Aku pun tak tahu kenapa perempuan terasa dirinya gemuk walaupun pada hakikatnya badan tu dah kurus. Kalau korang pergi search kat goggle, banyak blogger yang buat entri cerita pasal diorang nak kurus. Tapi bila tengok gambar, mak aihh tak gemuk pun, kurus je. Tak tahulah samada diorang tengok dekat cermin nampak gemuk atau pengaruh artis-artis korea ne. Sampai ada yang sanggup tak nak makan nasi disebabkan nak bagi kurus yang dah kurus. Terbalik dunia sekarang ne. Kalau aku ada gf, tak payah la bersusah payah nak kurus kalau badan dah kurus. Lain la kalau cerita pipi montel pastu nak kuruskan.
Mungkin perempuan ne sensitif dengan ayat GEMUK. Yalah, hati diorang ne lembut dan mudah terasa kalau dipanggil dengan ayat macam tu. Tapi kalau nak diet pun kena beringat. Nanti tak pasal-pasal kena penyakit aneroxia dan bulimia.
Korang kena hati-hati, kerana kalau diet yang tak perlu dibuat akan jadi berbahaya. Pelakon filem “Ally Mc Beal”, Callista Flockshart, melakukan diet yang ‘melampau’ sehingga akhirnya menderita penyakit anoreksia. Lady Diana yang langsing itu juga ternyata mengalami masalah makan. Beliau dikatakan sering sahaja memuntahkan makanannya sebaik habis menyantap berbagai macam hidangan.
Penderita anoreksia sedar bahawa mereka berasa lapar, namun takut untuk makan kerana takut bertambahnya berat badan. Mereka terus menerus melakukan diet bermati-matian untuk mendapatkan tubuh yang kurus. Pada akhirnya keadaan ini boleh menimbulkan kesan yang berbahaya, iaitu kematian si penderita. Bayangkan saja, kalau mereka terus menerus menahan diri untuk tidak makan, dari mana mereka akan mendapatkan tenaga untuk hidup.
Penderita bulimia cenderung mengambil makanan yang mereka sukai. Mereka makan berlebihan untuk memuaskan keinginan mereka, namun kemudiannya mereka memuntahkannya kembali hingga tidak ada makanan yang tersisa. Dengan demikian mereka terhindar menjadi gemuk, tetap menjadi kurus tanpa perlu menahan keinginan mereka untuk makan.
So, kalau anda rasa anda betul-betul gemuk, teruskan diet. Tapi kalau sebaliknya, berhentilah menyeksakan badan anda.
5 Comments
takut jd camtu
ReplyDeletehahah,,nak diet pun kena hati-hati gak
ReplyDeletermai je yang dah kurus nak lagi kurus..mrana tak kisah janji cantik..slalu sgt mcm tu --'
ReplyDeleteehh rajin dtg la sini ..bleh kongsi pendapat n tkar info :)
mamam mamam mamam..jgn tak mamam.
ReplyDeleteeiii.takutnye klu jadi cm tu.
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.