Cara Orang Jauh Bercinta

Rasa-rasanya lah masa korang bercinta, cara mana yang korang guna untuk berhubung dengan dia?


Yang ne cara orang bercouple dalam tahun 70 an. Biasa la, time ne tak ada kemudahan canggih macam arini. Sorang duk kat selatan sorang duk kat timur. Nak jumpa masing-masing sibuk. Cuti pun tak sekali. Mujur ada abang posmen. Boleh jugak berutus surat cinta tu. Sekali tulis surat sampai 4 helai kertas. Tiap-tiap hari duk tunggu depan pintu bila lah abang posmen nak mari neh. Zaman ne kalau budak sekolah letak surat celah pasu bunga dengan bawah meja je. Siap sembur dengan perfume nak bagi wangi surat tu..hahah


Pastu wujud pulak cara orang yang duk jauh bercouple dengan guna telegraph. Memang style la hantar surat cinta guna telegraph. Treett..treett duk tunggu telegraph tu duk proses. Rasanya time tu orang kaya je kot yang guna benda ne. Lagipun, hantar mesej guna telegraph lebih cepat dari guna surat. Kira dah maju la masa ne.

Sekarang ne ada bermacam-macam jenis tepon. Tak payah tulis surat dah kalau duk jauh. Tekan je nom tepon "Sayang, tengah duk buat apa ne?" Bila dengar suara terasa macam dekat je padahal jauh duduk kat Antartika tu. Biasanya orang couple sekali top up sampai rm 30 terus. Nak jumpa tak boleh kan. Ada tepon ne lama sikit nak cakap. Kalau top up rm 5 baru bagi salam dah abes.
Yang ne rasanya semua pernah buat. Lebih-lebih lagi bila first time berpisah. Tak kiralah berpisah sebab sambung belajar ke or berpisah kerana kerja. Bukan berpisah sebab bercerai tau..hahah. Tepon tu rasanya 24 jam kat tangan duk SMS. Start mesej dari pagi sampai malam baru nak stop. Ada kes sampai bawak masuk bilik air sebab takut nanti lambat reply merajuk pulak orang kat sana. Asalkan korang bahagia buat je lah.

Mula-mula ada tepon dulu guna yang 3310 je. Ok dah tu daripada tak ada langsung. Nak guna tepon public nak call girlfriend/boyfriend susah jugak. Bila dah keluar Samsung Galaxy, cucuk duit terus pergi beli. Tepon 3310 tak layan dah pastu. Apa lagi sakan la ambil gambar. Posing sini posing situ. SMS dah kurang sikit, MMS pulak yang banyak. "Hai sayang, boringlah duk dalam kuliah ne, tak faham apa benda la lecturer ne ajar". Pastu ambil gambar hantar kat pakwe/makwe dia nak bagitahu tengah boring tu..hahah
Kalau hantar gambar je tak puas hati sebab gambar tak gerak. So, belilah laptop, nanti boleh la berwebcam. Yang tak ada skype sanggup download dan install software tu. Nak berwebcam pun tunggu roomate tak ada dulu. Segan katanya. Ada jugak yang sanggup bersekang mata sebab nak tunggu pakwe/makwe dia untuk berwebcam. Maklum lah, belajar kat luar negara, masa tak sama. Janji asalkan dapat tengok dia tersenyum tidor.

Post a Comment

17 Comments

  1. semua tak..kitorang guna telepati batin.kahkahkah.ok tipu.. :P

    ReplyDelete
  2. hahaha sbb izni jauh with him
    ktorg gune pndekatan Text n call *if ade mase*
    tp text tu mesty! hehehe

    ReplyDelete
  3. Pelbagai cara boleh digunakan sekarang bukan. Teknologi memudahkan segala urusan harian

    ReplyDelete
  4. sya pakai asap. cam orang red indian.

    ReplyDelete
  5. sangat bermanfaat om

    salam hangat
    http://satelit-ilmu.blogspot.com/2012/07/update-cheat-goldstonefoodwood-social.html

    ReplyDelete
  6. saya pakai merpati puteh saja. ;b

    ReplyDelete
  7. saya guna semuaaaaaaa..hahaha...msj,fon,wc....tu harussss...jauh kann..huhu...

    ReplyDelete
  8. haha mcam2 kalau dah bercinta :D

    ReplyDelete
  9. cik mai : ajar guna telepati..jimat sikit tak yah top up..hahaha

    ejan : kalo si dia duk jauh, texting la murah sikit kan..anytime je bole :)

    muttallif : betol bro.kalo duk jauh xde alasan nape xleh berhubung.

    dayteen lea : xleh dah.nati time hujan x berasap..hahah

    nobody : merpati susah nak dapat sekarang ne..hahah

    ieana : besala, duk jauh nak jmpa susah.guna je sume yg ada nak berhubung..huhu

    emilya : maklom la orang brcinta tapi duk jauh :D

    ReplyDelete
  10. orang kata,zaman dah berubah , dunia dah maju. cara bercinta pun dah berubah dan bertambah maju :))

    ReplyDelete
  11. nasuha : jauh beza cara bercinta dulu dan sekarang ne..huhu,,maklom la dah maju, cara bercinta pon advanced jugak la.

    ReplyDelete
  12. Anonymous15 July, 2012

    pkai surat best..lg2 kalo posmen terjah depan umah mesti tersengeh2 tuggu surat..haha

    ReplyDelete
  13. msa xde internet dulu,dengar je bunyi motor posmen, terus kuar umah tunggu surat..padahal surat bil air je..hewheww

    ReplyDelete
  14. cara bercinta pun berubah mengikut kemajuan teknologi..apa-apa pun kesannya tetap sama ..

    ReplyDelete
  15. jyeahhh...
    memang hakikat...
    saya pun cm tu..bercinta jrak jauh..
    tp mmg seronok..coz kalau dy uat sesuatu yg bleyh saketkan aty kita...
    kita ta tahu..so still stedy...
    hahaa...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.