang yang search tentang satu keyword dan keyword tu ada dalam blog korang. Dapat la jugak pelawat baru walaupun seorang.
Sumber : http://www.izwanyusof.com/bahasa-sms-bukan-untuk-blogger/
5 Comments
Kadang-kadang langsung tak faham bila diorang tulis dalam short form..
ReplyDeleteKalau guna bahasa sms yg org paham tu takpe la lagi, cuba kalau dah pelik sikit,,garu pale je baca entri..hahah
ReplyDeletesetuju.. tpi lol n btw tu lyla ada guna..
ReplyDeleteDulu2 masa tak tau kaedah blogging, akak sll guna bhs sms. hehe... memang kelakar bila baca balik entri2 tu
ReplyDeleteok, kena kurangkan short form,.
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.