Teknik Pelunturan Untuk Kulit Lebih Putih

 
Namun mungkin masih ada yang kurang mengetahui tentang teknik ini. Pelunturan kulit merupakan teknik menghilang atau mengurangkan pigmen berwarna gelap yang dikeluarkan oleh sel melanosit sehingga menghasilkan kulit yang lebih putih dan cerah.Pelunturan kulit mampu bertahan selama dua hingga tiga bulan. Teknik ini dikatakan tidak berbahaya terutama jika ia dilakukan dengan betul. Walau bagaimanapun anda haruslah mengetahui jenis kulit anda supaya tidak terjadinya alergi setelah melakukan pelunturan atau mengakibatkan gatal-gatal pada kulit. Gatal-gatal yang terjadi setelah proses pengelupasan boleh disebabkan oleh dua perkara iaitu kulit sensitif dan faktor jangkitan ringan yang bersifat sementara.

Biasanya gatal-gatal sementara itu ialah proses keserasian yang terjadi antara kulit dan krim pelunturan. Setelah itu, gatal-gatal akan hilang dengan sendirinya. Hasilnya sudah dapat dipastikan, kulit menjadi lebih putih dan tampak bercahaya. Bukan hanya kulit saja, namun rambut pada daerah di sekitar tubuh yang dilunturkan itu juga akan berubah warnanya menjadi lebih cerah dan menyerupai warna kulit. 
 
 
Teknik ini berkesan dalam waktu yang pantas.Bahagian seperti tangan atau kaki hanya memerlukan waktu kurang daripada setengah jam. Tetapi untuk keseluruhan badan, anda memerlukan waktu kira-kira satu jam setengah, bergantung pada jenis dan warna kulit anda. Meskipun tidak berbahaya, pelunturan pada dasarnya akan mengubah warna pigmen melanin kulit.

Penggunaan untuk jangka panjang dan kurang hati-hati dalam proses penggunaannya boleh menyebabkan terjadinya kanser kulit. Oleh sebab itu,jika anda tidak mahir atau tidak biasa melakukannya, sebaik-baiknya dapatkanlah bantuan daripada pakar dan jangan sesekali mengaplikasikannya sendiri.

Post a Comment

0 Comments