Boleh Ke Followers Naikkan Traffic?


Kali ni nak sembang pasal followers pulak la. Followers ni memang tak boleh nak pisahkan dengan geng-geng blogger. Kalau tengok blogger yang femes tu memang banyak giler orang yang jadi followers dia. Kadang-kadang kita yang blogger baru ni tengok pun jeles..hewheww. Percayakah anda lagi banyak followers lagi cepat naik traffic? 
 
Aku rasa semua orang ada persepsi macam ni masa mula-mula jadi blogger. Blog yang paling banyak followers adalah blog yang paling popular dan traffic view yang ramai. So, mula la terkejar-kejar nak cari followers. Promote blog kat sana sini. Entry tak banyak mana pun tulis tapi sibuk duk cari followers. Biasa la tu, belum kenal asam garam dalam dunia blogging ni lagi.
 
Bagi aku, mungkin ada betul. Followers pun sebahagian daripada pembaca jugak. Kalau tanpa diorang, sape yang nak baca entry yang ditulis tu. Kalau entry korang tulis tu bagus dan 'panas' secara tak langsung followers korang tu akan promote kat orang lain. Sebenarnya followers ni memudahkan kita nak tengok balik blog orang lain yang follow kita. Kira macam tukar-tukar link jugak. Tapi ada jugak yang kata followers ni tak banyak fungsi pun selain nak show off kat orang kata blog dia pengikut ramai.
 
Bercakap pasal followers ni, rasanya ramai jugak yang join blog orang tapi tak tinggal pesanan atau jejak kat chatbox/shoutbox tu. Bila kita nak follow diorang balik susah sebab diorang punya tak da link. Kadang-kadang tu ada yang link dengan google+. Kan senang selepas join jadi followers tu tinggal pesanan cakap dah follow blog ni.
 
Buat apa ada ramai followers tapi tak ada pengikut yang setia. Berapa ramai followers yang masuk blog kita dengan sebab nak baca entry yang ditulis? nak komen pun jauh sekali la. Lain la kalau kita ni celebrity, punya muka cantik dan hensem ramai la yang datang. Tapi sekarang ni minda pembaca dah terbuka. Bak kata Ben Ashaari dalam facebooknya "Pembaca blog semakin bijak . Mereka tidak lagi memilih ' blog blog yang sekadar pacak muka' untuk mereka singgah baca".
 
So, kena tanya diri balik korang buat blog sebab nak popular ke apa ? Kalau anda kejar popularity, memang takkan rasa kepuasan menulis. Popular tu hanya sekadar bonus. Jangan terus mengejar angka followers. 
 
Adoiii..aku duk merepek apa ntah tak tau ni..hahah..Macam la aku jujur sangat tak nak followers ramai...hohoh..Sesiapa yang terbaca entry ni jom join blog aku :)
 
 

Post a Comment

7 Comments

  1. boleh2 InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. akak suka blogger yg boleh dibuat kawan. Pasal follower tu, itu cuma semangat untuk menulis. Yang penting, keseronokan berblogging ni bukan pada mengejar populariti atau duit semata2. Hati yang ikhlas dan gembira dengan berblog adalah paling utama. Yang lain2 akan datang kemudian.. :)

    ReplyDelete
  3. buat blog untuk trafik semata2 nak buat ape..x bes lah

    ReplyDelete
  4. Saya ada 691 followers to date tp tak dapat 691 komen pun utk setiap entry...jadi betullah tu hahahaha.....

    sy skrg da x kesh psl followers....layan komen kt blog lg best hehehehhee

    ReplyDelete
  5. kepuasan berblog dan share ilmu...tu je bagi aku heheh
    http://kamianakmelayuterhebatmasakini.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. kepusan dan share ilmu tu bagi aku kot hehe
    http://kamianakmelayuterhebatmasakini.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.