Nak Kurus Sila Makan Ikan

 
Korang tak suka makan ikan? Jangan begitu kerana ikan punya banyak khasiat. Jika korang tidak suka dengan satu jenis masakan ikan, cuba variasikan resipinya. Kalau hari ini korang masak ikan berkuahkan asam, esok pangganglah pula ikan. Jangan buat menu yang sama setiap hari. Ikan seperti tuna dan salmon kaya dengan Omega 3. Ia bukan sahaja baik untuk kesihatan jantung tetapi mampu menurunkan paras kolesterol.
 
Lemak yang terkandung dalam ikan tu sebenarnye membantu korang untuk berasa kenyang dalam jangka masa yang lama. So, tak adalah kejap-kejap pergi dapur selongkar periuk nak cari nasi. So, kalau nak kuruskan badan cari je ikan, tak kisahlah ikan apa, tapi kalau dapat ikan salmon menjilat jari. Ikan salmon masak sweet sour, ikan salmon berempah, ikan salmon panggang dengan sos putih, ikan salmon masak madu, melecur air liur dengar :)
 
 

Post a Comment

0 Comments