Awas! Pengumpul Gambar Awek Melayu Di Facebook


Bangun je dari tidur, apa benda pertama yang melekat dalam kepala anda? Jangan tipu, mesti facebook kan? Tak bukak facebook satu hari mesti rasa tak lengkap hidup..hahah. Tapi sekarang ni aku tak berapa layan dah dengan facebook..fokus dekat blog pulak. Ok, malas nak cakap banyak, straight to the point. Peringatan kepada kaum perempuan,wanita,awek,makwe dan girlfriend yang ada facebook, anda diingatkan supaya berhati-hati semasa meng-upload gambar anda di facebook.

Tadi masa tengah blogwalking, terjumpa satu blog ni yang bagitahu pasal satu group yang kerjanya mengumpul gambar awek melayu untuk dijadikan sebagai koleksi di facebook. So, aku bukak la link yang dibagi dan memang betul page tersebut wujud dan penuh dengan gambar awek melayu yang cun, ada yang bertudung dan ada yang freehair. Tak tahulah manusia mana yang tak bertanggungjawab mempergunakan gambar-gambar perempuan tersebut.

Link Facebook : Himpunan Gambar Awek Melayu

"Bukan salah kami, orang tu yang curi dari fb kami." Itu kata anda. Tapi admin page tu kata macam ni "bukan salah admin yang upload gambar ni, tapi salah awek tu sendiri la yang upload kat fb. takkan la admin yang paksa awek-awek ni amik gambar kan?" Tak percaya, korang masuk dan tengok sendiri page tu. Ya, saya tahu anda cantik, anda comel, anda lawa..tapi kena ingat, kecantikan dan kecomelan anda itu satu anugerah untuk tontonan pada yang berhak sahaja. Sanggupkah anda tengok gambar anda menjadi pencuci mata dan pemuas nafsu lelaki? Apatah lagi kalau gambar tersebut anda berpakaian ketat dan seksi. Selagi gambar tersebut 'dijamu' oleh kaum lelaki diluar sana selagi itulah bebanan dosa bertambah.

Kepada wanita-wanita yang ada facebook, delete gambar-gambar anda yang tidak menutup aurat kalau anda sayangkan maruah anda. Kalau tuan punya badan sendri tak malu, orang yang bagi nasihat pun tak boleh nak kata apa. Kepada lelaki yang ada girlfriend, kalau anda sayang pada awek anda, nasihatlah mereka supaya tidak meletakkan gambar yang yang boleh mengundang macam-macam masalah. Aku bukan nak jaga tepi kain korang tapi disebabkan anda itu saudara sesama islam, so tak salahkan nak bagi nasihat. Terpulanglah pada diri masing-masing. Peace :)


Post a Comment

10 Comments

  1. aku pun nampak gak page ni kelmarin, giler menyampah tengok.. masing² menyalahkan satu sama lain.. tapi bila fikir balik, memang dua² pihak bersalah.. yg perempuan x kiralah dia tu tutup aurat sekalipun kalau boleh jgn letak kat fb, private mcm mana sekalipun kalau dah letak kat profile pcture, org tetap boleh save image.. yg lelaki pulak jadilah pelindung bukan perosak kepada kaum kami.. terima kasih kat page tersebut sebab berjaya sedarkan aku supaya x payah upload pic masa raya nanti.. ehhh TERbuat mcm blog sendiri lak.. hahah..

    ReplyDelete
  2. Iha zaliza : hahah..uish..emo tu.memang betol.dalam hal ne, dua dua salah. masing-masing dah besar, pandai la fikir mana yang baik dan buruk. semuanya terpulang pada diri masing-masing.

    ReplyDelete
  3. ada tengok jugak page tu.mmg mcm2 gmbar ada.yg terkejutnya,mmg x jangka akan ada girls yg daring gila upload gambar2 yg seksi sungguh dkt fb..tp apa pun niat admin page tu, still niat tak menghalalkan cara.mcm x patut je dy wt mcm tu..huhu..

    ReplyDelete
  4. Iena : entah,memang ada yang buat facebook ne macam tempat salin baju pulak. upload gambar yang daring..nati kite bagi nasihat kata nak jga tepi kain orang pulak.

    Si rabun : silakan untuk share :)

    ReplyDelete
  5. Gambar yang tak seksi, menutup aurat, pakai tudung tutup litup pun dia himpunkan dlm tu jugak. upload dalam album 'awek cun' dalam page tu. huhu. Bgitulah klu org menyalahgunakan fb. Kdg2 kita sendiri pun xthu y diorang curi gmbar kita. Ya Allah..jauhkanlah semua ni daripada semua wanita yang tidak berdosa..

    ReplyDelete
  6. Dila : sebab tu jangan approve terus kalo ade orang yang tak kenal tiba-tiba nak add jadi friends.kena check dulu.ramai sekarang ne yang guna akaun facebook palsu.

    ReplyDelete
  7. dah tengok..tak sangka ade juga manusia yang mcm tu skali... huhuhu.. sgt2 mengaibkan maruah seorang wanita.. thanks bro sbb memberi peringatan. speechless sbb tak terjangkau oleh pikiran yg waras.. ape yg admin page tu pikir,, cume Allah Taala je yg tau.moga moga saya terlindung dari hasad manusia mcm tue....

    ReplyDelete
  8. fb page itu sudah tiada, tapi ada page lain pula yang menyakitkan hati. Semoga semua wanita Muslimah dijauhkan daripada fitnah akhir zaman ini.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.