Bila Masa Sesuai Untuk Update Blog?

Aku rasa la memang tak ada masa yang spesifik untuk update blog. Lagipun nak update bog pun bergantung pada jenis blog jugak. Sesetengah orang mempunyai masa yang tersendiri untuk menulis blog. Ada yang suka menulis selepas subuh, ada jugak yang suka menulis pada waktu malam dan tak lupa jugak yang update blog setiap satu jam. Haa? Tak percaya?

Bukan apa, aku penulis blog part time je. Sibuk dengan kerja. Masa yang terluang sebelah malam. Kadang-kadang ada juga sebelah pagi. Bagi aku, aku suka waktu malam untuk update blog. Lebih kurang dalam pukul 10-12 malam. Tambah pula, kalau ada air kopi sebelah laptop ne, macam air terjun datang idea nak menulis. Kadang-kadang tu sampai terlajak ke pagi. Bila check balik dekat post tu, banyak jugak aku tulis entri tapi duk peram sampai lebam dulu..hahah
Bila aku tengok trafik untuk hari ne, rasanya waktu tengahari ramai orang yang datang melawat. Tu pun tak update. So, berdasarkan aku punya trafik, waktu sesuai untuk update blog time tengahari la. Tak tahulah korang punye trafik macam mana.
Apa pun, setiap blogger ada masa-masa tersendiri untuk mengupdate blog. Tak dapat tulis 10 entri sehari 2 entri pun dah cukup untuk elakkan blog daripada bersarang. Itu terpulanglah pada diri blogger masing-masing. Tak kiralah waktu mana pun asalkan trafik blog tu tak mati, biar ada jugak visitor yang datang melawat.

Post a Comment

8 Comments

  1. betul memang perasan..kalo tengah hari..ramai yg tengah online..trafik tinggi..

    ReplyDelete
  2. mungkin sebab bulan puasa ne..tengahari x boleh nak makan..baek update blog..huhu

    ReplyDelete
  3. blog aku plak time malam ramai yg tgk..

    ReplyDelete
  4. Haha....masa sesuai untuk update blog adalah waktu tengah hari dan pada pukul 9-12 malam....selalunya bila saya ping blog entry tu kat FB, dalam beberapa jam selepas tu baru akan ada pengunjung dan pengomen....dalam masa mengunggu kedatangan orang tu, kena rajin blog walking, komen kt blog orang lain juga heheheheh

    ReplyDelete
  5. kalo nak dapat backlink tu kena la rajin-rajin melawat ke blog orang sambil komen sekali..huhu

    ReplyDelete
  6. As salam. Thank you for sharing. Very useful esp for me as a new blogger

    ReplyDelete
  7. Wah, otai2 blogger.. Harap bagi tunjuk ajar pd newbie mcm aku ni, baru belajar2 nk wt blog.. Baru skrg rasa nk komen2 bagai, lpas bace2 komen korang.. Noobnye aku.. Papehal pon, thankz ar sudi share info..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.