Mampu atau tidak kamu menerima dirinya seadanya dia? Adakah kamu seorang yang kejam? Atau profesional dalam mengendalikan masalah antara kamu dan si dia? Saat kamu mendengar luahan rasa si dia mengenai kisah lalunya, adakah kamu masih boleh menerima dirinya? Atau berpura-pura tidak kisah akan hal ini? Bagaimana untuk kamu menghadapinya? Sedang kan di hati kamu sudah terukir namanya dan mana mungkin ia boleh dibuang begitu sahaja.
Nak tak nak kamu terpaksa juga melalui saat getir ini. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa remuknya hati kamu tika itu. Mana mungkin si dia yang kamu kenali itu mempunyai sejarah silam yang sangat tragis. Betullah kata orang tua-tua, jangan dinilai seseorang itu dari luarannya sebaliknya nilai seseorang itu dari dalamannya. Kerana dalaman yang cantik akan terpancar melalui raut wajahnya. Jika tersilap langkah, bahananya pasti akan terpalit jua.
Kenapa? Mengapa begitu? Bagaimana boleh terjadi? Huh, penat jugalah si dia nak menjawabnya. Kamu pun janganlah melampau sangat. Kalau iya pun kamu nak menyoalnya, biarlah berpatutan. Ini tidak, soalan kamu bertubi-tubi macam peluru M16, sampaikan nak bernafas pun tak sempat. Oh tidak! Jangan lakukan seperti ini. Walaupun kamu agak terperanjat tentang kisah silamnya, tolonglah profesional. Mungkin kamu boleh tenangkan hati terlebih dahulu. Biarlah dia meluahkan segalagalanya kepada kamu sehinggalah cerita itu menemui penghujungnya. Saat itu barulah kamu bersuara dan bertanyakan kepadanya apa yang patut.
2.Memberi Kekuatan
Setiap manusia itu tidak dilahirkan sempurna, sesetengahnya pernah terlibat dengan pelbagai masalah sosial sehingga membawa kepada unsur jenayah. Mungkin si dia salah seorang daripadanya, namun pernah tak kamu cuba untuk menyelami isi hatinya? Pasti tidak pernah, kan? Oleh itu sebagai kekasih, kamu bertindaklah sebagai seorang kaunselor. Kamu berilah kekuatan kepadanya agar si dia boleh bangun semula dan memulakan kehidupan barunya bersama kamu tanpa memikiran sejarah silamnya. Anggaplah kisah silam itu sebagai kenangan lepas yang terjadi bukan atas kehendaknya.
3.Berhijrah Ke Arah Kebaikan
Sebesar mana pun kesilapan yang pernah si dia lakukan, kamu perlu menerimanya dengan hati terbuka. Mungkin sebelum ini si dia seorang kaki perempuan dan memasang awek hingga keliling pinggang, namun sejak mengenali kamu si dia berubah sama sekali. Kejujurannya memberitahu kamu tentang kisah silamnya patut kamu hargai. Bukan mudah bagi seorang lelaki membuka pekung di dadanya, sebenarnya ia agak sukar. Mungkin si dia tidak mahu kamu kecewa dan mendengarnya melalui orang lain, menyebabkan si dia mengambil tindakan terlebih dahulu. Keberaniannya berterus terang menunjukkan si dia betul-betul mencintai kamu. Jadi jangan sia-siakan!

0 Comments
Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.