Gangguan Seksual Di Sekolah : Salah Siapa?

Sekarang ne kerja cikgu bukan setakat mengajar je dekat sekolah tapi pada masa yang sama juga terpaksa atasi masalah gangguan seksual yang semakin berlaku kat sekolah. Mangsanya boleh jadi dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah atau remaja sekolah menengah. Aku mengajar kat sekolah menengah, kadang-kadang masa kita mengajar pun gangguan seksual terhadap pelajar perempuan berani diorang buat. Budak-budak zaman sekarang tak sama macam dulu lagi. Berat mata orang memandang berat lagi tanggungjawab cikgu nak atasi masalah ne.

Contoh jenis-jenis gangguan seksual pelajar di sekolah:

* Menulis, mempamer atau mengedar bahan bukan pengajaran yang berbentuk lucah.

* Bercerita atau membuat lawak jenaka berbau lucah.

* Membuat perlakuan atau isyarat lucah

* Mengejek atau menggelar pelajar dengan panggilan lucah.

* Memaksa atau mempengaruhi pelajar membuat perlakuan seksual.

* Menawar ganjaran tertentu atau upah atas perlakuan seksual.

* Melakukan sentuhan yang berunsur seksual.

* Memegang kemaluan sendiri di hadapan pelajar.

* Menyebar khabar angin berunsur seksual.


Kajian menunjukkan majoriti pemangsa terdiri daripada rakan-rakan pelajar itu sendiri yang sama-sama belajar di sekolah. Jenis gangguan yang paling popular adalah 'ejekan seksual' ke atas pelajar perempuan. Gangguan kepada pelajar lelaki pula berlaku di asrama dan biasanya bercorak perlakuan homoseksual atau onani. 

Kesan gangguan seksual terhadap pelajar 

Gangguan seksual menyebabkan trauma psikologi kepada pelajar. Perasaan malu dan takut menyebabkan kebanyakan mereka memilih untuk mendiamkan diri. Di sekolah pula mangsa kelihatan cemas dan takut. Mereka selalu kelihatan termenung semasa sesi pembelajaran dan akibatnya prestasi akademik menurun secara mendadak. Kadang-kadang mereka mengadu sakit kepala atau perut. Ada juga yang mengalami histeria. Ini berlaku di bawah sedar apabila mereka tidak mampu meluahkan masalah secara terbuka. 


Ibu bapa jangan cepat melenting apabila mendapat tahu anak mereka adalah pemangsa atau mangsa kepada gangguan seksual ne. Kadang-kadang apabila dilaporkan perkara ini, cikgu yang kena marah dengan alasan anak mereka berperangai baik. Sepatutnya ibu bapa turut sama mengatasi masalah ini. Ya, memang tugas cikgu mengajar dan mendidik pelajar mana yang baik dan buruk tapi tanggungjawab tu terbatas dalam lingkungan sekolah sahaja. Selebihnya, ibu bapa yang perlu bertanggungjawab.Tambahan pula, bilangan pelajar di sekolah melebihi bilangan cikgu. Lebih bagus kalau ibu bapa dan para guru sama-sama duduk semeja, berbincang untuk mengatasi masalah seperti ne.

Post a Comment

3 Comments

  1. gilaaa punya budak2 mencarut pulak tp pkai tudung..memalukan!

    ReplyDelete
  2. Harap tiada iagi kejadian seperti ini

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.

Terima kasih.