Siapa yang tak pernah putus cinta? Angkat tangan ye nak kira. Ada jugak yang tak pernah? Anda memang rugi sebab tak dapat merasai apa yang orang putus cinta rasa..hehehe..Ok, kalau anda nak rasa, selepas baca entri ne, sila mintak putus dengan pasangan anda dan tanya dia apa yang dia akan buat bila putus cinta.
Putus cinta ne dah jadi sebahagian daripada hidup. Orang kata cinta pertama susah nak kekal. Kalau ada pun jarang. Bila berjauhan, mula la cinta tu beralih pada orang lain. Antara lelaki dan perempuan, rasanya perempuan take seriously pasal putus cinta ne. So, bila putus cinta perempuan biasanya akan buat salah satu daripada yang di bawah ne. (hasil daripada aku punye survey)
______________________________
1. Mereka akan mengunci pintu bilik, tutup semua lampu untuk menangis meratap dan meraung sekuat-kuatnya. Alahai, macam tak ada lelaki lain dah kat dunia.
2. Mereka akan koyak gambar, kad birthday, kad hari raya kecuali kad top up dan benda-benda lain yang bila diorang tengok rasa geram, benci dan menyampah.
3. Mereka akan makan banyak-banyak untuk hilangkan kesedihan tu. Sebab tu la, tengok perempuan bila putus cinta badannya akan menjadi chubby.
4. Mereka akan segera tukar sim card lama dengan beli sim card baru.
5. Mereka sanggup campak handphone dekat dinding. Berkecainya handphone tu seperti hancurnya luluh hatinya.
6. Lebih pedih lagi bila terkeluar ayat "ko bengong, bodoh, b*bi" pun keluar sebab marah dan kecewa.
7. SMS kat bekas kekasih guna ayat syahdu "sampai hati awak buat kat saya macam ne".
8. Hantar lagu cinta tangkap leleh yang pernah menjadi lagu bersama kepada bekas kekasih agar menerimanya kembali.
9. Layan lagu jiwang yang sedih-sedih sambil air mata deras mengalir hingga bengkak mata.
10. Pergi kuliah pun dengan muka seposen. Orang tanya sepatah dia cakap sepatah. Orang tengah bersedih. Kalau pergi exam rasanya boleh repeat paper.
11. Beli tiket balik kampung jumpa mak bapak. Alasan balik cakap rindu pada keluarga padahal bawa diri sebenarnya.
12. Ada jugak yang sedihnya tak sampai 10 minit terus gembira balik macam tak ada pe pun. Biasalah, dah pasang bf lain awal-awal lagi. Cuma cari alasan je nak putus.
19 Comments
hahaha. macam boleh diterima. penah ada pengalaman jugakkk :D
ReplyDeletehahah,,standard la tu..lelaki pun rasanye buat benda yg sama jugak.
ReplyDeleteHahahaha....I am the type of boy who is already immune with break ups haha...Been crushed so many times that I don't care anymore huhuhuhu
ReplyDeleteyeah,,gone through so many break up relationship really make us immune..hahah..but dont worry,there being someone special out there for all of us..it's a matter of time until you are getting attached to someone :)
ReplyDeleteHahah , semua itu memang betul .. Tapi , apalah sangat kalau putus cinta .. Tak de mende .. Lain la kalau suami pasang dua .. Itu memang dah jadi kes parah :D
ReplyDeleteputus cinta tu dah jadi perkara biasa..xde jodoh nak buat camne kan..kalo suami pasang dua tu luar biasa sikit..kena hati-hati..huhu
ReplyDeleteklu nk cmpak henset ke dinding, sya x sggp..
ReplyDeletehahaha
kalo henset 3310 boleh je campak..
ReplyDeletekalo BB ngan iPhone fikir bnyk kali jugak..hahah
hahaha.. tu la dia habis manis sepah dibuang
ReplyDeletecampak nset ta pernah agi buat syg tuh bukannye dia boleh ganti handset baru pun, n kalo putus cinte rasenye lagy tk selera nak mkn kot..
ReplyDeletexleh blah yg last skali tuh..haha.. tu mmg xsyg tu.. sbb tu tngu masa nk break ja..
ReplyDeletecaitt...terkena btg hidung ... dari list ni, banyak jugak yg pernah buat dulu...hahaaa kelakar pon ada jugak ;p
ReplyDeleteAku takde pun mcm tu. Hahah..
ReplyDeleteaku wat muke takde pape.
cuma makan malas sebab dah takde org bising kalau x makan.
Huh! Aman hidup tak kena bebel oleh pakwe bajet caring gila siap hantar makanan.
aku x tau la..x penah ade pengalaman..tp aku rase mb aku akan wat :-
ReplyDelete- maen video game mcm dragon ball, counter strike etc pastu tumbuk, tembak musuh sekuat hati n imagine musuh tu adalh ex bf...ha3..
selubung dalam selimut macam orang gile sambil bace balik msj-msj lame.saikooo sgt hehe.bace post ni teringat lak memori2 lame yang tak bape nak semenggah
ReplyDeleteSaya layan smule je skrg..half immune dah kot.. :D it's matter of time..tapi berat turun banyak xtau nape..hehe
ReplyDeleteSy layan smule..bagus gk ade apps ni..smbil nyanyi leh gelak2 dgr sore sndiri..
ReplyDeleteIt's matter of time..kan..chill.. :D
Saya layan smule je skrg..half immune dah kot.. :D it's matter of time..tapi berat turun banyak xtau nape..hehe
ReplyDeletehmmmmmmm..............perempuan biasalah tuu..... merajuk jer....
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.