Kelebihan Blogger Yang Berstatus Glitterati


Mesti ramai yang tertanya kenapa semua orang duk kecoh bercakap pasal Glitterati Nuffnang ? Glitterati tu apa sebenarnya..ada kaitan ke dengan Mazda Maserati? Nak tahu Glitterati tu status membership korang kat akaun Nuffnang. Cuba check nak tahu sama ada korang blogger berstatus Glitterati ke ataupun berstatus Ordinary sahaja. Kepada blogger yang berstatus Glitterati, anda beruntung kerana mendapat kelebihan yang eksklusif diberikan oleh pihak Nuffnang.

KELEBIHAN BLOGGER YANG BERSTATUS GLITTERATI

  • Earning anda akan meningkat lebih banyak berbanding blogger yang berstatus ordinary (biasa).
  • Anda akan dibayar sebanyak RM 0.25 setiap klik berbanding blogger biasa iaitu RM 0.15.
  • Anda akan berpeluang untuk mendapat Buffered Earning berbanding blogger biasa yang tak akan dapat langsung.
  • Anda akan mendapat bayaran dalam masa 30 hari selepas tarikh cashout berbanding blogger biasa iaitu selama 60 hari.
  • Pihak pengiklan lebih mengutamakan blogger yang berstatus Glitterati untuk pengiklanan.
  • Pihak Nuffnang memperuntukkan 70% event untuk blogger berstatus Glitterati dan 30% untuk blogger berstatus ordinary.
  • Pihak Nuffnang memperuntukkan 70% hadiah eksklusif untuk blogger berstatus Glitterati dan 30% untuk blogger berstatus ordinary.

KELEBIHAN BLOGGER YANG BERSTATUS ORDINARY

  • Anda boleh memasang sebarang iklan dari mana-mana company.
  • Anda boleh join Advertlets, Innity, Youthsays dan Manga Ads.
  • Anda tidak akan rasa tertekan bila tengok earning Nuffnang.   

Tetapi kena ingat, untuk kekal sebagai blogger yang berstatus Glitterati, jangan sesekali cuba nak menduakan Glitterati ne dengan meletakkan iklan dari syarikat pesaing yang tidak dibenarkan oleh Nuffnang. Tak pasal-pasal status Glitterati anda bertukar menjadi status ordinary. Dan satu lagi jangan gatal tangan nak cuba klik iklan yang keluar dekat blog anda tu.

Ini kerana setiap kali iklan Nuffnang itu diklik, ianya akan direkod berdasarkan ip address. Secara tak langsung status Glitterati anda akan ditarik balik. So, bila dah ditarik balik nak dapatkan semula memang susah la. Macam orang jugak, bila dah kena tipu susah la nak percaya balik..hahaha..So, jangan sesekali curang dengan Nuffnang ye :)

Post a Comment

18 Comments

  1. betul tu.. baru siang tadi dpt Glitterati ni.. serius happy tak terkata (even duit dalam akaun masih RM0.00) hahah

    ReplyDelete
  2. xpa,nanti naik la earning tu..kena la selalu update blog untuk nak dapat buffered earning pulak :)

    ReplyDelete
  3. tima kasih atas info nya...

    ReplyDelete
  4. Saya tak menipu tuan..hehehehe

    ReplyDelete
  5. aku pakai nuff ni dekat setahun,tak de hasil.. RM 10 pun tak jejak.. nak buat entri pasal nuff lagi tak pandai..

    ReplyDelete
  6. aku rasa ko baek pakai innity je..yala, ko punye trafik 10k sehari memang gempak r.innity khusus untuk blogger yang trafik tinggi je.

    ReplyDelete
  7. akak pun status glitterati dari mula lagi letak iklan. tp pernah dulu mcm nak gile jugak tunggu BE x muncul2. hahaha...

    ReplyDelete
  8. BE tu setiap minggu duk mengharap bila la nuffnang terbuka hati nak bagi ne..nak juga merasa..heheh

    ReplyDelete
  9. Saya dah lama tak dapat BE. Huhuhu...

    ReplyDelete
  10. hahah..kalo dapat BE bertambah la sikit earning tu kan..

    ReplyDelete
  11. susahnya nak dapatkan be.. berdasarkan earning sekarang, nampak gaya kena tunggu setahun lagi baru bleh sampai rm50..

    ReplyDelete
  12. hahah..nak cashout pun tak lepas lagi sekarang..nak harap nak dapt BE mimpi dulu la.xpa,sabar..

    ReplyDelete
  13. hehe...selalu gak klik iklan sendiri masa mula2 blogging tu...then dpt emel amaran drp Nuffnang, terus menggelabah...nasiblah status glitterati tak ditarik balik huhu

    ReplyDelete
  14. wah baru perasan BBL sekarang dah berstatus glitterati.
    best2...
    thanks 4 this info

    ReplyDelete
  15. baru faham..dah dapat dah...tq infonya...

    ReplyDelete
  16. Nice info. Jalan2 sini sambil follow #1350

    Mintak share kelebihan blogger yg berstatus Glitterati yep. Credit entry sinI http://tieysmilez.blogspot.com/2013/08/i-got-glitterati-status-from-nuffnang.html

    Thanks a lot. :)

    ReplyDelete
  17. tq atas ilmu dicurah about nuffnang...i baru daftar dapat tiltle glitterati...ni dok search jumpa blog u ...anyway tahnks....lum dpat hasil lagi

    ReplyDelete
  18. baru dpt glitterati jugak tp x tau nak buat apa.haha.jemput la ke blog saya.banyak cite pasal life di egypt ;)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.