Sudah cuba pelbagai cara untuk kurus tetapi tidak berhasil? Sudah
puas bersenam, berpuasa, mengurangkan kalori malah menggunakan teknik
laser dan sedut lemak, tetapi hasilnya tidak seperti diharapkan? Jika segala usaha terbabit tidak memberikan sebarang hasil, maknanya anda berhadapan dengan situasi obesiti degil.
Apabila seseorang dilanda obesiti degil, dia selalunya mengalami
sindrom montel yang menyebabkan wajah seseorang itu berubah menjadi
montel. Wajah yang comel akan menjadi bulat dan kembang. Dada yang bidang
juga turut kembang dan hilang bentuk. Malah sesetengahnya mengalami pembesaran buah dada tidak terkawal. Buah dada
membesar dan melendut tanpa kolagen menyebabkan ia hilang rupa bentuk
asal.
Sindrom montel juga menjadikan pinggang seseorang membesar dan ukur
lilit belakang meningkat. Kalau diamati bentuk tubuh seseorang tampak
seperti lelaki apabila terkena sindrom montel. Seseorang yang menghidap sindrom montel sering merasakan dirinya
tertekan kerana wajah jadi tidak cantik akibat pengumpulan lemak
sekeliling muka dan dagu berlapis. Mereka menyangka perubahan wajah itu boleh di atasi dengan penggunaan mekap yang tebal atau kosmetik yang mahal.
Sebab itu golongan ini sering menjadi mangsa keadaan kerana
terpengaruh untuk membeli pelbagai barangan kosmetik demi mengubah
penampilan supaya kembali cantik. Apabila ditanya mengapa mereka menitikberatkan kulit muka tetapi
membiarkan tubuh kekal gempal, jawapan yang diberikan ialah kecewa
kerana segala usaha dan kerja keras untuk menguruskan badan tidak
berhasil. Pada mereka itu adalah satu takdir yang menyedihkan.
TANDA-TANDA SINDROM MONTEL/OBESITI
- Seseorang yang obes merasa letih lesu dan kurang bermaya. Dia juga mudah marah, gelisah dan berasa rendah diri. Mood mereka kerap berubah-rubah.
- Mereka ini turut mengalami masalah perubahan pada nada dan kotak suara. Jika dahulu suara mereka halus dan merdu kini nada suara menjadi
rendah.
- Sindrom montel menyebabkan hormon wanita menjadi rendah. Mereka yang menderita sindrom ini juga juga kerap kencing. Setiap kali selepas makan mereka akan ke tandas manakala usus menjadi lemah dan pembuangan najis tidak lancar.
- Mereka juga sering mengadu bau badan yang kuat akibat dari hadirnya hormon testosterone yang berlebihan.
- Pergerakan dan daya pemikiran penderita sindrom montel adalah
perlahan. Ini menjadikan setiap pekerjaan yang dilakukan menjadi lambat.
- Mereka juga tidak tahan dengan bunyi bising dan sering mahu menyendiri.
- Masalah gatal gatal kulit juga sering terjadi terutama pada waktu
malam bagi pengidap sindrom ini. Kulit menjadi kasar dan mata mengecil.
Kerap kali mereka kehilangan bulu mata dan kening di mana kening menjadi
nipis.
RAWATAN OBESITI
Rawatan obesiti bukan semata-mata mengurangkan makan dan bersenam.
Apabila sudah obes, sel-sel lemak mengeluarkan banyak estrogen yang
merosakkan hormon dalam tubuh membawa kepada sindrom montel. Ia
memerlukan rawatan khusus. Salah satunya ialah melalui enzim terapi estetik. Ia merupakan
rawatan terbaik kerana mengambil kira semua aspek yang menyumbang kepada
sindrom tersebut.
4 Comments
alamak.. takutnye.... huwaaaa
ReplyDeletehaa,,kena ingat.montel pon leh tukar jadi penyakit.
ReplyDeletecomel xpe jangan montel.. http://taufikmaria.blogspot.com
ReplyDeletekalau tetiba rasa mengantuk tak tentu masa tu tanda obesiti jugak ke
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.