Tips Nak Jadi Blogger Terkenal Seperti Hanis Zalikha


Kalau anda nak jadi blogger terkenal atau nak tingkatkan UV anda, kat sini ada beberapa tips la macam mana nak jadi blogger terkenal/famous blogger. Tips ini bukan aku yang buat tapi diambil dari blogger cantik Hanis Zalikha. Memang berbaloi kalau korang baca.

TIPS NAK JADI BLOGGER YANG BERJAYA

1. Perihal alamat surat-menyurat.
Alamat blog haruslah sesuatu yang amat senang diingat dan difahami tetapi unik/catchy. Dan anda juga harus senang sebut untuk promote blog anda. Kalau boleh guna word typical yang orang tak perlu tanya "Eh macam mana nak eja?". Tak kiralah kalau itu adalah nama panggilan masa kecil atau nama anda di chatroom, tetapi kalau ianya menyusahkan untuk dieja dan diingat, IA SANGAT TIDAK SESUAI UNTUK DIJADIKAN ALAMAT BLOG. Contoh:

www.zejendulhotstuffxz.blogspot.com

OKAY CUBA HAFAL SEKARANG. OKAY DAH FAIL. NEXT.

2. Tajuk blog hebat.
Tajuk blog haruslah sesuatu yang menarik perhatian orang, bagi menyinarkan blog anda ketika berada selari dengan blog-blog lain di dalam senarai blog seseorang. Seperti tajuk blog saya ialah 'Hanis Zalikha'. Adalah sangat annoying kepada orang-orang yang tidak mengenali saya untuk melihat link saya berada di mana-mana. SIAPA HANIS ZALIKHA NI DOH ASAL SEMUA ORANG NAK LINK DIA *click blog Hanis Zalikha untuk mengetahui lebih lanjut*. Ha macam itulah contohnya, ngerti? Cuba kalau saya letak The Diary Of My Life atau My Lifez Dairy (tenusu) atau My Little Footsteps atau Hanis's Own World/Mind, ada mahu click? JUJUR LAH WEH.

3. Tajuk entri 
Tajuk entri mengancam ni seperti tidak perlu diberitahu lagi (common sense), tapi takpelah, beritahu juga. Tajuk entri sangat, malah paling penting, lagi-lagi kini, blog list disertakan sekali dengan option mempamerkan tajuk entri, maka di sinilah peluang anda untuk menonjolkan kehebatan entri anda, dimulai dengan tajuk yang hebat. Tahukah anda, hanya dengan tajuk entri "Nabil Raja Lawak Tidak Berbaju", trafik saya naik kepada 15%?

4. Isi entri setimpal. 
ISI ENTRI BIAR SETIMPAL DENGAN TAJUK. JANGAN GEDIK BAGI TAJUK 14 TIPS MENJADI BLOGGER BERJAYA YANG ANDA MUNGKIN TERLEPAS PANDANG LEPAS TUH RUPANYA CERITA PASAL HARI INI NAK PERGI BELI J.CO DONUT. Atau tajuk Model Juga Tidak Memerlukan Ijazah rupanya cerita pasal peluh petani.

5. Perkara yang harus dielakkan. 
Elakkan mengeja perkataan dengan ejaan pasar seperti MACHAM DAN PUNYE DAN CAKAB DAN DAN, OKAY DAH. Elak juga mengeja dengan short form seperti saya dieja sebagai sy, aku dieja sebagai ak, engkau dieja sebagai kau, eh itu takpe. Kenapa harus elak? Kerana tiada siapa cari bahan di Search Engine dengan menggunakan short form. Ingat, isi-isi dalam blog anda mungkin akan timbul di carian jika perkataan yang dicari terdapat dalam entri anda. Contohnya, I nak search lirik lagu Aku Cinta Padamu, takkan lah nak taip "Lirik Ak Cinta Pdmu".

6.Lirik lagu. 
Peluang untuk blog anda timbul dalam carian cerah adalah bila anda meletak lirik lagu terbaru. Ingat lagi dulu, di blog lamaku (HANIS DULU ADA BLOG?! Ya. Waktu muda-muda dulu), lirik lagu My Heart telah dipamerkan selesainya menonton cerita Heart. Berjayalah tambah pembaca, dalam 2 orang (mari gelak). Selain lirik lagu, alternatif lain adalah resepi kek cawan dan guitar chords lagu-lagu rock kapak.

7. Kosa kata yang luas. 
Rasanya ini boleh fikir sendiri kenapa ianya penting. Ingat: Search Engine.

8. Perihal gambar. 
Adalah sangat malang sekiranya gambar yang blur juga anda mahu letak. Ini adalah major turn off. Jangan risau, saya sendiri pernah melalui fasa ini ketika Digital Camera rosak, dan Cellphone ku hanyalah 1.3 megapixel, sumpah pathetic kejap blog ini.

9. Perihal gambar 2. 
Lumrah manusia sukakan benda cantik. Jadi carilah background yang cantik-cantik untuk anda bergambar. Rasanya, adalah tidak perlu untuk memaparkan betapa tidak putihnya cadar katil anda yang putih. Cari lighting yang cantik dan have the effort to look good on camera, tak kira kau cantik goddess mana, mungkin tidak patut jika gambar muka baru bangun tidur, bertahi mata dipampangkan. Anda nampak malas dan apakah motif gambar tersebut sebenarnya, again? (Unless nak tunjuk gambar sebelum selepas mekap/pembedahan/slimming, ini dikecualikan, tapi kalau nak kata good morning world atau nak tunjuk teddy bear boyfriend baru bagi siap letak sebelah muka, harap hindari). Tapi ke tahap mengphotoshop kulit, hidung, bulu mata, adalah agak over dan tidak jujur ya.

10. Tema.
Tema blog adalah berbeza mengikut citarasa, tapi apa yang penting (BUKAN KERJASAMA, TAK HABIS-HABIS BENDA NIH MUAK KAU PAHAM TAK), jangan menyakitkan mata pembaca dengan font berwarna neon dengan background YANG NEON JUGA. Ini juga common sense, tetapi selalu terlepas pandang. Simple but nice, cliche but true.

11. Pendapatan(wang,duit,ringgit) dari blog.
Untuk menjana pendapatan dari blog, sila daftarkan diri dengan Nuffnang di www.nuffnang.com.my, dan jikalau trafik anda memberangsangkan, anda sudah boleh mula diberi advertorial iaitu membuat product reviews dan dijemput ke produk launch etc!

12. Carutan dan kutukan.
Semua orang ada pendapat masing-masing, tapi cara anda menyampaikan mesej kepada pembaca itulah yang penting. Sebagai pengiklan, mahukah anda mengiklankan produk anda di sebuah blog yang penuh dengan benda-benda negatif, kutukan, dan carutan? Jangan buang masa dengan bahan sebegini lagi wahai pembacaku, buka minda anda dan tingkatkan pendapatan dengan blog anda sekarang! Pengiklan juga jarang memberi perhatian kepada anonymous blogger, no matter how famous you your blog is, please take note.

13. Psikologi minda.
Sebelum terlupa, adalah sangat penting anda menganalisa minda pembaca/pengguna internet. Contohnya, yang mana anda lebih cenderung untuk klik, www.hansisaac.com atau www.hansisaac.blogspot.com ? Perkataan ".blogspot", sedar atau tidak, adalah satu perkataan yang sangat berpengaruh dalam dunia IT. Kenapa? Lagi sekali, lumrah manusia, suka sangat tahu perihal hidup orang lain. Kalau '.com' biasanya website rasmi di mana hanya akan muncul profil lengkap atau online portfolio Hans Isaac, tetapi apabila wujud perkataan blogspot, sah-sah ditulis sendiri (first hand) pengalaman hidup/diari seharian etc. Bila anda nampak perkataan '.blogspot.com', sure anda mahu cekidaud. Betul? Eh macam tak sesuai je guna Hans Isaac sebagai contoh, sebab rasanya, ada blogspot ke takde, pasti klik juga :B Okay tak kisahlah, saja nak bincangkan pengaruh perkataan tersebut. Unless anda sudah ada steady traffic, bolehlah beralih kepada '.com'. TERIMAKASIH KEPADA PENCIPTA www.haniszalikha.com, JASA ANDA AMAT DIHARGAI :)

14. Variasi topik.
JANGAN MEMBORINGKAN ORANG RAMAI EVEN KAWAN-KAWAN SENDIRI DENGAN PERKARA YANG SAMA SAHAJA. INGAT VARIASI! VARIASI! VARIASI! Contoh topik/tajuk: Perkara menarik di website kegemaran saya, kemudian lusa pula: Jejaka idaman saya yang nescaya saya takkan dapat dalam kehidupan sebenar (kemudian senaraikan berserta gambar), dua hari selepas lusa: Surah-surah yang boleh diamalkan untuk mendapat anak sehensem Nabi Yusuf, insyallah. Tajuk-tajuk menarik sebegini bolehlah diselangi dengan catatan aktiviti seharian anda :) 

3 bulan aku jadi blogger UV belum pernah jejak 1k lagi. Harap-harap dapat la selepas baca tips ne :)

SUMBER   


Post a Comment

29 Comments

  1. menarik...

    jom dtg sini plak
    http://akukaudansesuatu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Hik hok. Maybe I should change nama blog saya kpd nama sendiri :/

    ReplyDelete
  3. kalo guna nama blog sama macam nama kita lagi mudah orang nak ingat :)

    ReplyDelete
  4. I think I am on the right track insyaallah huhuhuhuh....

    ReplyDelete
  5. AKu kenal Nabil kwn dia hehe..
    Kawan aku tu.. tp hanis ni xbrapa kenal haha

    ReplyDelete
  6. this is one of your best entry to date. keep it up =)

    ReplyDelete
  7. nice..:)

    jom singgah sini:
    http://onestopcentreshop.wordpress.com/

    ReplyDelete
  8. wah, tips yg bagus..agak2 nama blog sarah ok x?

    ReplyDelete
  9. Tips no. 5, 6 & 9 membuatkan saya tergelak besar. hehe... terima kasih sudi buat tips ni... amat berguna kaw2... punya bagi saya blogger baru yg mmg tak famous ni... (sila jangan gelakkan saya...) huhu... Dalam tawa ada sendu...

    ReplyDelete
  10. Baru semalam saya, kakak ipar n suami bercerita ttg blogger Hanis, hari ni saya dah kenal dah beliau yg mmg cantik manis. Saya tak cantik tapi manis... haha... ye ke? (maaf la, mood tergelak masih ada dari baca tips ke 5, 6 & 9 tu)

    ReplyDelete
  11. @Ieta Mat Sa'ad
    biasa la tu..bagi blogger yang baru diorang tak kenal lagi blogger-blogger yang terkenal ni..sekarang dah kenal dah tu :)

    ReplyDelete
  12. thanx for sharing the tips..saya ni pun baru lagi buat blog ni..harap ramai follower

    jom follow kita
    http://yantysaleh.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  13. Bloggingwalking-walking ke blog agan...
    Nice artikel... Yuk saling follow...
    By : Ayik Silverberg|Just an ordinary boy

    ReplyDelete
  14. atoii.sabo jela

    ReplyDelete
  15. Saksikan @ 13 Mac 2013. Informasi: http://www.facebook.com/KonsertDihatiku

    ReplyDelete
  16. :) tips yang menarik ;)
    ni blog saya harap ada yang follow ;)http://nurhaqimma.blogspot.com/

    ReplyDelete
  17. BEST... AKU NAK TRY .. THANKS YER

    ReplyDelete
  18. salam ..jom singgah n follow team blogger ..kasi like dkt link ..thanz u

    https://www.facebook.com/groups/129304883885606/

    ReplyDelete
  19. terima kasih dari akak http://jarimenjahit.blogspot.com/

    ReplyDelete
  20. nice tips for those yang baru nk join blog..
    cuba2 singgah sini heheheh :D
    http://tapaimaniseh.blogspot.com/

    ReplyDelete
  21. nice tips for those yang baru nk join blog..
    cuba2 singgah sini heheheh :D
    http://tapaimaniseh.blogspot.com/

    ReplyDelete
  22. nice..perkongsian yg memberansangkan..haha..
    inshaAllah, bole d aplikasikan.. but first, do follow panchentaspeacial.blogspot.com

    ReplyDelete
  23. Hebat la tu da beratus2 UV..baru start je kan...

    ReplyDelete
  24. thank you for the info. InsyaAllah boleh ni kalau betul ikut step and nak berjaya dalam blog saya ni.

    ReplyDelete
  25. thank..byk tips membantu
    siapa suka travel boleh rujuk blog saya untuk itenary
    https://rosapegitravel.blogspot.my/

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.