Sekali lagi Lia membuat kontroversi dengan status yang terbarunya di Facebook. Sebelum ini dia pernah post status kontrovesi berhubung dengan pemakaian tudung. Status yang di post itu berbunyi " benci betul aku..sekarang ni sibuk pasal anti-leggings pulak..stupid campaign". Macam biasa la, apa je yang ditulis oleh Lia, mesti dapat banyak komen. Tiba-tiba ada seorang awek yang bernama Mia cuba mengutarakan pandangan terhadap komen Lia itu.
Mia : Yang awak marah ni kenapa..? awak suka pakai legging ke..?
Lia : Legging tu sekadar fesyen je la.orang tu nak pakai apa pun itu adalah hak individu, suka hati dia la nak pakai legging pergi ke mana-mana. Yang duk sibuk buat campaign tu apehal..
Mia : Hak individu je..? habis tu hak Allah awak tak fikir..? tutup aurat tu wajib.
Lia : Perempuan yang pakai legging tu dah tutup aurat la..bukannya diorang pakai mini skirt.
Mia : Legging tu bukan tutup aurat..tu namanya balut aurat. Islam suruh tutup aurat.
Lia : Tak payah la nak berlagak alim..macam awak tu baik sangat..awak ni Tuhan ke..?
Mia : Awak terasa ke..? saya just nak cakap yang pakai legging tu berdosa dan hukumnya haram dalam Islam, sebab ia sangat menampakkan bentuk tubuh badan awak tu, faham..?
Lia : Suka hati la orang nak pakai legging ke tak..tak suka jangan tengok, ok..
Mia : Awak pakai legging ketat melekat macam tak pakai seluar..dedah bentuk paha, betis dan punggung ke sana ke mari..mana ada lelaki yang tak mahu pandang!
Mia : Awak sendiri yang rela menayangkan aurat untuk tayangan umum..lepas tu marahkan lelaki pulak sebab tengok..kalau wanita tak pakai legging takdela kaum lelaki nak tengok..
Lia : Lantak la..tetap suka pakai legging!
Mia : Maknanya..awak tak kisah la lelaki nampak awak bertelanjang ye :)
Lia : Ala, dah pakai baju besar..dah boleh cover.
Mia : Legging tu bukan seluar..tetapi lebih kepada stoking pantyhouse..layak buat seluar dalam je..
Lia. Ah..lantak la aku nak buat apa..malas nak cakap dah.. =.="
Mia : Sekadar renungan kita bersama :)
Entri lain yang harus dibaca :
2 Comments
renungan bersama..
ReplyDeletenice entri.
ReplyDeletememang bagus untuk renungan bersama...
huhuhu
Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.