Gempar!! Teori Kewujudan 'Dajjal' Di Sukan Olimpik 2012

Sekarang tengah hangat berlangsung kejohanan terbesar dunia, Sukan Olimpik 2012. Disebalik kejohanan tersebut, dikatakan terdapat konspirasi yang berunsurkan Illuminati, Zionis, Freemason dan Dajjal yang dirancang oleh pihak penganjur berdasarkan masa kejohanan itu berlangsung, upacara pembukaan, bentuk logo, bentuk maskot dan bentuk stadium . Persoalan utamanya ialah adakah konspirasi ini telah dirancang terlebih dahulu bersempena dengan kejohanan ini atau ianya adalah semata-mata satu simbolik sahaja yang tidak disengajakan?

MASA KEJOHANAN OLIMPIK 2012

Kejohanan ini telah dipilih untuk diadakan pada bulan puasa. So, para atlit yang beragama islam terpaksa menangguhkan puasa dan perkara ini dah diputuskan oleh mufti-mufti kerana dikira bermusafir. Tetapi tidak salah kalau berpuasa. Main sukan je pun. Zaman Nabi lagi dahsyat. Nabi dan umat islam berpuasa semasa berperang. Bergadai nyawa lagi. Puasa tetap puasa. Memang ada sesuatu yang tersirat kerana ianya dibuat semasa umat islam berpuasa. Tambahan pula, masa inilah juga berlaku pertumpahan darah umat islam di Syria dan Burma serta kebuluran umat islam yang berpuasa di Somalia.

UPACARA PEMBUKAAN OLIMPIK 2012

Upacara pembukaan ini dibuat dengan beberapa persembahan yang dilihat sememangnya mengandungi unsur Illuminati dan Freemason. Promosi untuk Illuminati, Zionis, Freemason dan Dajjal seakan-akan mewarnai dan menjadi teras penting kepada pembukaan Sukan Olimpik 2012. Anda boleh lihat sendiri berdasarkan gambar-gambar seperti di bawah ini.








BENTUK LOGO OLIMPIK 2012

Susunan huruf yang kononnnya adalah 2012 itu bukannya semata-semata 2012 , tetapi juga melambangkan logo Swastika NAZI, dan jika disusun kan dengan kaedah lain, akan dapat dilihat perkataan ZION. Ya, dari perkataan Zion lah munculnya Zionis. Dalam logo yang lain pula, jika kita terbalikkan nombor tahun 2012 itu, dan pusing kan sedikit nombor yang belakang tu, maka akan nampak jelas perkataan ZION juga. Ya saya tahu, kita perlu susun-susun terlebih dahulu huruf-hurufnya, bukan ianya ditulis dengan jelas ZION. Tetapi ketahuilah, sememangnya golongan MASON suka meninggalkan klu dan maksud tersembunyi, seperti yang telah amat banyak dilakukan sebelum ini. Sumber : http://hijabulcrewz.blogspot.com.






BENTUK MASKOT OLIMPIK 2012

Dan tidak ketinggalan dengan maskot Sukan Olimpik London 2012 ini iaitu makhluk logam bermata satu. Sesetengah pihak mungkin menganggap kedua-dua maskot tersebut seperti watak animasi filem Monsters, Inc. tetapi jika diamati dengan teliti ia sebenarnya menyerupai Dajjal yang diketahui sebagai makhkluk bermata satu. Seperti yang diketahui, bentuk tersebut sering kali dikaitkan dengan simbol Dajjal serta simbol rasisme, kiamat, nabi palsu dan antichrist. Penganjur membidas dakwaan itu dengan kenyataan mata satu tersebut merupakan simbol dari sebuah kamera yang akan merakam segala aktiviti yang berlangsung sepanjang Olimpik London 2012.



BENTUK STADIUM OLIMPIK 2012

Ada yang mendakwa binaan segi tiga di sekeliling stadium itu menyerupai piramid separuh siap lambang Illuminati walaupun arkitek firma Populous itu, Philip Johnson menyatakan idea reka bentuknya menandakan era baru dalam acara sukan. 


Persoalan sudah dirungkai. So, adakah semua ini terjadi secara kebetulan? Terpulanglah pada diri masing-masing untuk menilainya. Secara peribadi, pengetahuan ini lebih membuatkan kita lebih berhati-hati, bertambah yakin bahawa Dajjal akan muncul tidak lama lagi (sesuai dengan hadith-hadith nabi S.A.W) , berusaha agar dapat elak fitnah Dajjal dengan mengamalkan doa-doa dan membaca Al-Quran.



Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab siksa api neraka Jahannam dan siksa kubur, serta serta fitnah hidup dan fitnah al-masih Dajjal."

Amalkanlah bacaan doa dan 10 ayat awal dan akhir surah al-Kahfi di dalam solat 5 waktu anda..Insyaallah, Allah melindungi diri anda dari terkena fitnah al-masih Dajjal.

Post a Comment

13 Comments

  1. kalau macam tu, jomlah kita panggil tahun ni tahun 2013 nak? hadoi... dah banyak perkataan ZION anak murid aku dah tulis dalam buku tulis kat skolah.

    hampeh!

    p/s: jangan marah ye nik... ehehe

    ReplyDelete
  2. tak tengok pulak opening ceremony..tau2 je ade dajjal sume..thanks for the info..

    ReplyDelete
  3. salam..sy pun ada buat entry pasal nie...:)

    ReplyDelete
  4. macam2 kontoversi dah pasal bnda ni:)

    ReplyDelete
  5. Hurm...sy terlepas nak tgk pembukaan Olimpik pada 2 jam terawal...tgk masa jam terakhir je...so dah terlepas banyak huhuhuhu......

    ReplyDelete
  6. Anonymous31 July, 2012

    Nick Nashram: so ko nak buat ape? kalau ko kate bende ni tujuannya utk menyedarkan orang tentang kedatangan dajjal, kan lebih afdal ko mengingatkan org utk berzikir memuji2 Allah? ko takut dajjal ke takut Allah? orang yg terselamat dari dajjal adalah orang yang dilindungi Allah. bagaimana kita nak diri kita dilindungi Allah? dgn menybar cerita fitnah dan kntroversi ke atau dgn mengajak org lain termasuk diri kita mangingati dan beribadat kepada Allah? aku nak tanye kau la.. ko ni cukup solat 5 waktu ke tak?

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas info ni. Yang anonymous atas tu tbe2 nak bising apsal plak? Ini entry sebagai informasi je..

    SUMBER pun Nick Nashram amek dari orang lain. zzz..

    ReplyDelete
  8. slalu le jadi camni..ada je agenda yang depa nak sampaikan secara tak langsung..bagi yang persan ok la..yang tak tau cam aku nih..tengok je la...

    ReplyDelete
  9. memang ada agenda yang tersembunyi disebalik event tu..mungkin ada yang setuju dan ada jugak yang tak setuju..terpulanglah pada pembaca :)

    ReplyDelete
  10. Melayu Sarawwak02 August, 2012

    Salam, Ko tengok org sekarang mane nak caya benda nih lagi. Sbb Dah di main set. Salah kah kita memberi peringatan kepada org ramai sbnarnya dajjal dah nak keluar.

    Tiba2 anony di atas buat kecoh. Nampak sgt tak fhm mksd fitnah. Skrg kita fitnah siapa. Ini bukan manusia lagi ini dah system dajjal. Bukan fitnah lah bro.

    Buat artikel pasal zikir2 memuji Tuhan ko da tengok ka blom. Mesti ade org buat lain. Jika semua org cerita pasal politik, macamana kita nak tahu adakah Imam mahdi dah keluar, dajjal dah keluar atau Nabi Isa A.S dah keluar. Kalo kita masih jumud pemikiran mmg tak tau kiri kanan. Baru ko terkejut tengok Dajjal di depan mata kita. Nauzubillahiminzalik. Berdoalah kita agar semua pembaca yg dah tahu ttg dajjal bertambah kuatlah imannya, manakala yg tak tahu apa2 kaji dan belajar dan ingati sambil mengingati kwn2 yg dah lalai dgn dunia. Termasuk hamba juga yg kdg2 sama ja.

    ReplyDelete
  11. Benda mcm ni da bnyk da skrg,, cuba prhatikan kartun2 barat skarang, mmg bnyk dmasukkan unsur2 zion nie. ni btujuan utk mmpengaruhi minda kanak2 d sluruh dunia jadi, cuba elakkan drpd anak2 atau adik2 kita utk mnonton kartun2 barat, biasakan ank2 adik2 kita mnonton kartun2 tempatan sperti boboiboy, upin ipin n bnyk lagi... BTW, marilah kita sma2 bganding bahu slaku umat islam mnentang agenda2 sperti ini...

    ReplyDelete
  12. Benda mcm ni dah bnyk dah zaman skrg, kalau kita cuba prhatikan n kaji kartun2 barat, ada terselit unsur2 zion, dajjal freemason n yg sewaktu dgnnya, oleh itu mari kita cuba elakkan adik2 n ank2 kita drpd menonton kartun2 barat, cuba alihkan prhatian ank2 adik2 kita ke kartun tmpatan sperti upin ipin, boboiboy n bnyk lg... BTW, bg pmilik blog ni, truskan usaha utk mnyedarkan lebih bnyk umat Islam di dunia ni, sbg umat islam mari kita brganding bahu brsama2 mnolak agenda2 sprti ini. Slmt brjaya. Assalamualaikum

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum.....entri yang sgt berguna utk sesiapa yg masih alpa dan leka. Pengikut Dajjal xkn berhenti memesongkan umat Islam supaya apabila Dajjal muncul kelak, semua orang dpt menerima kehadirannya. Kpd sesiapa yg beri komen negatif, eloklah kaji al-Quran dan dalami ilmu agama, untuk kembalikan akal yang telah di brainwash bertahun-tahun lamanya. jgn cepat melatah dan mempersendakan individu yg cuba mendedahkan kebenaran. nmpk sgt kurang ilmu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.