sekolah di pedalaman
Di pedalaman, setiap sekolah mempunyai masaalah yang lebih kurang sama. Ada sekolah yang tak ada makmal komputer dan ada sekolah yang tak ada padang permainan. Ada juga sekolah yang tak ada kantin ( murid makan free sebab dapat RMT ). Oleh sebab tu, cikgu terpaksa la balik ke rumah pada waktu rehat untuk memasak makanan mereka sendiri.
Ada juga sekolah yang tak cukup kuarters guru dan guru terpaksa bersesak-sesak dalam satu rumah . Kalau tinggal di kawasan seperti kaum melanau di Sarawak ‘ok’ lah kerana mereka tinggal di rumah seperti orang melayu dan kadang kadang ada rumah yang boleh di sewakan.Tapi kalau mengajar di kawasan kaum Iban? .Memang susah..lagipun rumah panjang dengan sekolah jauh sangat.
tong air yang digunakan untuk menadah air hujan
Selain itu,masalaah paling utama kebanyakan sekolah di pedalaman ialah tak ada kemudahan air bersih. Terpaksalah menadah air hujan untuk kegunaan harian. Pilihan lain ialah mandi di sungai je lah. Elektrik pulak ,ada sekolah menggunakan generator dan ada sekolah yang mendapat perkhidmatan eletrik syarikat SESCO. SESCO ni macam TNB lah kalau kat semenanjung. Tapi ada tempat tertentu selalu ‘black out’ gara gara kelemahan SESCO ni.
antena handphone rekacipta org kampung untuk menarik line..
Line telefon memang susah nak dapat di kawasan pedalaman. Ada sekolah yang gurunya terpaksa naik ke atas bukit untuk menelefon . Kalau bernasib baik ada tempat atau sekolah yang dapat, tapi kena letak handphone kat dinding.Ada juga sekolah tertentu line telefon menggunakan antena yang di reka sendiri oleh penduduk tempatan.
tiang antena handphone
Untuk perkhidmatan internet tak ada masaalah kerana sekarang ni setiap sekolah ada perkhidmatan ‘School Net’ kecuali ‘school netnya rosak dan tak dibaiki. Masaalah dalam aspek mengajar pula macam macam. Ada murid yang tak ada buku tulis kerana tempat tinggal mereka tak ada kedai runcit. Nak keluar ke bandar amat jauh dan memakan masa yang lama dan modal yang banyak. Nak marah pun kadang kadang tak sampai hati. Nak meminta murid membawa barang untuk tujuan pembelajaran memang lah susah.Contohnya nak meminta mereka membawa akuarium mini untuk kemahiran hidup memang susah kerana jarak ke bandar bukannya dekat. Memakan masa berjam-jam sehingga ada yang memakan masa 8 jam untuk ke bandar.
pengangkutan utama di kawasan pedalaman ke bandar
Jadi kalau anda di tempatkan ke pedalaman cuba-cuba la tanya dengan kawan-kawan yang mengajar di sana. Kalau kalau ada tips yang boleh di gunakan. Saya menulis berdasarkan pengalaman di Sarawak dan juga dari cerita kawan-kawan. Kalau pedalaman Sabah saya tidak tahu bagaimana.Tapi rasanya tak jauh berbeza dengan di Sarawak.
sumber : http://duniacikgu.wordpress.com
sumber : http://duniacikgu.wordpress.com
7 Comments
Saya harap kalau takdir menentukan diri ini menjadi guru. Tidak mahu lah ke pendalaman nun. PErit jugak lagu nih. Haha.
ReplyDeletecabaran tu memang perit..hidup dalam serba kekurangan..hahah.kalo boleh sya pon xnak pegi pedalaman.
ReplyDeletePengalaman yang luar biasa asal jgn bahaya akan mempercepatkan proses kematangan minda keran semua itu perlu dilakukan menggunakan fikiran dan tidak seperti di bandar semua ada..Itu juga satu pengalaman yang akan dikenang sepanjang hidup. kalau setakat 1 dua 2 pun takpe ..janji cuba dulu baru tahu..aloosss
ReplyDeleteSy pernh mengajar di sekolah pedalaman.. Apabila sy berpindh ke sekolh lain dlm kwsn luar bndr...sy rs rindu untuk kmbali ke sn.. Klu bkn kerana tngjwb thdap rumh tngga dn kluarga...mungkin sy msih lg di sana.. Wlupn kurang dr segala segi...ilmu...kemudahan...tp mrka sgt kaya dgn pkerti serta budi bhasa..itu yg sy x blh lupe shngga kini.
ReplyDeleteSpecial thanks to guru2 di pendalaman.Specially,bekas guru2 di sekolah lama saya.(sk).Walaupun banyak kelemahan dari pelbagai prasana...namun ia tidak menganggu pljar dlm menimba ilmu.Malah,ia membakar semangat supya trus brusaha.Sesi 2013/2014,Saya ke bumi kenyalang utk mljutkn pljrn(UNIMAS).Smpai skrng saya masih berhutang Budi dgn guru2 yg mgjr di pendalaman.gmbr prtma tu adlh sklah lama saya.Again,thank you Teacher...
ReplyDeletespecial thanks to guru2 pdlmn...jasamu dikenang
ReplyDeletespecial thanks to guru2 pdlmn trtmnya mrka yg prnh mgjr di skolah pdlm(gmbr prtma)
ReplyDeleteWalaupun bnyk kelemahan dr aspek prasarana,yg pnnting ilmu yg cikgu curahkan sudah lebih dari cukup.Jasamu MURNIMU dikenang
Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.