Kalau tiba-tiba anda berdepan dengan situasi ini, apa yang anda akan buat? Adakah anda akan buat seperti gadis dalam gambar ni? Atau fikir dulu sebab takut baju basah dan harap kat orang lain suruh tolong?
Kalau dalam bas pun ada antara kita yang sanggup buat-buat tidur daripada nak bagi seat kat org yang lebih memerlukan. Memang tak ada perasaan macam gadis ni.
Kalau nampak orang buta duk tepi jalan nak melintas pun ada antara kita boleh buat-buat tak nampak, kononnya pandang tempat lain. Memang tak ada perasaan macam gadis ni.
Kalau nampak budak kecik yang duk belakang bapak dia (naik motor) tersengguk-sengguk nak tidur sampai dah senget badan time jalan jem, ada antara kita lebih rela kutuk kata apa punya bapak bawak anak naik motor daripada nak bagi tau bapak dia anak dia nak tertidor kat belakang. Memang tak ada perasaan macam gadis ni.
Untuk renungan kita bersama. Tepuk dada tanya iman.
2 Comments
mulianya hati dia..
ReplyDeleteBagusnya dia ...
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.