Mungkin anda rasa seronok bila ada datang melawat blog anda walaupun hanya sekadar meninggalkan komen di 'shoutbox'. Mungkin jugak anda rasa puas bila ada orang share entri yang ditulis oleh anda di Facebook. Atau kepuasan lebih dirasai apabila ada yang sudi membaca entri anda dan meninggalkan komen. Semua kepuasan ini bergantung pada niat dan tujuan anda menulis setiap entri dalam blog. Pada blogger yang baru, sudah tentu kepuasan yang dicari ialah jumlah followers. Pada persepsi mereka, bila ada ramai followers itu membuktikan blog tersebut menarik dan mempunyai ramai peminat.
Bagi aku, kepuasan yang paling utama ialah apabila melihat angka pelawat yang masuk ke blog setiap hari. Walaupun sekadar membaca tanpa meninggalkan komen, itu pun dah cukup. Sekurang-kurangnya, ada orang yang sudi menjenguk dan membaca entri yang dutulis. Pernah tak korang refresh blog 5 minit sekali nak tengok berapa ramai orang yang melawat? Hahah..jangan gelak sebab aku pun pernah buat macam ne. Korang pun mesti ada buat jugak kan? Biasa la, terutamanya apabila ada entri baru yang dipost. Kepuasan mungkin dirasai apabila tengok jumlah pelawat yang melawat entri baru tersebut. Sebaliknya rasa kecewa apabila entri yang ditulis tidak mendapat sambutan ramai.
Semua blogger adalah sama, bermula dari bawah. Blogger-blogger yang terkenal di Malaysia seperti blogger denaihati, eyriqazz, hanis zalikha, fatin liyana dan ramai lagi juga pernah melakukan perkara yang sama seperti di atas. Gembira melihat jumlah pelawat yang ramai, kecewa melihat tiada pelawat pada hari tersebut. Kini blogger-blogger terkenal tersebut mampu meraih jumah pelawat hampir ribu-ribu orang sehari dan hampir jutaan pelawat dalam sebulan!. Di dalam blog abangensem, dikatakan blogger-blogger seperti denaihati dan eyriqazz mampu menghasilkan puluhan kalau bukan ratusan ribu ringgit setiap bulan hasil daripada Nuffnang.
Rasanya kalau nak jadi seperti diorang ne kena bertapa 10 tahun lagi la. Tapi kalau blog anda mempunyai Google Pagerank pada level 3, teruskan blogging. Tak mustahil anda akan jadi top 10 blogger di Malaysia ne. Apa yang aku nak tekankan kat sini semua orang boleh berjaya dalam dunia blog. Mereka bermula dari 0. Semua orang bermula dari 0. Tetapi yang membezakan blogger itu adalah usaha dan kesungguhan dia untuk berjaya dalam dunia blogging. Peace :)
18 Comments
betul3 !!:)
ReplyDeletesesutu yang bermula, memang dari bawah, kalau kita tabah dan cekal, tak mustahil kita boleh jadi macam mereka kan? tapi KY berblog suka2 aja..tapi tetap gembiran dan bersyukur ada yang datang singgah
ReplyDeletediorang dah lama jadi blogger..
ReplyDeletedah jadi otai da..huhu
xpala KY berblog utk suka2 je..
setiap orang tu kepuasannye berbeza kan..
kalau nak jadi blogger popular seperti fatin liyana , nik kena tukar jantina dulu la...hahaha
ReplyDelete*gura jah poso2 nih..jgn maroh..:))
hahah..dop marah eh.
ReplyDeletexse tukar jantina.nak jadi blogger cam ben ashaari :)
Haha...banyak kasi backlink ni Nick? hehehe....
ReplyDeleteHaha, dulu sy pun suka tgk jumlah follower, tapi sekarang saya mula sedar yang jumlah follower tidak menentukan apa-apa. Ini adalah kerana, tak ada plak jumlah komen yang sama dengan jumlah follower tu kan hehe....some people just follow other blogs for the sake of "following", not really much of reading and appreciating the blog entries made.....
saya setuju..kepuasaan amat diperlukan bgi merealisasikan impian..prnah tru yg refresh tu..nk tgok bpe yg view..hakhak..
ReplyDeleteyeahh..couldnt agree more.sometimes followers ramai tu just untuk showoff.tak sume akan msk blog kita, baca dan komen.kalo nak tau cuba tgk entri yg dipost ngan komen yg diterima..hahah
ReplyDeletetak mustahil... (angkat kening)....
ReplyDeleteDtg sbb DH sebut nama blog ni kt fb...hehehe
ReplyDeletedimana ada usaha di situ ada kejayaan insyaallah kita semua mampu berjaya seperti mereka juga
ReplyDeletehuhu..baru pr 1..cets...10 thn pn mcm tak ckp
ReplyDeleteDari bawah sebelum ke atas,
ReplyDeleteDari langkah pertama utk ke langkah seterusnya,
Terima kasih atas info tersebut ditulis,
Moga kita sama-sama berjaya spt mereka semua.
nuffnang? betul ke
ReplyDeleteyup, setuju dengan anda. sudi melawat blog saya juga
ReplyDeletedan saya pon bace la artikel ni sampai abes..so,skg ni nk komen gak la..moga kte sume akan mengikuti jejak blogger yg dh berjaya tu
ReplyDeleteinsha allah, sape yang berusaha lebih tu pasti berjaya :)
ReplyDeletelebih terasa kepuasan apabila kita dah ade readers or silent readers yang setia tapi kita tak tahu pun yang sentiasa tunggu update kita walaupun entry kita tuu biasa biasa je :) .
ReplyDeletewww.munviolettaxious.com
Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.