Anda tentu pernah melihat pasangan yang isterinya lebih tinggi dari suami. Apa yang terlintas di hati anda ketika itu? Tak padan dan tak sesuai dengannya kan? Bagi wanita, seseorang lelaki itu perlu tinggi,barulah dilihat sasa dan segak.
Bagaimana pula dengan lelaki yang rendah? Mereka sering malu dan rendah diri apatah lagi jika mahu mendekati wanita yang lebih tinggi daripada mereka. Jadi apa yang perlu dilakukan bila berdepan dengan masalah ini. Mungkin perkara berikut boleh dijadikan panduan.
1. Berpakaian sesuai dengan tubuh
Pertama sekali, elakkan daripada memakai pakaian terang dan longgar. Begitu juga dengan pakaian kecil dan ketat. Jangan sesekali mengambil pakaian tanpa menelitinya terlebih dahulu. Sikap begini menjadikan hidup anda merana kerana terlepas peluang untuk memikat gadis idaman.
2. Jangan malas ke gym
Lelaki rendah selalunya tidak mahu kelihatan gemuk. Ia nampak sangat buruk jika menjadi lelaki rendah dan gemuk pada satu masa. Jadi, kena rajin bersenam berbanding lelaki yang tinggi. Anda perlu faham bahawa tubuh pendek tetapi berotot adalah lebih menarik perhatian wanita berbanding tubuh tinggi tetapi berat badan berlebihan.
3. Bijak bergaya
Jangan jadikan isu ketinggian untuk anda tidak bergaya. Beranikan diri bergaya jika anda berasakan ianya sesuai. Lelaki tinggi, sila ambil perhatian. Hanya kerana anda tinggi tidak bermakna anda boleh memakai apa saja fesyen. Wanita bukanlah mencari lelaki tinggi semata-mata. Namun lelaki yang bijak mengenakan pakaian yang sesuai itulah yang mampu menarik hati wanita.
4.Pupuk keyakinan diri
Ramai lelaki yang tinggi beranggapan mereka mudah memikat hati wanita. Namun, sedarkah anda yang ramai wanita kini bersama dengan lelaki yang rendah? Mengapa? Sebabnya mereka lebih bijak memikat hati wanita berbanding lelaki yang tinggi. Kepada lelaki tinggi, faktor ketinggian sememangnya bonus kepada anda. Namun wanita bukan melihat kepada faktor tersebut semata-mata. Ramai lelaki tinggi terpedaya dengan ketinggian mereka dan menyangka hanya dengan memetik jari wanita mudah tergoda. Wanita kini mencari lelaki yang lebih dekat dengan jiwa mereka supaya kehidupan mereka lebih bahagia.
1 Comments
entri tak berapa nak best sebab tips yg dikongsi terlalu umum dan tak spesifik.
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.