Cara Nak Besarkan Bahu

Bagaimana membesarkan otot bahu? Apakah tip-tip membesarkannya? Bolehkah jadi seperti Markus Ruhl?


1. Shoulder Press Berdiri

Tambahkan shoulder press berdiri, samada menggunakan dumbbell atau barbell. Kenapa berdiri? Berdiri akan aktifkan otot-otot pengimbang (stabilizer) berbanding duduk yang mengikat kebanyakan otot dan berkerja pada bahagian atas sahaja. Beban tertumpu pada pinggang apabila duduk jika dibandingkan dengan berdiri. Anda ingin badan berbentuk X, lakukan senaman ini sambil berdiri tapi pastikan menggunakan cara yang betul. 


2. Shoulder Press Tanpa Sokongan

Bagaimana shoulder press yang anda lakukan? Tahukah anda, shoulder press dengan menggunakan kerusi bersandar lagi bahaya daripada kerusi rata? Jika melakukan shoulder press yang bersudut tegak, elakkan kerusi yang bersandar. Kerusi bersandar akan memberi satu corak rekruit pada sekumpulan otot di belakang.


3. Push-up

Ada di antara anda yang tidak boleh berhenti berlatih. Apa kata jika ada masa terluang, lakukan push-up. Push-up secara tidak langsung akan menyasarkan otot bahu. Cuba tinggikan kaki, mungkin letakkan kaki anda di atas kerusi atau tempat lebih tinggi. Terdapat beberapa push-up yang boleh anda buat. Antaranya ialah Classic Push-Up, Wide Grip Push-Up, Shoulder Drop Push-Up, Deep Push-Up, Bouncing Push-Up, Semi-Planche Push Up, Planche Push-Up (juga dikenali sebagai ultimate push-up) dan One Arm Push-Up. 


4. Berenang

Pernah tengok seorang perenang? Bagaimana bahunya? Berenang banyak menggunakan otot bahu, jadi apabila seorang berenang, mahu tidak mahu, badannya akan cuba adaptasikan badan dengan aktiviti itu iaitu, bahu yang besar. Berenang bukan sahaja baik untuk membina otot tetapi juga satu senaman kardiovaskular yang baik.


sumber : zakikhan.net

Post a Comment

0 Comments