Makanan Untuk Kulit Jadi Putih

 
Dalam menjaga kelembutan, kehalusan dan kecerahan kulit, makanan di dapur sama pentingnya dengan krim perawatan kulit yang anda gunakan. Menurut dermatologi dari Miami Leslie Baumann, MD, yang diambil dari prevention.com, nutrisi yang baik merupakan asas untuk kesihatan kulit. Oleh itu, semestinya anda perlu tahu apa makanan sihat untuk kulit, bukan? Berikut adalah makanan yang boleh membantu anda mendapatkan kulit sihat dan mulus seperti yang diimpikan.

 1. Salad
Enam helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian anda. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.
 
 
2. Tomato
Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur. 
 
 
3. Strawberi
 Secawan strawberi menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah cenderung untuk memiliki kulit kering dan berkerut.
 
 
4. Epal
Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit. 
 
 
5. Soya
 
Sebuah kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30-an dan 40-an. Oleh itu, anda digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe. 
 
 
6. Telur
Lutein dan zeaxanthin, dua zat yang terkandung dalam telur, berfungsi mencegah kerosakan kulit akibat sinar UV. Selain itu, makanan ini juga boleh membuatkan kulit lebih lembut, tegang dan lembap.
 

Post a Comment

3 Comments

  1. kalo owg putih tu xmkn ape pon boleh jdi putih...cmne tu?hahaha

    ReplyDelete
  2. hahah,,negara diorang cuaca lain.disebabkan terlalu putih diorang sanggup berjemur nak bg gelap.kita kalo buat camtu nmpk gigi je la.

    ReplyDelete
  3. Saya memang suka sangat makan semua makanan tu..patutla kulit putih genu..:-)

    http://sayangvitamin.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.