Aku yakin ramai yang bercinta tetapi ramai yang tak tahu tentang etika cinta. Ya! bercinta pun kena ada etika jugak. Etika cinta yang paling utama ialah jangan mencintai orang yang tak boleh dicintai.
TAK BOLEH menurut moral dan haram menurut syarak. Golongan mana yang tidak boleh dicintai ne? Secara mudahnya, lelaki haram mencintai wanita yang masih menjadi tunang orang atau wanita yang menjadi isteri orang atau wanita yang masih dalam tempoh idah.Dan hukumnya adalah sama bagi perempuan jugak iaitu haram.
Hukum haram bercinta dengan perempuan yang menjadi tunang orang ne berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya atau jika tunang sebelumnya itu mengizinkan". Hadis Riwayat Bukhari.
Sekarang ne kalau kita tengok banyak kes cinta si isteri pudar dan makin hilang disebabkan sikap suami yang gagal menjalankan tanggungjawab. Walau bagaimanapun alasan, wanita haram menyimpan perasaan kepada lelaki selain suaminya. Bukan saja haram dari segi hukum, malah boleh dikenakan hukuman syariah.
Kepada yang bercinta dengan tunang orang atau masih lagi tercari-cari, pilihlah yang masih belum berpunya lagi. Kenapalah yang tu jugak yang dia nak! Bunga dengan kumbang banyak kot. Carilah bunga yang belum disunting dan tak dihinggapi oleh kumbang lagi. Bohonglah kalau ada yang mendabik dada berkata "Aku tak perlukan cinta!" Ingat ya, cinta bukan sekadar luahan perasaan kasih dan sayang, tetapi juga belaian dan perhatian.
Hubungan yang bermula dengan sesuatu yang dilarang dan dilaknat oleh Allah sukar untuk bahagia. Apapun, cintailah orang yang berhak dicintai :)
2 Comments
bunga mmg bukan sekuntum p bunga yg dicari ni bunga yang ada 1 je dlm dunia ni...
ReplyDeletebunga mmg bukan sekuntum p bunga yg dicari ni bunga yang ada 1 je dlm dunia ni...
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.