Selalu workout dekat gym adalah senaman yang bagus. Tapi kalau cara workout tu salah boleh mendatangkan kecederaan kepada diri sendiri. Terdapat beberapa cara mudah mencederakan diri anda di dalam gym. Bagaimana?
1. Berlatih dengan Bebanan Melampau
Tentu seronok rasanya mengangkat beban yang melampau. Boleh berlagak dengan kawan-kawan. Boleh rasa bangga bila mengangkat bebanan depan awek cun, siap boleh bersiul. Tak mampu angkat tapi masih tak sedar diri.
2. Melakukan Senaman dengan Cara yang Tidak Betul
Kata pepatah mengatakan, malu bertanya sesat jalan. Dalam gym, malu bertanya, atau ego untuk membetulkan kesalahan, masuk hospital.
3. Menggunakan Peralatan yang Tidak Betul
Bila di gym, tengok peralatan di mana talinya sudah hendak putus pun kata, ‘takpe, boleh tahan lagi itu’. Bersenam pula dengan kasut yang tidak sesuai atau lebih baik, berkaki ayam. Sampai sekarang saya pelik, bagaimana di Malaysia, ada gym yang membenarkan pelanggan mereka tidak memakai kasut.
4. Tidak Meregangkan Badan
Ramai rasanya yang tidak suka meregangkan badan sehingga mencecah satu tahap di mana berlaku tarikan di mana-mana bahagian badan. Bila berlaku tarikan pun, masih tersenyum dan kata, ‘takpe, boleh urut nanti’.
5. Tidak Makan Cara Betul atau Cukup
Berlatih bagai nak rak, tetapi makan macam orang sakit. Kekurangan nutrisi boleh menyebabkan cedera atau mungkin sakit. Bila ditanya pasal makanan, ada sahaja jawabnya, ‘dah makan mcd tadi’.
6. Tidak Cukup Rehat
Setiap hari berlatih, berlatih dan berlatih. Entah bila masa dia berehat. Sehari gym tutup, boleh maki pengusaha gym. Tak senang duduk dibuatnya bila tidak ke gym.
7. Bergurau di Dalam Gym
Ada masanya mungkin boleh bergurau, tetapi kebanyakan masanya lebih baik jangan bergurau di dalam gym.

8. Mengabaikan Otot-otot Tertentu
Ini biasa. Siapa lelaki yang buat senaman kaki? Boleh kata terlalu kurang. Setiap kali ke gym, latih dada dan bisep. Begitu juga perempuan, setiap kali bersenam, joging 5 jam, sit-up 10 ribu kali.
9. Tidak Fokus
Ketika berlatih, masih main sms dengan awek. ‘Hi, awak buat apa itu sayang?’. Di atas treadmill pun boleh bergayut bercerita pasal perniagaan. Masa itu emas katanya.
10. Mengabaikan Kecederaan Lama

Kekadang, manusia ini terus lupa yang dirinya pernah cedera di bahagian-bahagian tertentu. Bila terjadi kecederaan, baru perasan. ‘Eh, aku pernah kena slip disc la dulu ketika terjatuh di tandas'.
sumber : zakikhan.net
Entri ne tiada kaitan pun dengan neelofa,,hahah
1 Comments
memang cedera kalau tengah angkat berat tapi mata duk pandang pompuan secantik neelofa :)
ReplyDeleteTerima kasih kerana tinggal komen di artikel ini. Komen yang mengandungi iklan,spam dan provokasi akan dipadam oleh admin. Untuk tujuan promosi, iklan dan review produk, sila hubungi saya menerusi email nick87siriusblack@gmail.com.
Terima kasih.